Sunday, May 15, 2011

Aku Hanya Merencana

Mbah ku, Hjh Marfu'ah Bt. Mustar.
Berbicara dengan mereka yang lebih berusia, menginjuksi minda, secebis dua kata mereka,
mencetus idea berganda.


Anggaplah post kali ini, post santai-santai. Menganalisis cuti yang dihabiskan.

Secara officialnya, sudah 4 minggu tempoh cuti berlalu (bersamaan 1 bulan). Ya Allah, saya memang tak terasa begitu banyak waktu dah berlalu (bilalah nak sedar ni athirah). Manfaatkah waktuku? Jom flashback balik.

Minggu Pertama

Tarikh: 18/04/2011 - 25/04/2011
Lokasi: UIA

- Sibuk dengan program Hi-Mega
-Membuat perancangan dan merangka modul dan aktiviti
-Bersilaturahim dengan senior-senior
-Ziarah mak njang (villa putera)
-Pergi bookfair

Minggu Kedua

Tarikh: 26/04/2011 - 1/05/2011
Lokasi: Rumah

-Sepenuh masa di rumah bersama mbah. (Alhamdulillah ada mbah, ada juga aktiviti yang boleh dibuat)
-Belajar masak
-Mengulang bersama Hanif. (Alhamdulillah, Hanif cuti sekolah waktu tu)
-Membaca
-Jadi PA mak. (cikgu tak rasmi tanda kertas soalan)

Minggu Ketiga

Tarikh: 2/05/2011 - 8/05/2011
Lokasi: Rumah

-Mengulang kembali aktiviti minggu kedua. (Hanif dah balik sekolah, jadi tak mengulang dengan Hanif)
-Rindu nak kelas, jadi selak balik note-note lama.
-Hobi baru, belajar buat dessert dan bercucuk tanam.( sebenarnya, tak bercucuk tanam pun, cuma belek-belek tanaman abah)
-Membaca
-Pergi Tanjung Dawai

Minggu Keempat

Tarikh: 9/05/2011 - 15/05/2011
Lokasi: Rumah

-Mengulang kembali aktiviti minggu ketiga. (cuma kali ni tak buat dessert)
-Tangan dah tak boleh duduk diam, membuat kerja menjilid buku Riyadhus Solehin abah.(habis buku abah jadi colourful)
-Mula menyusun dan mendisiplin jadual belajar sendiri memandangkan rakan-rakan yang mengambil short sem dah mula belajar dan ada jadual belajar sendiri. (sukar untuk istiqamah, doakan)
-berjinak-jinak dengan kartun arab.

Aku Hanyalah Merangka

Saya selalu merangka apa yang nak dibuat esok hari, sehinggalah sampai firman Allah:

" Tiada seorang pun yang mengetahui apa yang akan dilakukan besok hari, sebagaimana tiada seorang pun yang mengetahui dimanakah ia akan mati."
( Surah An-Nahl:61)

Saya rasa terpukul, mengerahkan minda merencana apa yang hendak dilakukan esok akan menjadi sia-sia jika saya tidak sertakan bersama, bagaimana aku hendak menghadapi apa yang Allah rencanakan untukku. Kita merancang tapi Allah adalah sebaik-baik perancang, apa yang kita rencanakan ada ditangan tapi apa yang Allah rencanakan ada dihadapan.

Rencana kita adalah angan-angan yang cuba direalisasikan, rencana Allah adalah realiti yang perlu dihadapi. Justeru, sediakan hati, sediakan jiwa, berhadapan realiti mengecap ketenangan jiwa.

" Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai-Nya (hati yang puas).Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu, dan masuklah ke dalam syurgaKu."
( Surah Al-Fajr: 27-30)

Penutup

Memetik satu hadith:

Anas R.A berkata: Rasulullah S.A.W menggaris beberapa garisan, kemudian seraya bersabda:
" Ini angan-angan manusia dan ini ajalnya, maka ini ajalnya, maka ketika ia sedang sibuk, tiba-tiba datang ajalnya yang terdekat dari garis-garis itu.
( Riwayat Bukhari)

Rujukan Hadith: H. Salim Bahreisj, 1977, Terjemahan Riadhus Shalihin jilid satu, m/s 481. Pustaka Al-Ma'arif (Bandung)

Pendekkan angan-angan, tingkatkan keimanan. ^_^

Wallahu'alam.








