Showing posts with label Diari. Show all posts
Showing posts with label Diari. Show all posts

Wednesday, June 30, 2010

Catatan 2: SERU

Pengalaman adalah guru yang paling baik.

Hampir 3 bulan lebih menimba pengalaman di SERU, maka sudah tiba saat dan ketikanya untuk saya melabuhkan tirai, tak lama lagi nak buka tirai baru pula itupun dengan izin Allah SWT.

Detik pertama saya menjejakkan kaki di SERU, saya menggalas amanah sebagai tenaga pendidik sokongan, tugasnya mendidik pelajar. Tetapi selepas saya berada di SERU, saya yang rasa terdidik, melihat kegigihan guru-guru disitu, pelajar-pelajarnya, dan suasananya.

Alhamdulillah, Allah jua yang memberi kesempatan dan Allah jua yang memberi didikan.

*صِبْغَةَ اللَّهِ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ صِبْغَةً وَنَحْنُ لَهُ عَبِدُوْنَ

"Acuan Allah, siapakah yang lebih baik acuannya daripada Allah? Dan kami hanya menyembah kepadaNYA."(2:138)

Didikan di SERU

Mungkin kita jarang melihat fenomena pelajar sekolah rendah memulakan sesi persekolahan dengan bacaan Al-Mathurat dan surah Yaasin di awal pagi, tapi itulah yang berlaku di SERU. Pelajar dari tahun satu hingga tahun enam membentuk halaqah untuk bacaan Al-Mathurat dan Yasin setiap hari. Bila ditanya kepada guru-guru senior tentang amalan tersebut, jawabnya cuma ringkas sahaja, "Nak bagi mereka kenal Rabb dulu, sebelum kenal dunia sebelum belajar ilmu dunia". Hendak jadi excellent kena excellent ibadah dulu.

Satu lagi budaya yang jarang dilihat di peringkat sekolah rendah ialah solat sunat Dhuha. Acapkali saya lihat, di musolla ketika rehat ada pelajar yang melakukan solat dhuha. Semoga ianya berterusan menjadi malakah dalam hidup mereka.

Jujurnya, banyak lagi yang ingin saya kongsikan tapi sukar nak interpret dalam bentuk penulisan. Moga Allah bantu.

Wallahualam..


Wednesday, March 10, 2010

Catatan 1: Lapor Diri


Memandangkan cuti yang agak panjang kali ini, saya memutuskan untuk menimba pengalaman dengan menjadi tenaga pengajar sementara di Sekolah Rendah UMMI(SeRU), Alor Star.Kalau diikutkan prosedurnya, saya akan mula bertugas selepas cuti pertengahan ini, namun demikian ketentuan Allah S.W.T tiada siapa dapat menjangkanya, ayah saya telah menerima mesej dari Pengetua sekolah tersebut, meminta saya untuk melaporkan diri di pejabat pukul 8 pagi Rabu ini.

Ya Allah, ikhlaskan aku...

Ikhlas itu buah keimanan kan? Justeru untuk ikhlas itu sukar, berat, dan payah. Itulah harga yang perlu dibayar seorang mu'min untuk mendapat syurga Allah. Bukankah jalan ke Jannah itu pahit?

Alhamdulillah, ayah saya membantu dengan menghantar saya ke Pejabat SeRu untuk lapor diri.(maaf susahkan abah dan buat abah lambat pergi pejabat)

Selepas melapor diri, saya diberi sedikit briefing dari cikgu Asnazalia, kemudian baru saya diberi jadual, buku ringkasan mengajar dan juga buku rujukan. Selesai sahaja sesi tersebut, saya menarik nafas lega, pada fikiran saya, barangkali hari ini just lapor diri dan survey pelajar-pelajar. Nampaknya anggapan saya meleset, saya diminta untuk terus mengajar mengikut jadual yang telah diberikan, hanya ada setengah jam sahaja sebelum kelas saya bermula, hilang ketenangan saya.

Ya Rabb, tenangkan aku..

