Showing posts with label Ulama'. Show all posts
Showing posts with label Ulama'. Show all posts

Tuesday, June 15, 2010

حياة شيخ الإسلام ابن تيمية

Masjid Ommayad, Damascus Syria


InsyAllah..ruangan اللغة العربية akan di adakan untuk polish balik skill menulis dalam Bahasa Arab..
Post kali ini merupakan hasil assignment Fiqh yang saya buat.
Mohon tunjuk ajar kalau ada kesalahan nahu sorf.^_^

***********************************************************************************************

حياة شيخ الإسلام ابن تيمية رحمه الله

هو أحمد تقي الدين أبو العباس بن الشيخ شهاب الدين أبي المحاسن عبد الحليم بن الشيخ مجد الدين أبي اليركات عبد السلام بن أبي محمد عبد الله بن أبي القاسم الخضر بن محمد بن الخضر بن علي بن عبد الله، وتعرف هذه الأسرة بأسرة ابن تيمية ولد في العاشر من شهر ربيع الأول سنة إحدى وستين وستمائة من بعد الهجرة النبوية، وكان مولده بمدينة حران مهد الفلسفة والفلاسفة، والصائبة والصائبين من أقدم عصور الإسلام، وقد نشأ النشأة الأولى فيها إلى أن بلغ السابعة من عمره، فأغار عليها التتار، ففر أهلوها منها، وكان ممن هاجر أسرة ابن تيمية، هاجرت إلى دمشق.

وصلوا إلى دمشق بعون الله، واستقروا فيها آمنين. لم يذكر المؤرخون الذين قرأت لهم القبيل الذي تنتمى إليه أسرة ابن تيمية، فلم يذكروا له نسبة إلا أنه الحرانى فنسبوه إلى بلده حران موطن أسرته الأول، ولم ينسبوه إلى قبيلة من قبائل العرب، وإن هذا يشير إلى أنه لم يكن عربيا، أو لم يعرف انه عربي منسوب إلى قبيلة من قبائل العرب، ولذلك نستطيعأن نفهم أو نعلم علما ظنيا أنه لم يكن عربيا، ولعله أنه كرديا.

ولم يذكر المؤرخون شيئا عن أمه، ولا قبيلها، وهي في الغالب ليست عربية، ولقد عاشت إلى أن اكتمال مجد ابنها، وعاونته في جهاده، وعندما كان بمصر معتقلا، كان يكتب إليها رسائل تفيض برا وعطفا وإخلاصا وإيمانا.

انتقلت أسرته إلى دمشق واستقر بها المثوى، والعالم الجليل حيثما حل وجد مكانه من الهدى والإرشاد، وكذلك كان الشيخ شهاب الدين والد تقي الدين موضع بحثنا، فإنه بمجرد أن وصل إلى دمشق، ذاع فضله واشتهر أمره. فكان له كرسى للدراسة والتعليم، والوعظ والإرشاد. بجامع دمشق الأعظم، وتولى مشيخة دار الحديث السكرية ، وبها كان سكنه، وفيها تربى ولده تقي الدين.

هذه أسرة تقي الدين ابن تيمية، وهي أسرة علم امتازت بقوة البيان، وقوة الذاكرة، وحبست نفسها على العلم، وكان من النتائج لهذه البيئة العلمية أن يتجه الفتى الناشئ فيها إلى العلم، فاتجه إليه الغلام ابن تيمية صغيرا، فحفظ القرآن الكريم منذ حدائة سنة.

واتجه بعد حفظ القرآن إلى خفظ الحديث واللغة، وتعرف الأحكام الفقهية، وحفظ ما يسعفه به الزمن، وقد بدأ فيه منذ صغره ثلاث مزياه، هي التي نمت وظهرت ثمراتها في كبره.

ومهما يكن فمن الثابت أن ابن تيمية رضي الله عنه قد آتاه الله ذاكرة واعية منذ صباه. قد كان يمتاز بأنه يلقى دروسه في الجامع الأكبار بدمشق غير معتمد على كتاب، وقد كان مختصا بذلك من بين قرنائه وزملائه، والولد سر أبيه، فلا عجب إذا جاء ابن تيمية ابن تيمية مختصا بما اختص به أبوه، وزاد ذاكرته وإرهاقا من بعد بعد المواقف الجلى التي كانت تحتدم بالجدل بينه وبين مخالفيه من الفقهاء وعلماء الكلام والصوفية والشيعة وغيرهم.

