Sunday, June 13, 2010

Demonstrasi Anti-Yahudi: Sia-sia?

Artikel dari Ustaz Pahrol ini amat menarik dan mungkin akan terpalit betul-betul di dahi majoriti orang Melayu kita yang sibuk dengan kempen boikot dan demonstrasi yang kononnya menunjukkan gelagat tidak puas hati terhadap Israel. Kami kongsikan artikel ini untuk bacaan pembaca Oh! Islam yang berminat (nyata tiada paksaan).

**********

Setelah pulang daripada demonstrasi anti-Yahudi, seorang Pak Cik berbual dengan saya sewaktu sama-sama menunggu giliran mendapat rawatan di sebuah klinik.

“Puas hati. Kami dah bakar bendera Israel. Hancur luluh dibuatnya. Gambar PM Israel pun banyak yang kami robek-robekkan. Kalaulah tidak mengenangkan undang-undang, kami dah bakar kedutaan Amerika. Tapi kami masih rasional.”
Saya mengangguk-angguk kepala sahaja.

“Tel Aviv akan bergegar minggu ini dengan demonstrasi oleh seluruh dunia Islam. Dijangka banyak lagi siri demonstrasi akan diatur minggu hadapan. Awak jangan lepas peluang.”

Saya mengangguk kepala. Mungkin kerana demam, saya banyak diam. Lagipun saya telah berjanji pada diri, dalam berinteraksi perlu menjadi pendengar.

“Eh, awak tidak ada respons langsung. Baru demam sikit… janganlah begitu. Rakyat Palestin dibom, ditembak dan disekat bekalan makanan dan keperluan. Itu lagi teruk.”

Kali ini saya senyum. Saya bersuara perlahan, “saya sokong tindakan Pak Cik dan demonstrasi menyatakan pendirian kita menentang kekejaman Yahudi.”
“Bagus. Suara saya serak melaungkan takbir semalam. Dada ni sakit-sakit sejak akhir ni.”
“Kenapa Pak Cik?”
“Rokok dik. Semuanya fasal rokok ni.”
“Pak Cik hisap rokok apa?” saya mula teruja untuk berbual.
“Masih Winston. Dah sebati sejak dulu.”
Winston from America?” bisik saya perlahan.
Kali ini Pak Cik tu pula mengangguk-angguk.

“Sakit-sakit Pak cik pun masih kuat berdemonstrasi. Apa pandangan adik tentang demonstrasi ini?” kilasnya mengalih arah perbualan.
“Ada langkah yang lebih utama dan pertama daripada itu,” tegas saya.
“Apa dia?”
“Solat Subuh berjemaah.”

“Kita cakap bab jihad, awak bercakap bab ibadat.” Muka pak Cik itu mula memerah. Tangannya mula digenggam.
“Jihad dan ibadat tidak terpisah. Bahkan ibadat itulah yang akan membangunkan roh jihad yang sejati.”
“Kita mesti sanggup memikul senjata.”
“Betul. Tetapi kuakkan dulu selimut menutup umat yang masih tidur menjelang Subuh.”
“Saya tak faham.”

“Pak Cik, Israel mesti ditentang menurut kaedah yang menyakitkan mereka.”
“Apa yang menyakitkan mereka?”
“Mereka bimbang sekiranya bilangan orang Islam yang solat subuh berjemaah sama dengan bilangan orang Islam yang solat Jumaat! Ini diakui oleh cerdik pandai mereka sendiri.”
“Jadi?”
“Sebaik-baik ‘demonstrasi’ ialah didik umat ini bersolat Subuh secara berjemaah di surau-surau dan masjid. Solat itu hubungan kita dengan Allah. Jangan harap musuh akan kalah, kalau Allah tidak bantu kita. Lihat di Badar, lihat di Khandak, bagaimana Rasulullah saw dan sahabat akrab dengan Allah. Lihat pula Salehuddin, lihat pula Muhammad al Fateh, bagaimana teguhnya mereka menjaga solat dan ibadat-ibadat khusus yang lain.”
Hampir terlupa saya pada janji diri untuk lebih mendengar. Saya menarik nafas panjang. Kembali merenung Pak Cuik tersebut dengan senyuman.

“Awak rasa bakar bendera Israel tak perlu? Mana kemarahan awak?”
“Bakar bendera Israel boleh saja. Ayuh, bakarlah. Tetapi jangan membakar rokok Amerika dan sekutu Yahudi yang lain lebih perlu. Cukup kalau sebulan sahaja umat Islam berhenti merokok, mungkin jumlahnya sudah berjuta-juta ringgit. Dan wang yang terkumpul itu hantarkan ke misi bantuan kemanusiaan ke Gaza!”
“Awak sindir saya?”

“Pak Cik saya tidak menyindir. Kebanyakan umat Islam, termasuk saya, hanya bencikan Yahudi pada mulut sahaja tetapi pada tindakan tidak.”
“Saya dah bertindak. Saya dah demonstrasi!”
Lagi-lagi ke situ fikirnya.
“Pak Cik dalam Al Quran, Allah tegaskan orang Yahudi itu tidak akan redha selagi kita umat Islam tidak mengikut cara hidup mereka.”
“Siapa kata kita ikut cara hidup mereka?”

“Pak Cik, lihat betul-betul. Apakah masyarakat kita telah bangunkan cara hidup Islam?”
“Kita orang Islam. Cara hidup kita mesti Islam.”
“Tidak Pak Cik. Ramai umat Islam yang tidak amalkan cara hidup cara Islam.”
“Contoh?”
“Dedah aurat, pergaulan bebas, riba, judi, arak, tinggal solat, budaya hedonisme dan dualisme masih berakar umbi dalam masyarakat kita. Lihat sahaja unsur tahyul, mistik, seks bebas dan gosip yang mendominasi media-media umat Islam. Tidak ikut cara hidup Islam bererti terperangkap dengan cara hidup isme kapitalis, sosialis mahupun liberalis.”

Pak Cik itu terkejut sedikit, lantas menyampuk, “mana Yahudinya. Awak kata Yahudi, tapi yang awak sebut golongan hedonis, liberalis, kapitalis dan sosialis?”
“Ketiga-tiga isme itu sama.”
“Sama?”
“Kesemuanya dicipta oleh golongan yang sama… ZionisYahudi!”
“Jadi demonstrasi ini tidak berfaedah?”

Saya menggeleng-gelengkan kepala perlahan.
“Ada faedahnya. Tetapi ia bermusim dan agak bersifat agak artifisial. Kita perlu agenda yang konsisten dan ‘genuine’.”
“Misalnya?”
“Ajak orang Islam serius solat lima waktu dengan penghayatannya sehingga dengan solat itu mampu meninggalkan kejahatan dan kemungkaran.”
“Lagi?”
“Tinggalkan riba, judi, arak dalam kehidupan umat Islam. Wanita Islam didakwah dan ditarbiah secara berhikmah untuk menutup aurat dalam ertikkata sebenar dan tinggalkan pergaulan bebas!”
“lagi?”

“Pak Cik, cara hidup Islam itu terlalu banyak. Dengan mengamalkannya satu persatu kita boleh ‘berdemonstrasi hari-hari’ terhadap atas Yahudi. Bila kita boikot cara hidup berseronok-seronok yakni hedonisme, ertinya kita boikot cara hidup Yahudi yang disalurkan melalui dalang-dalang mereka di Holywood.”
“Idola Amerika?”
“Ya. Juga idola kita yang meniru persis mereka. Bangsa yang leka berhibur akan mudah dijajah.”

Pak Cik itu batuk-batuk.
Saya urut belakangnya.
“Dah lama Pak Cik batuk? Berhentilah atau kurangkan perlahan-lahan ya Pak Cik?” kata saya seakan-akan merayu.
“Semangat Pak Cik kuat, saya doakan Pak Cik berjaya. Amin.”
“Tak terfikir pula saya begitu jauh kita dibius oleh cara hidup musuh yang kita benci.”
“Kadang-kadang musuh ketawa melihat kemarahan kita. Bangunkan remaja kita untuk solat subuh berjemaah, Yahudi akan sakit hati. Tutup aurat remaja perempuan kita, Yahudi akan sakit hati. Tinggalkan riba, judi, arak, pergaulan bebas, insya-Allah, Yahudi akan gigit jari.”

“Tetapi kalau cara hidup kita mengikut telunjuk jari mereka, Zionis akan ketawa sekalipun berlambak-lambak bendera mereka kita dibakar. Jeritan Allah hu Akbar dalam demonstrasi itu baik, bersemangat tetapi ucapan takbir dalam solat lima waktu lebih besar maknanya. Apakah Allah akan nilai laungan Allah hu Akbar daripada umat yang tidak solat? “

“Eh, kami yang demonstrasi semua solat…”
“Bukan itu maksud saya. Tetapi seluruh umat Islam ini. Saya risau kerana ada kajian menunjukkan 80% umat Islam sudah tidak solat. Itu yang tidak solat langsung. Bayangkan pula yang solat tanpa ilmu, tanpa penghayatan dan tanpa khusyuk? Jadi berapa kerat umat ini yang benar-benar kompeten menghadapi Zionis dalam erti kata sebenar?”