Saturday, May 14, 2011

Iktibar Dari Kisah Masyarakat


Bila bersembang dengan abah, banyak kisah masyarakat yang saya dapat, dan kesemua kisah tersebut punya iktibar dan hikmah yang sangat bererti. Abah tidak banyak bersuara, justeru sekali bersuara, cepat-cepat sediakan telinga dan jiwa.
Hikmah hidup bermasyarakat mengenang dunia yang singkat, kehidupan abadi di akhirat penuh rindu yang sarat.

Mak Cik Si Penjual Tempe

Ada seorang mak cik, dia ini merupakan seorang pembuat dan penjual tempe, dan dia juga hamba Allah yang baik. Hanya ini sahaja mata pencariannya untuk menyara hidup keluarga. Setiap hari dia akan ke pasar untuk menjual tempe buatannya. Alkisahnya suatu hari, tempe buatannya tidak masak dan masih mentah, tak pernah mak cik ni buat tempe tak menjadi (barangkali ini pengalaman pertama). “ Tidak mengapa, mungkin sekarang tak masak lagi, insyAllah waktu nak menjual nanti masaklah dia.” Bila tiba di pasar, tempe tersebut masih juga belum masak. “ Tengah hari nanti, masaklah dia.” Dari pagi menginjak ke tengah hari, tempe tersebut masih juga belum masak, dan tiada barang satu tempe pun terjual lagi. Mak cik ini pun mulai gelisah, tapi masih tetap cuba menjaga sangka baiknya dengan Allah, masih meletakkan harapan agar petang nanti tempe tersebut masak dan boleh dijual. Ternyata harapan mak cik itu hanya tinggal harapan, tempenya tetap jugak tidak masak ketika petang menjengah. Maka mak cik ini dalam upayanya untuk ikhlas, terpaksa mengemas untuk pulang. Tiba-tiba, datang seorang pembeli yang hendak membeli tempe, dan dia hanya inginkan tempe mentah sahaja…tempe yang lain-lain, dia tak nak. Maka pembeli tersebut membeli semua tempe mentah mak cik tersebut dengan harga yang tidak pernah mak cik ini bayangkan.(mula-mula mak cik ni bagi tempe mentah tersebut, free je)..Nak tahu, kenapa pembeli tu hendak sangat tempe mentah?..Pembeli tersebut mahu poskan tempe untuk anaknya di luar negara, justeru tempe yang mentah apabila tiba di sana pasti akan masak, adapun tempe yang masak jika dihantar ke sana pasti akan rosak sebelum tibanya ke sana.

(read more:http://www.rozy.web.id/bengkel-hati/kisah-penjual-tempe/)

Allah Tidak Menzalimi

Allah knows the best and He creates the best. Teringat sepotong hadis qudsi (Sahih Muslim: J16/MS455):