وإذا كان أبو تقي الدين له رياسة في مشيخة الحديث ، فلا بد أن يتجه ابنه أول ما يتجه بعد حفظ القرآن إلى حفظ الحديث وروايته، وتلقيه عن رجاله، وسماع الدواوين الكبار، كسند الإمام أحمد، وصحيح البخاري، ومسلم وجامع الترميذي، وسنن أبي داوود السجستاني والنسائي وابن ماجة والدارقطني، سمع كلا منها مرة عدة، وأول كتاب حفظه في الحديث الجمع بين الصحيحين للإمام الحميدي.

ولقد كان مع دراسته للحديث يدرس علوما أخرى، فدرس الرياضة، وعني بالعلوم العربية عناية خاصة. فدرسها كأنه يقصد إليها ليتخصص فيها، فحفظ المنثور والمنظوم ، وأخبار العرب في القديم، وأيام ازدهار والدولة الإسلامية، وبرع في النحو براعة واضحة، حتى إنه ليتأمل كتاب سيبويه ويدرسه دراسة فاحصة ناقدة، فيخالف بعض ما فيه معتمدا على ما درس في غيره، فلم يكن المتهجم عن غير بينة، المندفع في القول عن غير حجة وسلطان مبين. مات ابن تيمية في السجن (قلعة) في عشرين من ذوالقاعدة سنة ٧٢٨ هجرة.

Friday, July 24, 2009

Inilah Jalanku



Cuti ni sayang rasanya kalau dibiarkan tanpa manfaat, maka saya berazam untuk menghabiskan beberapa buah buku yang selama ni just jadi hiasan mini library kat rumah.

Saya tertarik untuk berkongsi kisah seorang tokoh, petikan kisah dari buku Super Mentoring Senior karya Novi Hardian dan Tim Ilna Yosen..


Di atas mimbar salah satu rumah Allah di dataran India, seorang lelaki tua dengan sorot tajam membelakangi arah kiblat, menghadap jamaah solat Jumaat yang khusyu' mendengarkan khutbahnya.Suaranya kadang-kadang tegas, kadang-kadang lantang, dan kadang-kadang perlahan membuat dada bergetar dan kepala tertunduk.

Itulah dia, mengeluarkan gundah-gulananya, mengeluhkan kondisi India yang semakin parah. Tak terhitung jumlah dan kemaksiatan yang dipertontonkan para pelakunya. Pemandangan yang sangat jauh dari tuntutan Ilahi berserakan di mana-mana.

Pilu... Dengan lirih dia melambungkan tanda tanya.. Belum lahirkah di tanah ini seorang pemuda yang akan meneruskan perjuangan dakwahnya, padahal dia telah tua dan ajal sudah tersenyum-senyum menantinya?

Lelaki tua itu berkali-kali mengatakan, betapa dia sangat mengharapkan munculnya pemuda yang peduli akan kondisi umatnya, mengajak mereka ke pangkuan syariat Islam menegakkan kalimah Allah di muka bumi.

Antara jamaah yang mendengarkan nasihat itu, tampak sepasang mata bundar tak berkedip memandang lelaki tua itu. Telinganya tajam menyemak keluhan hati sang syeikh. Ia begitu terkesima.

Seusai solat Jumaat, ketika satu persatu jamaah masjid pulang ke tempat masing-masing, pemuda itu menghampiri sang syeikh. Dengan penuh rasa takzim, dia berkata mantap, " Ya Syeikh, sayalah pemuda itu !".

Ikrar diri yang dilaungkan pemuda itu tidak bermain-main. Seketika sesudahnya, pemuda itu mengurung diri di dalam perpustakaan selama 5 tahun. Ia kumpulkan bekal sebanyak-banyaknya. Waktu demi waktunya tak ada yang dibiarkan sia-sia.