Giliran Pak Cik itu tiba. Dia melangkah perlahan menuju bilik rawatan. Ditinggalkan sendirian begitu, saya lontarkan pandangan ke luar klinik. Terus merenung dan berfikir. Masih terbayang wajah pemimpin-pemimpin dan para pengikut yang ramai dalam demonstrasi seperti yang dipaparkan di dada akhbar dan di kaca televisyen. Alangkah indahnya jika demonstrasi dibuat seusai solat Subuh berjemaah dan sebelum itu didahului oleh qiamulail dan qunut nazilah?

Dan kemudian setelah selesai berdemonstrasi, para pemimpin dan ribuan pengikutnya itu terus sahaja mengamalkan cara hidup Islam dalam diri, keluarga, jabatan, unit, organisasi, masyarakat dan bahagian masing-masing. Bukan hari itu sahaja… tetapi hari-hari. Setiap hari!

Ah, bagaimana umat ini hendak disedarkan bahawa mengamalkan cara hidup Islam itulah cara penentangan yang paling dibenci oleh Yahudi? Firman Allah:
“Sekali-kali tidak redha orang Yahudi dan Nasrani sehingga kamu mengikut millah (cara hidup) mereka.”

Dan alangkah baiknya jika jeritan Allah hu Akbar, dibuktikan dengan penegakan hukum Allah dalam seluruh sistem kehidupan sekali gus ‘mengecilkan’ pandangan akal sendiri dalam menyusun dan mengatur kehidupan ini?

Sumber: http://ohislam.com/demonstrasi-anti-yahudi-yang-nyata-sia-sia/

Friday, June 11, 2010

Syukur...


Alhamdulillah saya dilahirkan dalam keluarga Islam, sehingga kurasakan betapa indahnya kurnia dari yang memberikan kehidupan ini. Dilahirkan menjadi anak sulung dari lima bersaudara buat pasangan Abu Kassim dan Siti Juraiha, merupakan satu kurniaan dan nikmat Allah buatku. ^_^

Subhanallah...
Betapa mahalnya erti nafas bagi kehidupanku, betapa mahalnya erti kesihatan untukku, betapa berharganya masa kurniaan Allah untukku. Saat fikiran ini sedar, segala yang berlaku bermula dari alam roh seterusnya dalam perjalanan menuju alam baqa', terselit hikmah besar yang Allah berikan.

" Apakah kamu mengira bahawa Kami menjadikan kamu dengan saja-saja, dan kamu tidak akan kembali kepada Kami? "
(Al-Mu'minun: 115)

Kita hanyalah hanyalah hamba-Nya yang dhaif dan faqir, yang tidak mampu melakukan apa pun tanpa kehendakNya. Dia yang memiliki kita. Maha Suci Allah yang jadikan kepasrahan kepadaNya sebagai kekuatan, rasa perlu padaNya sebagai kekayaan, permohonan padaNya sebagai kemuliaan, rasa rendah diri padaNya sebagai ketinggian dan tawakal hanya padaNya sebagai kecukupan.

" dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya, " ( Qaf: 16)

Semoga Allah melimpahkan kekuatan kepada kita untuk mampu memikul sakit dan beratnya melakukan ketaatan, untuk dapat meraih kebaikan dan keringanan di akhirat.

Allah tidak pernah menjanjikan hari-hari kita akan berlalu tanpa sakit, terhias tawa tanpa kesedihan, berselimut senang tanpa kesulitan, terpancar matahari tanpa hujan atau siang tanpa malam. Tapi semua itu Allah janjikan kekuatan untuk kita melaluinya. Jika kita mahu, sebenarnya Allah menjanjikan kita kasih sayang yang tidak kenal batas dan tidak pernah terhenti, dan Allah memberikan pelita agar kita mampu menjalani kehidupan ini. Keselamatan hidup ada pada seberapa mampu kita untuk tetap bertahan, mengawal dan memelihara jiwa kita dalam menempuh hidup untuk tetap berada di jalur Allah. Tetap istiqamah dengan berbagai keadaan dan berusaha untuk melakukan yang terbaik dan benar menurut Allah.

Kita ada disini. Di detik, minit jam, hari, bulan dan tahun ini, mari kita berdoa, semoga keadaan kita lebih baik dari yang lalu. Mari bersungguh-sungguh, kerana hanya di sini kesempatan kita untuk mengukir amal.
" Dunia itu hanya ada tiga hari" nasihat Imam Hasan Al-Basri. Dia melanjutkan, tiga hari itu adalah: " Hari kelmarin yang sudah berlalu, dan kita tidak mampu mengubahnya. Hari esok, yang kita tidak tahu apakah kita akan masih memiliki kesempatan didalamnya. Dan hari ini, kesempatan untuk kita melakukan amal soleh. Maka, beramallah sebanyak-banyaknya...".

Subhanallah.Alhamdulillah...Allahu Akbar ^_^
Betapa indahnya saat kita masih diberi kesempatan untuk hidup, menghirup nafas. Dan kesempatan kita untuk memperbaiki diri dan mengejar segala ketertinggalan. Sungguh di setiap yang Allah berikan terkandung hikmah yang teramat besar dan bererti bagi kita yang mampu memikirnya. Dialah Pemilik Cinta yang sebenarnya, dengan cintaNya kita dapat menatap indahnya pinjaman kehidupan itu.

Ya Allah bantu aku untuk tetap di jalanMu. Izinkan aku untuk mencintaiMu semampuku, kuatkan keterikatanku. Bimbinglah aku untuk selalu melangkah di jalanMu...matikanku dalam syahid di jalanMu.


Monday, May 31, 2010

Serangan Israel..


31 Mei, (01.30tgh waktu Malaysia) – Israel dilaporkan telah merampas 6 buah kapal konvoi Freedom Flotilla. Dilaporkan jumlah kematian meningkat kepada 16 orang dan lebih dari 30 orang cedera ketika pasukan Israel menyerang kapal-kapal Freedom Flotilla pada Isnin (31/5) pagi, menurut laporan dari Radio Tentera Darat Israel. Konvoi kemanusiaan itu diserang ketika menghampiri 65km dari pantai Gaza. Mereka juga berkata kapal-kapal itu sekarang sedang ditarik ke bandar Haifa Israel, bukan ke Asdod untuk mengelakkan wartawan menunggu di sana.

Terdapat juga laporan dari media-media Arab bahawa 9 orang yang meninggal dunia adalah kalangan warga Turki.

Wartawan Al Jazeera, Elshayyal Jamal yang berada dalam kapal Mavi Marmara, mengatakan bahawa tentera Israel telah menggunakan peluru hidup saat mereka memasuki dan merampas kapal.

Sumber dari Prees TV pula melaporkan Syeikh Raed Solah, pemimpin pembebasan Palestin yang turut menyertai konvoi tersebut dilaporkan syahid. Laporan awal mengatakan beliau cedera parah. Walaubagaimanapun media HALUAPalestin masih berusaha untuk mendapatkan pengesahan dari IHH akan laporan kesyahidan beliau.

Menurut wartawan Ayman Mohyeldin dari Al Jazeera yang melaporkan dari Baitulmuqaddis, berkata tindakan Israel itu mengejutkan.

“Semua gambar yang dipaparkan dari para aktivis di kapal-kapal menunjukkan dengan jelas bahawa mereka adalah warga awam dan bertujuan membawa misi kemanusiaan dengan bekalan perubatan di atas kapal. Tindakan Israel ini pasti akan mengejutkan masyarakat antarabangsa atas apa yang telah mereka lakukan.” katanya.

Saat ini ribuan masyarakat Turki mengadakan demonstrasi aman di hadapan kedutaan Israel.

Untuk makluman, seramai 12 orang wakil sukarelawan dari Malaysia berada dalam konvoi kemanusiaan tersebut di atas kapal Mavi Marmara yang diketuai oleh Sdr Noorazman Shamsudin dari HALUANPalestin bersama 4 orang lagi juga dari HALUANPalestin dan baki dari Yayasan Amal Malaysia, Jamaah Islah Malaysia (JIM), Aqsa As Sharif dan Muslim Care. Manakala 2 orang lagi adalah wartawan dari Astro Awani, Aswad Ismail dan jurugambarnya. Pihak Sekretariat Pengurusan Krisis-Lifeline4Gaz a (CMT-LL4G) Malaysia masih belum menerima sebarang berita akan situasi dan keadaan mereka di sana memandangkan jalur perhubungan dengan pihak kapal telah terputus.

Marilah sama-sama kita berdoa agar diselamatkan sukarelawan NGO yang berada diatas kapal dan Allah swt sentiasa memberikan keselamatan dan kebaikannya kepada mereka. Walau apapun yang berlaku diharapkan mereka sentiasa ikhlas dan mendapat keredhaan dari Allah swt.


Sumber:http://haluanpalestin.haluan.org.my

Tuesday, May 25, 2010

Peter Vanner, Peserta Konvoi Kemanusiaan ke Gaza Memeluk Islam


Khabar gembira buat saudara seIslamku..

Istanbul- Ahad 23 mei 2010. Jam 10 malam waktu Istanbul, di hadapan pejabat IHH Insani Yardim Vakfi di Fateh, bersempena dengan keberangkatan konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza, telah diadakan acara kesyukuran sempena kemasukan Peter Vanner 63 tahun, ke dalam agama Islam. Peter yang merupakan seorang berasal daripada Isle of Wrights, England, kemudiannya menukar nama beliau kepada Muhammad Fatih.