أَبِى ذَرٍّ عَنِ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- فِيمَا رَوَى عَنِ اللَّهِ تَبَارَكَ وَتَعَالَى أَنَّهُ قَالَ « يَا عِبَادِى إِنِّى حَرَّمْتُ الظُّلْمَ عَلَى نَفْسِى وَجَعَلْتُهُ بَيْنَكُمْ مُحَرَّمًا فَلاَ تَظَالَمُوا يَا عِبَادِى كُلُّكُمْ ضَالٌّ إِلاَّ مَنْ هَدَيْتُهُ فَاسْتَهْدُونِى أَهْدِكُمْ يَا عِبَادِى كُلُّكُمْ جَائِعٌ إِلاَّ مَنْ أَطْعَمْتُهُ فَاسْتَطْعِمُونِى أُطْعِمْكُمْ يَا عِبَادِى كُلُّكُمْ عَارٍ إِلاَّ مَنْ كَسَوْتُهُ فَاسْتَكْسُونِى أَكْسُكُمْ يَا عِبَادِى إِنَّكُمْ تُخْطِئُونَ بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَأَنَا أَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا فَاسْتَغْفِرُونِى أَغْفِرْ لَكُمْ يَا عِبَادِى إِنَّكُمْ لَنْ تَبْلُغُوا ضَرِّى فَتَضُرُّونِى وَلَنْ تَبْلُغُوا نَفْعِى فَتَنْفَعُونِى يَا عِبَادِى لَوْ أَنَّ أَوَّلَكُمْ وَآخِرَكُمْ وَإِنْسَكُمْ وَجِنَّكُمْ كَانُوا عَلَى أَتْقَى قَلْبِ رَجُلٍ وَاحِدٍ مِنْكُمْ مَا زَادَ ذَلِكَ فِى مُلْكِى شَيْئًا يَا عِبَادِى لَوْ أَنَّ أَوَّلَكُمْ وَآخِرَكُمْ وَإِنْسَكُمْ وَجِنَّكُمْ كَانُوا عَلَى أَفْجَرِ قَلْبِ رَجُلٍ وَاحِدٍ مَا نَقَصَ ذَلِكَ مِنْ مُلْكِى شَيْئًا يَا عِبَادِى لَوْ أَنَّ أَوَّلَكُمْ وَآخِرَكُمْ وَإِنْسَكُمْ وَجِنَّكُمْ قَامُوا فِى صَعِيدٍ وَاحِدٍ فَسَأَلُونِى فَأَعْطَيْتُ كُلَّ إِنْسَانٍ مَسْأَلَتَهُ مَا نَقَصَ ذَلِكَ مِمَّا عِنْدِى إِلاَّ كَمَا يَنْقُصُ الْمِخْيَطُ إِذَا أُدْخِلَ الْبَحْرَ يَا عِبَادِى إِنَّمَا هِىَ أَعْمَالُكُمْ أُحْصِيهَا لَكُمْ ثُمَّ أُوَفِّيكُمْ إِيَّاهَا فَمَنْ وَجَدَ خَيْرًا فَلْيَحْمَدِ اللَّهَ وَمَنْ وَجَدَ غَيْرَ ذَلِكَ فَلاَ يَلُومَنَّ إِلاَّ نَفْسَهُ ».

Antara hadis yang saya suka.


Penutup

Berbaik sangkalah terhadap Allah, berbaik sangkalah terhadap ketentuanNya.


Wallahu'alam.


Thursday, May 05, 2011

~Cheesecake~

Gambar ehsan dari Google Image

Sedang dibakar

Siapa suka makan cheesecake? Ramai dikalangan rakan-rakan saya suka makan cheesecake. Justeru, saya ter"attempt" untuk membuat the real cheesecake (maksudnya buat bagi jadi), just untuk meraikan mereka (tapi tak bg pun diorang rase, lain kali ye). Tengah melompat blog-blog resepi, akhirnya terjumpa resepi cheesecake yang sangat ringkas dan mudah untuk dibuat. Ini eksperimental, hasilnya?

Nantikan...

Resepi Cheesecake yang simple

Membaca Basmalah.

Bahan-bahan

2 ketul cream cheese 250gram
1 tin susu pekat manis
2 biji telur
1 sudu tepung gandum

Cara-cara

Tapak(base)
1. Biskut oreo dihancurkan
2. Satu cawan majerin yang dicarikan.. gaul sebati n tekan kat dasar loyang as tapak atau swiss roll..potong dan susun dalam loyang..