Mu'min yang disukai Allah ialah mu'min yang tenang. Dengan ketenanganlah fikiran akan lebih rasional. Tenang hati, tenang iman akan membawa mu'min itu kepada "Sakinah Imaniyyah".

Jam menunjukkan pukul 9, kelas pertamaku bermula, subjek tulisan jawi untuk darjah dua (2B). Sebelum melangkah ke kelas, guru-guru senior yang lain meninggalkan pesan,

"Athirah, nanti masuk kelas 2B ni, jangan senyum-senyum belai-belai dengan diorang, buat muka garang and tegas.."

"Kelas 2B ni memang kelas yang paling buas..kena banyak-banyak sabarla na.."

Tiba je di kelas 2B, memang betul kata guru-guru yang lain, mereka sangat-sangat-sangat aktif. Aktif ni bagus sebenarnya, cuma salah saluran sahaja. Kalau dibimbing dan dididik dengan betul, aktif mereka ini pasti bermanfaat untuk Islam. Tapi jujur saya katakan, mengajar pelajar-pelajar yang aktif ini amat memenatkan, suara saya tak kedengaran disebalik keriuhan suara mereka. Untuk hari pertama di kelas 2B, saya rasa saya kena belajar psychology budak-budak untuk kawal keaktifan mereka.

Kelas keduaku, subjek Bahasa Arab untuk kelas Darjah 5. Alhamdulillah, penerimaan mereka baik, cuma saya sahaja yang rasanya tak cukup bersedia untuk mengajar mereka. Dalam kelas tersebut, ada yang cepat faham dan ada yang lambat sikit untuk faham. Kasihan mereka yang kurang faham, untuk bagi tumpuan lebih kepada golongan ini, golongan yang advance pula rasa tersisih. InsyAllah, akan ada solusinya nanti.

Waktu terus berlalu, usai solat zohor, kelas sesi petang bermula. Saya diberitahu kelas 2A ini, pelajarnya agak bijak-bijak, saya menarik nafas lega, saya fikir, tak perlulah mengangkat volume tinggi untuk bagi arahan nanti. Anggapan saya meleset sama sekali, dek kerana terlalu bijaknya mereka, setiap latihan yang ada dalam buku latihan aktiviti telah mereka siapkan sampai habis satu buku. Advance betul mereka ini, satu potensi yang bagus. Mereka cuma kurang sedikit adab sopan dengan guru. Mungkin perlu pembentukkan sahsiah yang lebih biar seimbang akademik dengan sahsiah. Akademik cemerlang, sahsiah terpuji. InsyAllah.

Kesimpulannya, menjadi guru ini bukan sahaja menjadi seorang mu'allim tapi juga murabbi. Mu'allim hanya mengajar, tapi murabbi tugasnya lebih kepada mendidik, mendidik hati, minda dan juga sahsiah pelajar. Moga Allah bantu.

Wallahualam.

Friday, January 02, 2009

Halaqah Keluarga


Halaqah keluarga?

Rasa rindu pula...


Waktu zaman sekolah-sekolah dulu,kalau abah ajak buat halaqah keluarga..Ya Allah,ada je alasan nak lengah-lengah tak nak ikut tapi kalau dah duduk dalam halaqah,semua ambil kesempatan nak cakap.Waktu nilah semua nak tunjuk bakat bagi tazkirah,sampai abah dengan mak kena peruntukkan masa untuk setiap seorang cakap.



Biasanya time-time macam nilah abah dan mak akan sampaikan amanat-amanat dan sentuhan tarbawi..tapi waktu tu semua yang abah dan mak bagi ibarat air terjun,laju-laju turun lepas tu dah tak nampak rupa air terjun.Sebab waktu tu halaqah ibarat perkara biasa dalam hidup,kat sekolah sahaja dah ada macam-macam halaqah,halaqah Quran lah,halaqah dengan cikgu-cikgulah,halaqah dengan mak cik-makcik pun ada juga tak termasuk lagi dengan halaqah khasnya..itu baru kat sekolah belum lagi campur dengan halaqah remaja kawasan setempat.