Acara tersebut berlangsung sederhana dan sangat mengharukan, di antara anggota rombongan ada yang memberikan hadiah spontan berupa kopiah, baju jubah dan tasbih. Turut hadir memberikan ucapan tahniah dan doa selamat kepada Peter termasuklah Dr. Nawaf Takruri Ketua Persatuan Ulama Palestina di Syria, Syekh Abdul Ghani Atamimi Ketua Persatuan Ulama Palestina di Luar Negeri, dan juga hadir Ust Ferry Nur, ketua KISPA Indonesia.

Laungan takbir bergema di depan pejabat IHH pada malam itu sebagai ungkapan haru atas hidayah dan anugerah yang telah diberikan Allah kepada Muhammad Fatih. Beliau pernah menyertai rombongan Viva Palestina ke-3 pada bulan Januari tahun 2010 yang lalu, sekarang dengan penuh kesedaran yang tinggi masuk ke dalam agama Islam.


Sumber:

http://www.lifeline4gaza.org/2010/05/25/peter-vanner-peserta-konvoi-kemanusiaan-ke-gaza-memeluk-islam/

Thursday, May 20, 2010

Warkah Tarbawi



Almost kebanyakkan mahasiswa-mahasiswi gembira bila cuti menjelang, sebab waktu cutila mereka dapat spent time dengan keluarga, tidak sibuk dengan assignment, boleh jalan-jalan, boleh menonton puas-puas dan macam-macam lagi perkara yang boleh dilakukan sama ada yang bermanfaat atau sebaliknya.

Tapi bagi sebilangan orang, mereka akan bimbang jika cuti ini akan menipiskan dinding iman mereka dalam keadaan sedar, separa sedar atau tidak sedar. Ini yang dikatakan iman suasana, sentiasa berubah mengikut suasana.Perkara yang sangat membimbangkan.
Macam dah lari dari tajuk asal pula..

Bingkisan yang ingin dikongsikan ini dipetik dari warkah lama seorang senior, moga ianya dapat men'charge' kembali jiwa kita dan menjernihkan kembali kefahaman kita.

Kita semua umpama pemancing yang dibawa ke sebuah lubuk yang penuh dengan pelabagai jenis ikan. Tinggal lagi satu usaha macam mana hendak pastikan bahawa ikan-ikan tersebut dapat ditangkap. Untuk dapat ikan, perlu adanya umpan sama ada cacing atau kelkatu. Biasanya seorang pemancing juga akan bawa bekas untuk muatan hasil tangkapan mereka. Bagai seorang pemancing, sedar tak sedar, sekarang ini kita semua dibawa ke sebuah lubuk ilmu yang tak terkira nilai harga bagi seorang yang berjiwa gersang dan sentiasa menanti hujanan ilmu Allah S.W.T yang luas. Umpan utama yang dapat dapat memikat ilmu adalah sabar dan ikhlas, kata Imam Syafie' Rahimahullahuanhu: Tidak kamu dapat ilmu kecuali dengan bersabar atas ujian. Manakala bekas untuk simpan ilmu ialah dada/hati, dalam masa yang sama buku dan tulisan juga membantu.

Mendapat ilmu bukan mudah, akan tetapi memerlukan usaha ynag gigih dan berterusan. Ilmu tak akan datang menyembah depan kita, apatah lagi datang melutut dihadapan kita. Jauh sekali manusia bisa pandai secara sendiri kecuali melalui jalan belajar. Memetik sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

"Sesungguhnya ilmu itu melalui belajar, dan feqah (kefahaman) melalui cara menuntut dan barangsiapa yang dikehendaki Allah S.W.T dengannya kebaikkan, akan diberi kepadanya kefahaman dalam agama."

Perlu diingat, pertama, hakikat ilmu yang sebenar adalah ilmu adalah ilmu yang boleh membawa manusia mengenal Khaliqnya, ilmu yang boleh menundukkan hati dan boleh membawa seseorang kepada takut dan gerun kepada Allah S.W.T. Sebagaimana yang diterangkan Allah S.W.T dalam surah Fatir:8 yang mana orang paling takut kepadaNya ialah golongan orang yang berilmu (ulama'). Kedua, kata ulama', ilmu itu 2 jenis, iaitu:

Ilmu di hati : ilmu yang dipelajari dengan ikhlas serta dalam masa yang sama ianya diamalkan.

Ilmu di lidah : itulah ilmu yang hanya pandai diungkap, berhujah, tetapi tidak melalui proses amalan dan penghayatan.


Justeru pastikan ilmu yang jenis pertama kita dapatkan kerana keikhlasan itu buah keimanan. Manfaat waktu muda sebelum datangnya tua.

العلم في الصغر كالنقش في الحجر
والعلم في الكبر كالرسم في البحر

Wallahualam..

Tuesday, May 04, 2010

LIFELINE 4 GAZA






KENYATAAN MEDIA

NGO-NGO Malaysia Dan Wakil IHH Lancar Projek Lifeline 4 Gaza


KUALA LUMPUR, Selasa 13 April -- Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dari Malaysia menyertai usaha konvoi antarabangsa bagi tujuan menerobos sekatan yang dikenakan oleh rejim Zionis Israel dan menghantar barangan keperluan asas kepada penduduk Gaza yang sekian lama dihalang daripada mendapatkan bantuan kemanusiaan yang sangat mereka perlukan.

Beberapa NGO bersatu dan bekerjasama menganjurkan program-program dalam usaha mengumpul dana daripada masyarakat Malaysia yang prihatin terhadap krisis kemanusiaan ini melalui sebuah projek yang dinamakan “Lifeline4Gaza – Break The Siege” ataupun “Talian Hayat Untuk Gaza – Menerobos Tembok Kematian.” Antara pertubuhan tersebut termasuklah Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi-institusi Pengajian Tinggi Malaysia (HALUAN), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Jemaah Islah Malaysia (JIM), Palestinian Center of Excellence (PACE), Aqsa Syarif, Dewan Pemuda Masjid Malaysia (Dewan Pemuda), Pertubuhan Mawaddah Malaysia, dan Viva Palestina Malaysia (VPM). Bagi menjayakan misi menghantar bantuan ke Gaza ini, mereka akan menyertai usaha konvoi antarabangsa yang diketuai oleh sebuah NGO dari Negara Turki iaitu Foundation for Human Rights & Freedoms & Humanitarian Relief (Insan Hak ve Hurriyetleri – atau lebih dikenali sebagai I.H.H.) bersama-sama NGO-NGO antarabangsa yang lain seperti Free Gaza Movement dan European Campaign to End the Siege on Gaza (ECESG.)

Dalam sidang akbar yang turut disertai oleh wakil IHH bagi bantuan Malaysia dan Brunei Darussalam dan pemimpin-pemimpin NGO terbabit di Kuala Lumpur pagi ini, Presiden HALUAN, Dr Abdullah Sudin Abd Rahman berharap agar kerjasama dan sokongan erat daripada semua pihak di Malaysia akan dapat memberi kesedaran akan jenayah yang sedang dilakukan oleh rejim Zionis Israel dan sekutunya ke atas penduduk Gaza dan Negara Palestin secara umumnya. Dengan kerjasama NGO Malaysia terbabit, mereka akan dapat menggembeling tenaga, pengalaman, dan komitmen untuk menjayakan usaha menerobos sekatan ke atas Gaza dan membantu penduduk Gaza membina semula kehidupan mereka.

Rejim Zionis Israel membina Tembok Kematian di Gaza dan Tebing Barat, yang telah menjadikan Gaza sebagai penjara terbesar di dunia. Tembok yang setinggi 8-12 meter dan sepanjang 850 km itu menjadi senjata utama Rejim Zionis untuk “membunuh” penduduk Gaza serta mencengkam mereka secara perlahan-lahan. Tembok itu telah digunakan untuk menghalang kemasukan bahan-bahan keperluan asas kehidupan termasuk makanan, minyak, bahan perubatan dan lain-lain. Gaza tidak hanya menjadi penjara terbesar tetapi hak untuk hidup rakyat Gaza juga telah dinafikan. Zionis ganas ini telah menggunakan kekuatan lobi mereka untuk menyekat dan melaksanakan embargo ke atas Gaza dengan dokongan Amerika Syarikat, Britain dan kuasa-kuasa besar dunia.



Tidak cukup dengan embargo dan Tembok Kematian, pihak Zionis juga telah menyerang Gaza pada 27 Disember 2008 selama 23 hari. Serangan yang amat brutal itu telah menggunakan senjata-senjata terlarang seperti bom fosforus, peluru uranium dan lain-lain. Mereka telah menggugurkan lebih daripada 1.5 juta kilogram bom dari semua arah iaitu daratan, lautan dan udara.

Hampir keseluruhan infrastruktur utama bandar Gaza hancur. Banyak bangunan-bangunan penting seperti pusat pentadbiran kerajaan, hospital, universiti, masjid, gereja, sekolah, janakuasa elektrik, bekalan air bersih dan lain-lain telah hancur akibat serangan rejim Zionis tersebut yang jelas telah mensasarkan keperluan orang awam.
Kini setelah lebih setahun tragedi serangan berlaku, penduduk Gaza masih lagi tidak dapat mendirikan semula rumah-rumah mereka, termasuk juga kemudahan asas yang lain seperti sekolah, masjid dan hospital. Mereka masih terpaksa berteduh di khemah-khemah sementara kerana bahan dan jentera binaan tidak dibenarkan dibawa masuk sama-sekali. Malahan ada yang masih terpaksa tinggal di bawah runtuhan bangunan rumah mereka. Ramai pesakit yang terpaksa menanggung penderitaan sakit berterusan hinggakan membawa kepada maut kerana tidak ada kemudahan perubatan dan tidak juga dibenarkan keluar dari Gaza untuk mendapatkan rawatan di hospital luar.