Akhirnya sejarahlah mencatatnya. Allah tidak menyia-nyiakan jerit payah hambaNya. Pemuda itu di kemudian hari berhasil mendirikan gerakan Islam yang sangat mengagumkan. Siapakah pemuda itu? Dialah Abul A'la Al Maududi, pendiri Jamaah Islam. Remaja yang ketika masih berusia 15 tahun telah mengantungkan segenap tekad kuat. Hanya dengan kalimah yang diikrarkan dengan sesungguh-sungguhnya, " Akulah pemuda itu." Dia telah berikrar. Dan dia telah membenarkan pula ikrar itu. Dia telah membuktikan kata-katanya itu, hingga menjadi seorang mujaddid dan mujahid dakwah sampai ketika senja menjemput usianya.


Bagaimana dengan kita?

Sejauh mana ikrar kita?

Dan sejauh mana kesungguhan kita melaksanakannya?


Wallahualam...

Saturday, May 23, 2009

Tangisan Seorang Imam


Ibarat padi, semakin berisi semakin tunduk. Seperti itulah sikap seorang ulama. Kepandaian dan ketinggian ilmunya, semakin membawa sikap yang penuh tunduk dan tawadhu.

Dan itulah salah satu rangkaian peristiwa mengharukan yang terjadi dalam Konferens Imam Al-Qardhawi bersama Para Murid dan Sahabat, sejak hari Sabtu (14/7) di Dhoha, Qatar.
Dr. Yusuf Al-Qardhawi, menolak dirinya disebut sebagai imam.Beliau mengatakan, bahawa dirinya adalah penuntut ilmu dan tetap sebagai murid sampai akhir hayatnya. Ia juga memintakan maaf kepada siapa saja pihak yang merasa sakit kerana perkataan mahu pun perbuatannya.

"Manusia, boleh saja salah dan benar, " katanya.

Ia juga menegaskan kembali cita-cita utamanya untuk mati syahid di jalan Allah SWT.Dalam konferens itu, hadir lebih dari 100 orang tokoh yang menjadi murid, kawan dan para sahabat Al-Qardhawi. Termasuk para menteri dan tokoh dari lebih 30 negara dunia. Konferens tersebut menisbatkan kata "imam" kepada Al-Qardhawi kerana memang beliau dianggap sebagai tokoh ulama besar di zaman ini, sekaligus sebagai penghargaan atas berbagai ijtihad fiqihnya serta pengabdiannya kepada Islam dan kaum Muslimin.

Namun demikian, Qardhawi mengatakan dirinya tidak ingin pujian dan penghargaan yang diberikan pada dirinya, dari para murid dan sahabatnya itu, menjadikan dirinya terhalang dari pahala amalnya yang dilakukan untuk mencari ridha Allah SWT.

Beliau sendiri mengatakan, dirinya takut mengadakan pertemuan ini kerana pujian dan sanjungan memang boleh menghapus pahala amal di hari akhirat.

Beliau lalu mengutip sabda Rasulullah saw, "Tidak seorang pejuang yang berjuang di jalan Allah, lalu ia memperoleh ghanimah, kecuali akan dipercepat dua pertiga pahalanya di akhirat, sisanya satu pertiga. Tapi bila dia tidak mendapatkan ghanimah, pahalanya sempurna. " (Hadith Riwayat Bukhari).

Dengan suara terputus-putus kerana tangisannya, Qardhawi kemudian mengatakan, "Saya takut bila pujian-pujian itu menghilangkan dua pertiga pahala dan hanya tersisa sepertiganya…. "Menurutnya, ia adalah orang yang sangat mengenal dirinya sendiri, termasuk kelemahannya, kekurangannya, ketidakmampuannya. "Pengetahuan saya tentang kekurangan diri saya, lebih banyak berbanding orang lain yang menilai saya, " katanya."Allah SWT menutupi saya dengan tutupan kebaikan. kerana kurnia Allah itulah Allah melindungi hamba-hamba-Nya dan tidak menjadikan kemaksiatan mereka tercium oleh manusia lainnya…"

Menurut Qradhawi, penamaan kata "Imam" kepada dirinya tidaklah tepat. Beliau mengatakan, "Saya demi Allah bukanlah pemimpin dan bukan seorang imam. Saya hanya perajurit dari perajurit Islam, seorang murid dan akan tetap sebagai murid penuntut ilmu sampai detik terakhir usia saya. "

Beliau lalu meminta kepada siapa saja untuk boleh memberinya ilmu atau informasi yang bermanfaat, sebagaimana perkataan Hud pada Sulaiman as, " Aku datang kepadamu dari negeri Saba dengan berita yang yakin. " (An Naml: 22)