Sebenarnya sesuatu yang rutin ni kalau kita kurang menghayatinya ianya akan menjadi sesuatu yang nothing,mungkin kurang sentuhannya atau sebagainya..Begitu juga dengan halaqah,banyak halaqah dengan isi penyampaian yang sama akan menyebabkan seseorang tu tak menghargainya..


Berbalik kepada halaqah keluarga ana tadi,alhamdulillah balik cuti baru-baru ni kami sempat buat halaqah keluarga,maklumlah adik-beradik semua belajar di merata negeri.


Abah buka mukaddimah dengan sepotong ayat Quran yang amat ringkas tapi padat dengan makna disebaliknya..


"Dan Kami tunjukkan kepada kamu dua jalan"


Pesan abah,"Allah menunjukkan kita dua jalan iaitu,Islam dan kekufuran..Tanggungjawab abah dan mak ialah membimbing anak-anak kepada jalan yang Allah redha hatta sekarang ni pun kami masih membimbing anak-anak..walaupun kami tahu meningkatnya usia kamu maka tahap kefahaman juga akan bertambah bahkan mungkin ilmu kamu melebihi ilmu mak abah sebab kalian kami tarbiyah sejak dari kandungan lagi..Tapi kalian kena ingat untuk tetap dengan Jalan Islam kalian perlukan tarbiyah,dan tarbiyah itu bukan di tangan orang lain tapi di tangan kalian sendiri.."


Rasa terkilan sebab lepas ni agak sukar untuk kami buat halaqah keluarga memandangkan masing-masing belajar jauh-jauh..Tapi InsyAllah dengan amanat dan pesanan yang sentiasa mak dan abah titipkan akan kami ingat dan laksanakan..


Terima kasih kerana mengenalkan kami kepada Rabb kami.

Terima kasih kerana membimbing kami kepada Islam.

Terima kasih kerana sentiasa mendoakan kami.

Semoga mak dan abah sentiasa berada di bawah lembayung rahmat Allah SWT..

Along sayang kalian..

Saturday, December 20, 2008

AKU???

Kenapa tiba-tiba rasa bersalah ni..Ya Allah,apa yang aku buat sampai hati rasa tak tenteram ni.

Oh,baru teringat..aku menolak tanggungjawab yang orang berikan.Tanggungjawab apa?tanggungjawab untuk sama-sama menjayakan bengkel penyembelihan..baguskan bengkel tue..memang bagus pun..Tapi aku menolaknya.Sebab apa?sebab aku nak meminimumkan interaksi antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.Syadidkah aku?Jumudkah aku?Ntahla..

Aku dah banyak involve dalam kerja-kerja persatuan,jadi memang tak dapat nak mengelak dari communicate dengan yang berlainan gender.Ya,aku tahu ikhtilat dalam Islam dan aku jugak tahu muamalah antara lelaki dan perempuan tu bagaimana.Dalam konteks bekerja,Islam membolehkan komunikasi antara rijal dan nisa’.Tapi aku tetap bimbang.Bimbang seandainya sebelum ni aku begitu menjaga tetapi dengan sekelip mata ianya berubah..sehingga kita anggap komunikasi sebegitu seperti perkara biasa dan ianya berubah sedikit demi sedikit kepada perbincangan yang tiada kaitan dengan kerja.Itu yang aku takutkan sebenarnya.

Justeru,aku pun mengambil langkah untuk menarik diri dari senarai committee yang menjayakan program tersebut.Tapi aku tetap akan membantu untuk menjayakan bengkel tersebut tapi bukan secara berdepan mungkin sebagai bayang-bayang disebaliknya.

Mungkin kerana aku yang lemah,justeru jadi takut untuk berdepan dengan pergaulan yang seperti itu..Semoga ALLah mengampuniku dan melindungiku dari fitnah dunia dan menjadi fitnah terhadap Islam itu sendiri.

Wallahualam.