Tahun 2006 menyaksikan banyak usaha-usaha membantu membebaskan Palestin, terutamanya Gaza, daripada cengkaman embargo kejam Zionis. Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) daripada seluruh dunia telah mencuba pelbagai cara untuk masuk dan memberi bantuan kepada rakyat Gaza. Lebih daripada 10 percubaan telah dilakukan oleh NGO-NGO sedunia untuk memasuki Gaza tetapi hanya sekali dua saja yang berjaya menembusi sekatan tersebut.


Usaha terbaru telah dilakukan oleh sebuah konvoi yang telah dipelopori oleh Viva Palestina yang berpusat di Eropah pada 5hb Disember 2009. Usaha tersebut telah berjaya mengumpulkan lebih daripada 320 orang sukarelawan, di mana mereka memulakan perjalanan sejauh lebih 3,000km dari United Kingdom melalui Turki, Syria, Jordan dan seterusnya ke El-A’rish di Rafah, Mesir sebelum akhirnya berjaya masuk ke Gaza pada 6hb Januari 2010. Alhamdulillah 12 orang rakyat Malaysia, termasuk 2 orang wakil HALUAN Malaysia, telah menyertai konvoi tersebut.

Walaupun konvoi Viva Palestina yang ketiga itu telah berjaya memasuki, ia masih tidak berjaya menghapuskan embargo ke atas Gaza.

Kini, IHH dengan sokongan penuh kerajaan Turki dan NGO-NGO antarabangsa dari lebih 17 buah negara lain telah memulakan usaha untuk melaksanakan konvoi talian hayat Gaza yang ke-empat iaitu Lifeline4Gaza. Satu usaha besar-besaran iaitu satu konvoi yang akan merentasi Laut Mediterranean bermula dari Istanbul, Cyprus dan akhirnya terus ke Gaza mengikut jalan laut. Konvoi ini akan membawa lebih daripada 20 buah kapal dan bot.


Kempen ini akan diketuai oleh Perdana Menteri Turki sendiri, Recep Tayyip Erdogan. Konvoi kemanusiaan terbesar di dunia ini akan membawa bantuan asas keperluan seperti bahan pembinaan hospital, bahan perubatan, peralatan sekolah dan bahan-bahan makanan. Mereka juga akan diiringi oleh tokoh-tokoh politik dan kemanusiaan sedunia yang prihatin terhadap krisis kemanusiaan di Gaza.

Bantuan tersebut akan dibawa terus ke Gaza dengan menggunakan hubungan diplomatik kerajaan Turki yang memang mempunyai Perjanjian Keselamatan dengan rejim Israel semenjak peperangan dunia yang ke-dua lagi. Mengikut butiran perjanjian tersebut, Israel tidak boleh mengganggu kapal-kapal daripada Turki.

Konvoi ini amat penting kerana sekiranya ia berjaya maka kapal-kapal tersebut akan digunakan untuk menghantar semua barangan keperluan Gaza dari semasa ke semasa. Ini bermakna sekatan embargo Israel ke atas Gaza akan terangkat walaupun Tembok Kematian Israel masih berdiri utuh.

Berkaitan dengan konvoi ini, IHH telah melantik HALUAN sebagai penyelaras bagi semua bantuan daripada dermawan di Malaysia dan juga Brunei Darussalam. Sehubungan dengan amanah tersebut, HALUAN bersama-sama semua NGO yang hadir pada hari ini menyeru semua institusi, organisasi, badan-badan, syarikat-syarikat dan individu yang prihatin terhadap krisis kemanusiaan supaya memberikan sokongan dan bantuan untuk menyelamatkan rakyat Palestin dengan menganjurkan apa jua aktiviti dapat menzahirkan solidariti mereka, seperti solat hajat dan doa selamat, pameran dan seminar kesedaran Palestin, kutipan derma untuk projek Kemanusiaan Palestin, dan juga ceramah, dialog, diskusi mahupun forum penerangan permasalahan Palestin. Kami bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak bagi menjayakan aktiviti-aktiviti tersebut.

Sumbangan derma bagi menjayakan bantuan ini boleh disalurkan terus melalui akaun khusus untuk projek Lifeline4Gaza seperti berikut:

Nama akaun : “TABUNG PALESTIN HALUAN”
Nombor akaun: 5644 9020 8528
Bank : Maybank Berhad

Diharapkan usaha seperti ini akan dapat melahirkan generasi Malaysia yang perihatin terhadap isu kemanusiaan, dan yang lebih penting dapat menginsafi nikmat kemerdekaan yang mereka kecapi selama ini.

sumber: http://www.haluan.org.my/v3/index.php/ngo-ngo-malaysia-dan-wakil-ihh-lancar-projek-lifeline-4-gaza.html

Friday, April 09, 2010

Khutbah Konvoi GAZA

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah Sekalian,

Mimbar Jumaat tidak akan sekali-kali berasa jemu untuk menyeru kita semua agar meningkatkan ketaqwaan kepada Allah swt. Dengan melaksanakan segala perkara yang Allah cintai dan menjauhi segala perkara yang Allah benci. Sesungguhnya hakikat kekuatan seorang yang beriman itu bukan pada harta dan fizikal tetapi pada hati dan ketaqwaan. Orang munafik dan kafir berbangga dengan dunia fizikal yang sementara tetapi umat yang beriman merasa izzah dan mulia dengan iman dan ketaqwaan.


Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Mimbar Jumaat hari ini, ingin menarik perhatian kita semua tentang penderitaan dan perjuangan yang dialami rakyat Palestin.

Pada tahun1987, 4 orang pekerja Palestin telah ditembak secara kejam di khalayak ramai secara sengaja oleh askar-askar regim Zionis. Peristiwa ini telah menyebabkan bangkitnya api kesedaran dan perjuangan rakyat di awal dekad tahun 2000. Bermula dengan demonstrasi kecil seterusnya menjadi pertempuran dengan penuh ruh keberanian yang tinggi. Penglibatan kanak-kanak, remaja, dan ibu-ibu menjadi asas kepada perjuangan. Dengan hanya berbekalkan iman dan batu-batu jalanan mereka telah keluar untuk menghalau penjajah Zionis Israel. Inilah Intifadah yang pertama. Intifadah ini terus merebak hingga ke seluruh peringkat golongan masyarakat. Akibat daripada pengorbanan dan perjuangan intifadah yang pertama ini; perasaan keimanan di kalangan rakyat Palestin meningkat; mereka mula kembali kepada ajaran Islam. Akhirnya kesedaran itu telah memaksa Zionis merancang gencatan senjata melalui penipuan perjanjian OSLO 1993 yang di dalangi oleh Amerika. Berjaya Zionis apabila – Intifadah telah terhenti.

Perjuangan kembali marak apabila pada tahun 2000, Ariel Sharon telah memasuki Al-Aqsa bersama 3000 askar dan mengisytiharkan untuk mengambil Masjid Al-Aqsa secara perundangan dan atas fakta penipuan sejarah. Intifada yang kedua tercetus, tetapi kali ini pertempuran yang lebih hebat telah berlaku. Peperangan tidak hanya dengan batu, tetapi senjata, roket, peperangan terowong, bom-bom syahid dan pelbagai lagi.

Sidang Jumaat yang beriman,

Panggilan jihad tidak terhenti sekadar di Palestin tetapi telah merebak ke seluruh dunia di mana2 pelusuk dunia termasuk di Malaysia. Masyarakat dunia mengecam pencabulan/pencerobohan Zionis ke atas Al-Aqsa dan Palestin. Pertempuran semakin sengit. Sehingga dalam masa setahun sahaja,

Ø Lebih daripada 45000 Palestinian cedera parah; Lebih daripada 2100 syahid; Lebih daripada 560 kanak-kanak dan wanita syahid.

Pertempuran di antara rakyat Palestin dan penjajah Israel terus berlaku sehingga tahun 2005. Apabila pihak Israel, mengaku kalah, terpaksa mengundurkan diri dari GAZA. Pada tahun itu, 2005, mereka keluar dari GAZA dengan menangis dan membakar semua rumah-rumah dan pejabat-pejabat mereka. Pada tahun itu juga, Israel telah membina Tembok Kematian (جِدَر اَلْمَوْتُ) sepanjang 850km mengelilingi GAZA, setinggi 8 meter, ketebalan/kelebaran 30-100 meter.

Zionis kalah kepada perjuangan rakyat Palestin yang berani. Hari ini Regim Zionis Israel telah meningkatkan usaha jahat mereka menggunakan pengaruh mereka ke atas Amerika dan kuasa2 besar yang lain untuk mengadakan sekatan dan embargo. Bukan hanya Tembok Maut itu telah menjadikan GAZA “Penjara terbesar di dunia”. Tetapi Regim Zionis telah menafikan hak rakyat GAZA untuk hidup. Zionis telah menyekat segala bentuk bantuan kepada penduduk GAZA. Bermula dengan bantuan bahan2 makanan dan keperluan asas ekonomi sehinggalah keperluan perubatan dan kehidupan.

Sidang Jumaat yang dikasihi Allah,

Sebagai seorang saudara wajib kita bantu mereka. Kasih sayang merupakan fitrah yang mesti dijelmakan dalam kehidupan . Hadith Rasul saw

مَنْ لَا يَرْحَمُ لَايُرْحَمُ

“Sesiapa yang tidak mengasihi, (Allah) tidak mengasihinya.” (Hadith Bukhari)

Dalam hadith yang lain,

لَايُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيْهِ مَايُحِبُّ لِنَفْسِهِ

“Tidak sempurna keimanan seseorang kamu sehinggalah dirinya menyintai saudaranya sebagaimana beliau menyintai dirinya sendiri” (HR Bukhari & Muslim)

Kasih sayang dengan saudara kita dikaitkan dengan sejauhmana kekuatan iman kita.

Kedengkian Regim Zionis Israel, bertambah-bertambah hebat apabila bermula pada tarikh 27 Dec 2008 – 18 Jan 2009 Israel telah melancarkan peperangan hebat ke atas GAZA; menggunakan senjata yang paling canggih; bom seberat 1.5 juta kilogram; pesawat-pesawat F16, Pesawat Pengebom B2, Helikopter Apache yang termoden; peluru-peluru uranium; bom fosforus yang diharamkan – turun seperti air hujan yang membakar kulit, masuk ke isi hingga ke tulang; bom-bom berangkai yang mengeluarkan bola-bola kecil kemudian meletup dan mengeluarkan pula pisau-pisau kecil memotong daging dari paras lutut ke bawah. Walaupun tentera Israel tidak berjaya memasuki GAZA tetapi mereka telah menghancurkan hampir keseluruhan infra struktur dan keperluan asas kehidupan di GAZA.

Sidang Jumaat yang dikasihi Allah,

Sabda Rasul saw:

وَمَنْ لَمْ يَهْتَم بِأَمْرِ الْمُسْلِمِيْن فَلَيْسَ مِنْهُمْ

Sesiapa yang tidak ambil berat terhadap saudara muslimin dia bukan daripada orang Islam.” (Muslim)

Dalam satu persidangan ulamak dunia, Prof. Dr. Yusuf Qardawi telah menfatwakan bahawa “hukum membantu umat Islam Palestin yang ditindas adalah wajib”. Bukan lagi sunat sunat dan sukarela. Setiap harta yang disumbangkan pada jalan Allah akan menjadi penyelamat kita daripada azab neraka yang terlalu pedih seksanya.


Maksudnya: "Wahai orang yang beriman! Mahukah aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, serta berjuang membela agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)." (Assaf: 10-11)

Ayyuhal Mukminin,

Hari ini, masyarakat dunia yang prihatin sedang dalam usaha untuk membantu saudara kita di Gaza. Mereka akan menghantar bantuan secara langsung ke GAZA melalui laut. Satu kempen “Konvoy Menerobos Tembok Kematian” sedang dilaksanakan di seluruh Malaysia. Usahasama ini adalah gerakkerja gabungan NGO-NGO antarabangsa dan Malaysia. Di Malaysia lebih daripada 20 NGO-NGO besar telah bersetuju berkerjasama di bawah koordinasi HALUAN Palestin. Pihak penganjur utama Konvoi, NGO IHH dan kerajaan Turki telah merayu melalui HALUAN Palestin untuk menggerakkan misi mengumpul dana ini. Projek ini amat penting kerana sekiranya ia berjaya maka akan terhapuslah sekatan Tembok Kematian oleh Israel itu. Konvoy pada kali ini akan bermula di Istanbul. Mereka akan bertolak melalui laut membawa masuk 20 buah kapal yang datang dari seluruh dunia termasuk Malaysia. Kapal-kapal itu dijangka akan berhadapan dengan kapal-kapal perang Israel dengan penuh keberanian... Insya Allah. Inilah bantuan yang kita mampu berikan maka marilah kita bersama menyumbang kerana sumbangan itu adalah wajib mengikut kemampuan kita...dan Allah Maha Mengetahui kemampuan kita!

KHUTBAH KEDUA

اِنَّ اَلْحَمْدُ لِلهِ نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِيْنُهُ وَنَسْتَهْدِيْهِ وَنَسْتغْفِرُهُ وَنَعُوْذُبِاللهِ مِنْ شُرُوْرِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيْئِاَتِ أَعْمَالِنَا, مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ, وَمَنْ يُضْلِلْ فَلَا هَادِي لَهُ , وَلَنْ تَجِدَلَهُ وَلِياًمُرْ شِدًا

اللهم صل وسلم على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد.

Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian

Sabdan Rasul saw:

مَنْ جَهَّزَ غَازِيًا فِي سَبِيلِ اللهِ فَقَدْ غَزَا وَمَنْ خَلَفَ غَازِيًا فِي اَهْلِهِ بِخَيْرٍ فَقَدْ غَزَا

“Sesiapa yang membantu saudaranya untuk bertempur (kali ini dengan Israel) pada jalan Allah, maka baginya sama dengan mereka yang bertempur, Sesiapa yang membantu ahli keluarga orang yang bertempur itu dengan kebaikan maka baginya sama seperti orang yang bertempur” (Muslim)

Perumpamaan orang yang menginfak harta di jalan Allah adalah terlalu hebat. Lipatan sejarah Islam melalui peristiwa Isra Mikraj telah menunjukkan kepada kita kemuliaannya. Ketika Baginda diIsra’kan (perjalanan antara Masjid Haram- Masjid Aqsa, Palestin), Baginda telah diperlihatkan dengan satu kaum yang bercucuk tanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. Apabila dituai, hasil baru pula keluar seolah2 belum dituai. Hal ini berulang2. Baginda diberitahu Jibrail itulah kaum yang berjihad pada jalan Allah digandakan sebanyak 700 kali ganda atau lebih drpd itu.

Kita ialah golongan orang yang beriman kepada Allah, dan Apakah kita tidak terasa terpanggil menjadi penolong-penolong agama Allah? Apakah kita tidak terpanggil oleh Allah dalam surah as Saf yang terakhir:

Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela agama Allah sebagaimana Nabi Isa Ibn Marym ketika ia berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: Siapakah penolong-penolongku kepada Allah? Mereka Menjawab: Kamilah pembela-pembela agama Allah! Setelah itu maka sekumpulan daripada kaum Bani Israel beriman dan sekumpulan lagi telah kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang beriman untuk mengalahkan musuhnya maka jadilah mereka orang-orang yang menang.

(as Saff: 14)

DOA KAUM MUSLIMIN & DOA SULTAN NEGERI MASING-MASING

Wednesday, March 10, 2010

Catatan 1: Lapor Diri


Memandangkan cuti yang agak panjang kali ini, saya memutuskan untuk menimba pengalaman dengan menjadi tenaga pengajar sementara di Sekolah Rendah UMMI(SeRU), Alor Star.Kalau diikutkan prosedurnya, saya akan mula bertugas selepas cuti pertengahan ini, namun demikian ketentuan Allah S.W.T tiada siapa dapat menjangkanya, ayah saya telah menerima mesej dari Pengetua sekolah tersebut, meminta saya untuk melaporkan diri di pejabat pukul 8 pagi Rabu ini.

Ya Allah, ikhlaskan aku...

Ikhlas itu buah keimanan kan? Justeru untuk ikhlas itu sukar, berat, dan payah. Itulah harga yang perlu dibayar seorang mu'min untuk mendapat syurga Allah. Bukankah jalan ke Jannah itu pahit?

Alhamdulillah, ayah saya membantu dengan menghantar saya ke Pejabat SeRu untuk lapor diri.(maaf susahkan abah dan buat abah lambat pergi pejabat)

Selepas melapor diri, saya diberi sedikit briefing dari cikgu Asnazalia, kemudian baru saya diberi jadual, buku ringkasan mengajar dan juga buku rujukan. Selesai sahaja sesi tersebut, saya menarik nafas lega, pada fikiran saya, barangkali hari ini just lapor diri dan survey pelajar-pelajar. Nampaknya anggapan saya meleset, saya diminta untuk terus mengajar mengikut jadual yang telah diberikan, hanya ada setengah jam sahaja sebelum kelas saya bermula, hilang ketenangan saya.

Ya Rabb, tenangkan aku..

Mu'min yang disukai Allah ialah mu'min yang tenang. Dengan ketenanganlah fikiran akan lebih rasional. Tenang hati, tenang iman akan membawa mu'min itu kepada "Sakinah Imaniyyah".

Jam menunjukkan pukul 9, kelas pertamaku bermula, subjek tulisan jawi untuk darjah dua (2B). Sebelum melangkah ke kelas, guru-guru senior yang lain meninggalkan pesan,

"Athirah, nanti masuk kelas 2B ni, jangan senyum-senyum belai-belai dengan diorang, buat muka garang and tegas.."

"Kelas 2B ni memang kelas yang paling buas..kena banyak-banyak sabarla na.."

Tiba je di kelas 2B, memang betul kata guru-guru yang lain, mereka sangat-sangat-sangat aktif. Aktif ni bagus sebenarnya, cuma salah saluran sahaja. Kalau dibimbing dan dididik dengan betul, aktif mereka ini pasti bermanfaat untuk Islam. Tapi jujur saya katakan, mengajar pelajar-pelajar yang aktif ini amat memenatkan, suara saya tak kedengaran disebalik keriuhan suara mereka. Untuk hari pertama di kelas 2B, saya rasa saya kena belajar psychology budak-budak untuk kawal keaktifan mereka.

Kelas keduaku, subjek Bahasa Arab untuk kelas Darjah 5. Alhamdulillah, penerimaan mereka baik, cuma saya sahaja yang rasanya tak cukup bersedia untuk mengajar mereka. Dalam kelas tersebut, ada yang cepat faham dan ada yang lambat sikit untuk faham. Kasihan mereka yang kurang faham, untuk bagi tumpuan lebih kepada golongan ini, golongan yang advance pula rasa tersisih. InsyAllah, akan ada solusinya nanti.

Waktu terus berlalu, usai solat zohor, kelas sesi petang bermula. Saya diberitahu kelas 2A ini, pelajarnya agak bijak-bijak, saya menarik nafas lega, saya fikir, tak perlulah mengangkat volume tinggi untuk bagi arahan nanti. Anggapan saya meleset sama sekali, dek kerana terlalu bijaknya mereka, setiap latihan yang ada dalam buku latihan aktiviti telah mereka siapkan sampai habis satu buku. Advance betul mereka ini, satu potensi yang bagus. Mereka cuma kurang sedikit adab sopan dengan guru. Mungkin perlu pembentukkan sahsiah yang lebih biar seimbang akademik dengan sahsiah. Akademik cemerlang, sahsiah terpuji. InsyAllah.

Kesimpulannya, menjadi guru ini bukan sahaja menjadi seorang mu'allim tapi juga murabbi. Mu'allim hanya mengajar, tapi murabbi tugasnya lebih kepada mendidik, mendidik hati, minda dan juga sahsiah pelajar. Moga Allah bantu.

Wallahualam.

Wednesday, February 24, 2010

Ma'assalamah


Alhamdulillah..tamat sudah tempoh 2 tahun pengajian saya di CFS IIUM Nilai ni.
InsyALLAH..Gombak akan menjadi medan perjuangan saya seterusnya.

Banyak perkara yang nak dikongsikan disini, tapi insyALLAH nanti ada kesempatan lain akan saya kongsikan disini.

p/s: baru sedar, tempoh 2 tahun tu satu jangka pendek yang Allah pinjamkan..semoga Allah redha dengan pinjaman tempoh 2 tahun tersebut.

Wallahualam..

Friday, January 15, 2010

فاقد الشيء لا يعطيه


فاقد الشيء لا يعطيه

Pepatah Arab yang bermaksud orang yang kehilangan sesuatu tidak dapat memberi, agaknya gambaran yang tepat untuk menggambarkan diri saya ketika ini.

" Along, kenapa x update blog?"

Soalan lazim yang selalu abah tanya dalam telefon..hu3 macam mana nak jawab ye??
Senyuman tawar je yang mampu di bagi..(^_^)

Teringat balik kata Ustaz Pahrol Mohd. Juoi, penulisan ini gambaran hati, apa yang kita rasa, apa yang kita lalui, perkara ini yang kita ingin kongsi dalam konteks yang bermanfaat untuk orang lain.


Berbalik kepada pepatah tadi tu, orang yang kehilangan sesuatu tidak dapat memberi.
Apa kaitannya dengan saya dan penulisan yang saya maksudkan kan?

Sebenarnya konteksnya meluas, orang yang tiada ilmu, dia tidak akan dapat sampaikan sesuatu yang ilmiah kepada orang lain, bos yang tiada duit, dia tidak boleh memberi gaji kepada pekerjanya, orang yang tiada makanan, dia tidak boleh memberi makanan kepada orang lain..Itulah maksudnya " orang yang tiada sesuatu tidak akan dapat memberi "..

Jom lihat konteks yang lebih tinggi sikit, jika seseorang nak sampaikan Islam kepada orang lain, tapi dalam hati dan dalam diri dia tak tertegak pun Islam, boleh ke dia bagi kefahaman Islam tu kepada orang lain?
Atau seorang dai'e yang ingin mentarbiyah ummah, tapi dirinya tak ditarbiyah terlebih dahulu, mampukah dia nak mentarbiyah ummah?
Atau seorang penulis yang ingin menyentuh hati pembacanya, tapi dia sendiri menulis sesuatu bukan dengan hati, adakah orang akan terkesan dengan penulisannya?

Konteks yang lebih tinggi lagi, seorang hamba yang ingin perhatian Rabbnya, tapi x ada usaha untuk itu, layakkah dia mendapat perhatian dari Rabbnya? Seorang yang inginkan syurga, tapi tak ada sedikit amal pun untuk membeli syurga itu, dapatkah dia akan syurga?

Sebenarnya manusia ini terlalu banyak yang diinginkan tapi kedekut untuk memberi, banyak impian tapi kurang berusaha, banyak angan-angan tapi tidak bergerak untuk merealisasikan..Sama-sama muhasabah, tingkatkan amal, perbaiki iman..(n_n)

wallahualam..



Monday, October 26, 2009

Semester Baru



Esok bakal bermulanya sesi pembelajaran bagi semester dua 2009/2010, dan ianya merupakan semester akhirku di CFS IIUM, Nilai ni. Rindu rasanya dengan kesibukkan kampus.
Untuk permulaan sem ni ada tiga agenda besar yang perlu diselesaikan, moga Allah bantu urusan ini.

Tirai sem baru ni dibuka dengan satu lagi berita kematian, Allahyarhamah Izaifah yang kembali ke Rahmatullah pada 25 Oktober 2009 yakni semalam selepas Maghrib.Allahyarhamah yang merupakan student IRK 2nd year berusia 19 tahun meninggal disebabkan penyakit leukimia yang dihidapinya. Betapa Allah menyayangi beliau, dalam usia yang muda Allah memanggilnya kembali. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya..Al fatihah..

Seinfiniti tahniah untuk ahli dorm E-1-9 yang bakal ke main campus UIA, Gombak bulan 12 ni. Nani, kak Ros, Eisya, Ika, Aisyah, Nik, and Saba', teruskan perjuangan kalian di tempat yang baru, barangkali sem ni akan sunyi tanpa karenah kalian. Suara Nani iqamah, celoteh kak ros dan Eisya, suara merdu Ika, masakan Nik dan laungan Saba' ajak solat berjemaah pasti akan kami E-1-9 rindui. Semoga kalian sentiasa dilindungi Allah.

Wallahualam.

Thursday, October 22, 2009

Aku, Usaha, Tawakal dan Natijah



Alhamdulillah..
Barangkali itulah lafaz kesyukuran meniti di bibir students CFS IIUM, almaklum result final exam untuk sem ni baru je di umumkan petang tadi.

Result saya??
Alhamdulillah..nikmat yang Allah bagi ni bermakna tanggungjawab pun makin banyak. Dan salah satu cara untuk mensyukuri nikmat Allah ni ialah dengan memperbanyakkan amal.

Baru kini saya memahami usaha, tawakal dan natijah tu bagaimana sebenarnya. Dah 2 dekad baru nak memahaminya? Tapi tak apa, selagi mana Allah bagi kesempatan selagi itu kita cari hikmahnya.

Pernah tak terfikir, aku dah berusaha sungguh-sungguh, dah tawakal sampai nangis-nangis, tapi kenapa natijah aku tak seperti yang aku harapkan? Mungkin aku ni terlalu banyak dosa sampai Allah tak terima doa aku?

Saya pernah berfikiran begitu satu masa dahulu. Tapi baru saya sedar, pemikiran sebegitu sebenarnya salah kerana berbaur perasangka terhadap Allah, agak lewat saya menyedarinya. Tapi sekarang saya dah faham konsep usaha tu bagaimana, tawakal tu bagaimana, dan natijah tu bagaimana. Allah jua yang bagi kefahaman.

Mungkin dah biasa ditanamkan dalam hati kita, kalau belajar tu kerana Allah, buat revision pun kerana Allah, membaca pun kerana Allah. Ya, perkara ni dah ditanamkan dalam diri kita sejak kecil lagikan. Tapi tau tak belajar kerana Allah tu bagaimana? Persoalan ini agak kurang ditekankan.

Belajar, buat revision, membaca tu merupakan usaha, bilamana kita sebut usaha kerana Allah that's mean kita menjadikan usaha itu sebagai amal, sebagai ibadah, sebagai mata ganjaran akhirat kita. Point ni yang selalu dilepas pandang, meningkatkan saham akhirat. Fikirkan, bagaimana nak meningkatkan saham akhirat, cukupkah ibadah khusus kita untuk tingkatkan saham akhirat? Atau amal kebajikan kita yang tidak seberapa itu dapat menjamin kita?
Ketahuilah, sesungguhnya perkara yang paling dekat dengan manusia, yang paling mudah untuk manusia dapatkan pahala ialah usaha=kerja=tenaga, maka jadikanlah usaha itu sebagai amal dan ikhlaslah dalam beramal.

Acapkali kalau kita berdoa kepada Allah mengharapkan natijah yang baik, berlegar di ruang mata kita usaha-usaha kita. Disitu menggambarkan kita kurang yakin terhadap Allah, sebab di sudut paling dalam hati itu masih meletakkan usaha sebagai penjamin. Seolah-olah usaha itu sebagai cagaran, "Ya Allah, aku dah berusaha banyak ni maka berilah aku banyak ni...", adakah betul begitu? Tepuk dada tanyalah ustaz..
Tawakal itu meletakkan sepenuh pergantungan kepada Allah selepas berusaha kan? Nah, justeru serahkan natijah itu kepada Allah.

Natijah itu milik Allah..anugerah Allah kepada hambaNya. Dan tak ada satu pun natijah yang Allah bagi itu sia-sia. Kalau Allah bagi kejayaan, Allah suruh kita bersyukur, bukankah Allah mencintai orang yang bersyukur. Dan kalau mendapat kegagalan, kegagalan itu hanya pada pandangan manusia sahaja, Allah suruh kita bersabar, dan bukankah Allah juga mencintai orang yang bersabar.

Wallahualam.

Sunday, October 11, 2009

10 OKTOBER, Istimewa untuk kalian..


Kenapa saya buat pos ni untuk mereka?

Sebab tarikh lahir mereka unik.

Dan mereka juga merupakan individu yang unik.

Untuk mereka...

Semoga Allah memberkati kehidupan kalian,

usia kalian

dan rezeki kalian.

Semoga dengan pertambahan usia ini, makin meningkatkan lagi tahap ubudiah kalian.

May Allah bless all of you.(n_n)

Wallahu'alam.

HALUAN Siswa? Siapakah kami?


HALUANSiswa, Siapakah Kami?

Kami adalah sekumpulan mahasiswa dan mahasiswi yang mencintai keamanan, kesejahteraan dan kedamaian. Kami ukirkan sebuah pengharapan yang menjulang tinggi agar suatu masa nanti dunia yang didiami ini akan dinaungi di bawah payungan keislaman yang sebenarnya.

Kami adalah pemuda pemudi yang merindui suasana- suasana yang boleh menghidupkan hati. Maka kami berusaha keras menghidupkan kehidupan kami dengan biah yang soleh (suasana yang baik). Kami kerahkan kudrat tenaga, pemikiran dan korbankan masa dan wang kami untuk menganjurkan pelbagai program dan aktiviti yang sesuai dengan batasan syara’. Tiada yang lebih baik dalam hidup jika seluruh orientasi kehidupan difokuskan sebagai medan ubudiyyah kepada Allah SWT.

Kami ialah barisan mahasiswa dan mahasiswi yang inginkan kehidupan yang disinari dengan cahaya keimanan yang pastinya akan menghidupkan jiwa-jiwa kami. Cahaya yang terang benderang yang akan memancarkan sinar kebahagiaan dan ketenangan untuk kami lalui kehidupan ini dengan keredhaan Allah SWT. Inilah kemuncak cita-cita dan impian kami.

Kami semua adalah saudara dan saudari kalian. Mencintai kalian kerana Allah SWT. Kami ingin menyeru dan mengajak kalian daripada kesempitan jahiliyah kepada keluasan Islam dan hidayah Allah SWT. Kami mengasihi kalian sepenuh jiwa dan perasaan kami dan ingin bersama-sama seluruh ummah ini mempertahankan Islam sehingga ke akhir hayat kami.

Kami adalah pemuda pemudi yang ingin mencontohi Generasi Awal yang dididik di bawah didikan Madrasah Rasulullah SAW. Generasi yang menjadi Qudwah utama dalam mempraktikan dan menghayati ajaran Islam sebagai cara hidup. Mereka inilah yang sewajarnya dicontohi dari segi akhlak terpuji, semangat juang mempertahankan Islam, kesungguhan dalam beramal ,keseriusan dalam berdakwah dan tekad dalam berpegang menghayati Islam. Cita-cita kami ingin menjadi seperti mereka dari semua aspek kehidupan. Mereka inilah Generasi Al-Quran yang unik.

Kami adalah generasi mahasiswa mahasiswi yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah SWT dalam menjalani kehidupan. Kami berazam dengan keazaman yang membulat tinggi untuk mengamalkan Islam dalam kehidupan kami dengan bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah yang benar dan sahih. Inilah sumber rujukan utama dan hanya inilah rujukan kami dalam memahami dan menghayati Islam sebagai panduan kehidupan.

Inilah, kami. Walaupun diri kami ini dipenuhi dengan kekurangan dan kelemahan, akan kami berusaha bersungguh-sungguh untuk menajamkan potensi diri, mempertingkatan kualiti hati dan menggilap kecerdasan emosi ke tahap yang tertinggi. Kami bertekad untuk bersama-sama dengan teman-teman dalam perjuangan untuk komited dalam proses pembangunan diri melalui proses Dakwah dan Tarbiyah yang akan memacu kecemerlangan diri kami di dunia akhirat.


Kami ingin cemerlang dalam menuntut Ilmu.
Kami berhasrat untuk berakhlak dengan sebaik sahsiah terpuji
Dan Kami ingin memanfaatkan kehidupan kami untuk pembangunan dan perjuangan Islam.
Inilah kami, dan siapa pula anda?

Mahasiswa Mahasiswi
HALUANSiswa

http://haluansiswa.haluan.org.my
http://siswihaluan.blogspot.com
http://hasizu.blogspot.com

Wallahu'alam.


Sunday, September 13, 2009

'Alim Mujahid


8 hb September hari tu saya mengikuti ijtima'am akh Khalid Al-Walid, seorang peguam di sebuah firma guaman. Tajuk ijtima'am tu berkenaan 'alim mujahid. Mungkin ada orang dah biasa dengar tentang alim mujahid, ya saya akui saya dah biasa dengan tajuk ni tapi ada satu waktu kita akan terlupa maka saya adalah antara insan yang terlupa. Berbalik kepada 'Alim Mujahid..

Apakah 'Alim?
dan
apakah Mujahid?

'Alim ialah orang yang menguasai bidang ilmu,manakala Mujahid adalah orang yang bersungguh bekerja untuk Deen Allah.

Dan seorang mahasiswa muslim perlu meletakkan matlamat untuk menjadi 'Alim Mujahid, supaya apa?

Supaya Allah redha dengan kita.
Supaya Allah redha dengan kesibukkan kita bekerja untuk DeenNya.
Supaya Allah redha dengan usaha kita.
Supaya Allah memberikan ganjaran Jannah kepada kita.

Maka seorang 'Alim Mujahid perlu ada ciri-ciri berikut:

1. Aqidah yang salimah

2. Jernih fikrah

3. Akademik yang cemerlang

4. Aktif dakwah

5. Kerjaya sebagai wasilah dan bukannya matlamat.

Ada sesuatu yang perlu diingat,even we as a student dan academik menjadi the first but remember that tarbiyah can't be the second.

Academik and tarbiyah must be parallel.

That's how,tarbiyah boleh me'lead' akademik kita dan akademik men'support' tarbiyah.

Bak kata Mustapha Masyhur: "Tarbiyah bukan segala-galanya,tetapi segala-galanya memerlukan tarbiyah".

Mari kita sama-sama meng'aslih' diri kita dan pada waktu yang sama menyeru kepada orang lain.


(Kertas kerja 'Alim Mujahid ini pertama kali dibentangkan di UIA pada tahun 1987 oleh Dr.Ugi Suharto atau lebih dikenali dengan Dr. Umair yang ketika itu masih penuntut UIA.)

Wallahualam.

Kawan Or Sahabat?


Sahabat ialah orang yang bilamana kita berada disampingnya, hanya kelemahan diri kita sahaja yang kita dapat lihat.

Tetapi kawan,bilamana kita berada disampingnya hanya kebaikan diri kita sahaja yang kita dapat lihat.

Sahabat ialah orang yang kita tak mengharapkan apa-apa dari dia,cukup sekadar ingatan dia terhadap kita dalam setiap doa,huluran tangan ketika kita futur dan Allah redhai dia dan kita.

Tetapi bilamana kawan,there's something kenapa kita berkawan dengan dia, mungkin kita ingin menyaingi akademik dia,wanna be better than them in all aspects dan kadang-kadang kita lupa hubungkan hubungan ini dengan Rabb kita.

Sahabat ialah orang yang sangat sayangkan akhirat kita.

Dan kawan,orang yang sayangkan kita didunia sahaja.

Siapakah sahabat kita?

dan

siapakah kawan kita?

Wallahualam.

Sunday, August 23, 2009

Hamba Ramadhan vs Hamba ALLAH


Mungkin sudah terlambat untuk saya mengucapkan MARHABAN YA RAMADHAN di ruangan ini, tapi rasanya masih belum terlambat untuk mentajdidkan niat dan visi Ramadhan kali ini.

Saya baru pulang dari musafir yang panjang untuk tempoh waktu yang singkat, bayangkan perjalanan pergi dan balik dari Alor Star ke Sekinchan, Selangor dalam tempoh waktu kurang dari 24 jam dengan misi memujuk embah (panggilan nenek utk org jawa) menghabiskan Ramadhan bersama kami sekeluarga di rumah.

Kita tinggalkan dulu kisah ni, berbalik kepada tajuk Hamba Ramadhan vs Hamba Allah.

Apa itu?

Mari kita menjelajah dulu, bagaimana keadaan masjid ketika bulan Ramadhan?

Alhamdulillah, masjid di penuhi dengan jemaah.

Kalau bulan biasa susah untuk kita lihat jemaah subuh ramai, tapi situasi ini berbeza bilamana berada dalam bulan Ramadhan.

Begitu juga dengan tadarus Al-Quran, kalau bulan biasa nak baca Al-Quran susah tapi senarionya berbeza bila berada dalam bulan Ramadhan.

Stesen TV pun berlumba-lumba memaparkan rancangan-rancangan yang lebih islamik, drama yang islamik, slot-slot yang islamik tuntasnya semuanya berunsurkan nilai-nilai islamik.

Tapi persoalanya di sini, dimana kesinambungannya selepas Ramadhan?

Kenapa keadaan ini tidak berlanjutan selepas habisnya Ramadhan?

Siapakah kita?

Hamba ALLAH atau Hamba Ramadhan?

Jika kita hamba Allah maka kita akan menjaga istiqomah kita tetapi kalau kita hamba Ramadhan maka ibadah kita hanya berada dalam ruang lingkup Ramadhan.

Sama-sama kita muhasabah dan sama-sama kita memperbaiki diri.

Wallahualam.

Friday, July 24, 2009

Inilah Jalanku



Cuti ni sayang rasanya kalau dibiarkan tanpa manfaat, maka saya berazam untuk menghabiskan beberapa buah buku yang selama ni just jadi hiasan mini library kat rumah.

Saya tertarik untuk berkongsi kisah seorang tokoh, petikan kisah dari buku Super Mentoring Senior karya Novi Hardian dan Tim Ilna Yosen..


Di atas mimbar salah satu rumah Allah di dataran India, seorang lelaki tua dengan sorot tajam membelakangi arah kiblat, menghadap jamaah solat Jumaat yang khusyu' mendengarkan khutbahnya.Suaranya kadang-kadang tegas, kadang-kadang lantang, dan kadang-kadang perlahan membuat dada bergetar dan kepala tertunduk.

Itulah dia, mengeluarkan gundah-gulananya, mengeluhkan kondisi India yang semakin parah. Tak terhitung jumlah dan kemaksiatan yang dipertontonkan para pelakunya. Pemandangan yang sangat jauh dari tuntutan Ilahi berserakan di mana-mana.

Pilu... Dengan lirih dia melambungkan tanda tanya.. Belum lahirkah di tanah ini seorang pemuda yang akan meneruskan perjuangan dakwahnya, padahal dia telah tua dan ajal sudah tersenyum-senyum menantinya?

Lelaki tua itu berkali-kali mengatakan, betapa dia sangat mengharapkan munculnya pemuda yang peduli akan kondisi umatnya, mengajak mereka ke pangkuan syariat Islam menegakkan kalimah Allah di muka bumi.

Antara jamaah yang mendengarkan nasihat itu, tampak sepasang mata bundar tak berkedip memandang lelaki tua itu. Telinganya tajam menyemak keluhan hati sang syeikh. Ia begitu terkesima.

Seusai solat Jumaat, ketika satu persatu jamaah masjid pulang ke tempat masing-masing, pemuda itu menghampiri sang syeikh. Dengan penuh rasa takzim, dia berkata mantap, " Ya Syeikh, sayalah pemuda itu !".

Ikrar diri yang dilaungkan pemuda itu tidak bermain-main. Seketika sesudahnya, pemuda itu mengurung diri di dalam perpustakaan selama 5 tahun. Ia kumpulkan bekal sebanyak-banyaknya. Waktu demi waktunya tak ada yang dibiarkan sia-sia.

Akhirnya sejarahlah mencatatnya. Allah tidak menyia-nyiakan jerit payah hambaNya. Pemuda itu di kemudian hari berhasil mendirikan gerakan Islam yang sangat mengagumkan. Siapakah pemuda itu? Dialah Abul A'la Al Maududi, pendiri Jamaah Islam. Remaja yang ketika masih berusia 15 tahun telah mengantungkan segenap tekad kuat. Hanya dengan kalimah yang diikrarkan dengan sesungguh-sungguhnya, " Akulah pemuda itu." Dia telah berikrar. Dan dia telah membenarkan pula ikrar itu. Dia telah membuktikan kata-katanya itu, hingga menjadi seorang mujaddid dan mujahid dakwah sampai ketika senja menjemput usianya.


Bagaimana dengan kita?

Sejauh mana ikrar kita?

Dan sejauh mana kesungguhan kita melaksanakannya?


Wallahualam...

Monday, July 20, 2009

Simbol Sukses


Alhamdulillah, exam untuk 3 subjek dah lepas, tinggal lagi 2 paper kena sambung lepas mid-break ni .Semoga Allah terima usaha saya dan permudahkan segala sesuatu..

Bilamana sebut tentang exam atau peperiksaan ataupun dengan kata lainnya ujian pastinya setiap orang itu mengharapkan natijah yang cemerlang,excellent and bak kata orang indon sukses (n_n)..


Apakah simbol sukses itu?

Sukses ertinya berhasil,atau dapat dikatakan tercapainya sesuatu yang dikehendaki atau diingini. Sukses is something yang sifatnya relatif and it's depend to how people interpret it in the real meaning.

Boleh jadi kita menganggap seseorang itu sudah sukses melihat kepada pencapaian luarannya, contohnya kita melihat seorang hartawan yang kaya, jadi kita beranggapan orang kaya tu sukses, padahal bukan kekayaan yang diinginkan tapi ketenangan jiwa, maka dia belum merasa dirinya sukses dalam hidup.


Bagaimana dengan kita?


Macam mana nak sukses?


Menurut buku Panduan Keislaman untuk Remaja karya Novi Hardian bersama Tim Ilna Yosen,
langkah-langkah untuk mencapai sukses dalam kehidupan disebut langkah hidup.

1. Fikiran adalah langkah hidup


Fikiran manusia bukan sahaja suatu tool (alat) tapi juga merupakan suatu control.Sebab itu kita perlu sentiasa memeriksa isi fikiran kita dan mengisinya dengan pemikiran yang bersih.


2. Ucapan adalah langkah hidup

Ungkapan "
Bicara adalah perak,diam adalah emas" tidaklah seluruhnya benar.Yang membezakannya nilai dan isi yang terkandung di dalamnya.Ucapan yang mempunyai nilai dan isi yang baiklah yang akan menyelamatkan kita.Dan yang sebaliknya akan membinasakan kita. "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat,berkatalah yang baik atau diam" (HR. Bukhari dan Muslim)

3. Tindakan adalah langkah hidup


Seseorang itu memerlukan tindakan untuk sukses.Jika tindakan (amal) yang dilakukan itu kebajikan, maka berlakulah '
barangsiapa menanam, dia akan memetik hasilnya'.Sebaliknya, jika tindakan itu berupa kemaksiatan maka berlakulah 'barangsiapa yang menggali lubang, ok maka ia akan terperosok ke dalamnya'.

Bukankah manusia hanya berusaha dan Allahlah yang menentukannya
? (13:11)

Wallahualam..

Sunday, July 05, 2009

Saat Itu..


Alhamdulillah
Segala puji bagi Allah,Rabb sekalian alam..dariNya kita diberikan kehidupan dan kepadaNya juga kehidupan ini dikembalikan,bukankah kehidupan ini adalah sebuah pinjaman?

Bagaimana kita mencorakkan kehidupan kita begitu jugalah nilaian Allah terhadap kita,andai kehidupan ini kita isi dengan pengubudiahan yang total kepadaNya maka kita akan mendapat kasih sayang yang total juga dariNya.

Mukmin yang dikasihi Allah ialah yang banyak manfaatnya terhadap orang lain,maka kerapkali soalan ini mengasak minda dan hati saya,

"Adakah aku sudah bermanfaat terhadap orang lain?".

Bukankah jiwa ini milik Allah,maka saya amat rindukan jiwa ini dapat kembali kepadaNya dengan keadaan yang suci yang paling Dia sukai..Saya rindukan SYAHID.

Berikut adalah dua rentetan peristiwa yang amat terkesan kepada hati saya..

1.Kembalinya senior MATRI saya Muhammad 'Ammar b. Zulkifli ke Rahmatullah dalam kemalangan jalan raya di Kaherah,Mesir pada 11 Jun 2009(mesir ktika tu 10 jun) ikut waktu Malaysia,tarikh itu ialah tarikh ulangtahun saya yang ke-20..Allahyarham meninggal dalam usia 21 tahun..

2.Kembalinya senior DQ gen 7 yang juga merupakan orang kampung saya,Muhammad Nabil b. Marwan ke Rahmatullah pada hari Khamis malam Jumaat 2 Julai 2009 disebabkan penyakit bengkak hati..Allahyarham juga meninggal dalam usia 21 tahun..

Bilakah giliran saya?

Saya berkongsi berita kematian mereka dengan ibu saya,maka kata mak,

"Betapa gembiranya seorang ibu yang mendapat anak yang soleh seperti mereka,dan anak yang sangat Allah kasih sebab tu Allah ambil mereka awal..seorang berjuang di medan belajar dan seorang lagi menyucikan diri dengan kesakitan yang Allah beri sebagai lambang kasih sayangNya..kalaulah anak mak macam tu.."

Semoga Allah mengambil saya dalam keadaan hamba yang benar-benar HAMBA,hamba Allah yang Rabbani.

Wallahualam..