Topping
3. Biarkan chesse lembut dgn suhu bilik..kemudian pukul(leh guna mixer or blender)
4. masukkan susu..dan pukul lagi
5.dah sebati..masukkan telur sikit2..
6. masukkan tepung..
7. klu suka..leh masukkan coklat cip@ coklat rice..
8.tuangkan dalam loyang berisi biskut@kek tadi..utk hiasan boleh laa taburkan kepingan badam atau swirl kan coklat cair kat atas..
7.sedia utk di bakar...lebih kurang 45 minit..tapi cucuklaa ngan cake tester or lidi utk pastikan dia dah masak..(dah tak melekat kat lidi tu masak dahlaa)


Makanlah Makanan yang Halal

Pastikan, bahan yang digunakan bukanlah terdiri dari sumber yang syubhah, bimbang jika ianya terdiri dari sumber yang syubhah, akan mendatangkan kesan yang tidak baik. Makanan akan menjadi darah daging, sumber yang baik dan halal akan menjadi darah daging yang baik, manakala sumber yang haram dan syubhah akan menjadi darah daging yang haram dan tidak baik.

Yang halal akan membentuk taqwa, yang haram dan syubhah akan mengundang murka.

Mencari yang halal itu fardhu.

" Wahai manusia! Makanlah dari makanan yang halal dan baik yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh syaitan itu musuh yang nyata bagimu."
( Surah Al-Baqarah: 168)

Penutup

Mbah saya ada berpesan, kalau mahu makanan yang dibuat itu sedap, bacalah surah Al-Kauthar. Yang tak sedap pun jadi sedap, dengan izin Allah jua. Berakhir di sini, selamat mencuba.

p/s: don't judge by it's appearance, actually rasanya sangat sedap.(merujuk kepada gambar yang kedua). Boleh tambah sedikit jus lemon (@ yang sama waktu dengannya) untuk menaikkan rasa cheesecake.

Wallahu'alam. ^_^

Monday, April 25, 2011

HI-MEGA 2011



Program Hi-MeGa sudah pun berakhir berlangsung selama 3 hari 2 malam, bermula hari Jumaat hingga Ahad. Tahun ini UIAM menjadi pilihan sebagai tuan rumah, lepas ni IPT mana pula yang jadi tuan rumah...

Antara slot yang dibentangkan:

1. 'Alim Mujahid
Penyampai: Prof. Madya Dr. Nik Mutasim

2. Mahasiswa Mukmin Cemerlang
Penyampai: Dr. Noraini Ismail

3. Future Job Prospect (asing bro n sis)
-Exhibition ikut bidang.
- Conduct by siswa siswi IPTA dan IPTS seluruh negara.

4. Forum Mahasiswa
" 'Alim Mujahid dan Dunia Globalisasi"
-Ahli panel:1. Mohamed Imran (BA Medic)
2. Zamri Tukiman (MA Edu)
3. Nurul Zakirah (PhD Usuluddin)
4. Nazihah Nawawi (MA Mechanical Engineering)

5. Akademik Dinamik
Penyampai: Dr. Azizan Ahmad

Tahun ni agak ramai peserta dari seluruh negeri, hampir mencecah 500 orang (termasuk urusetia dan fasilitator).

Yang pasti suatu kepuasan tergambar pada wajah adik-adik bakal mahasiswa dan kakak urusetia.

Langkah baru untuk adik-adik bakal mahasiswa baru bermula.

Jumpa lagi dalam Hi-MeGa tahun depan.


Wednesday, April 20, 2011

~Bedtime Story~


Saya melihat ke belakang, menilai kembali waktu yang telah saya lalui, usia telah saya habiskan, setahun yang lepas, beranjak ke 5 tahun yang lepas, 11 tahun yang lepas dan seterusnya..Banyak juga memoir-memoir yang menggamit, bila dikenang, saya rasa senang.

Saya mula mencari hikmah disebalik asuhan dan didikan yang mak abah terapkan, persoalan dahulu kala zaman kanak-kanak yang mengasak-asak, kenapa begini? kenapa begitu? kenapa tak boleh? kenapa mesti macam ni? kenapa kalau macam tu tak boleh?..akhirnya terjawab kini, hikmahnya baru terasa tatkala ini.

Kembali ke topik asal, bedtime story. Waktu kecil-kecil dulu, sebelum tidur, mak saya akan bercerita untuk kami adik- beradik, tapi yang setia mendengar hingga habis hanya saya dan adik perempuan saya, yang boys bawah-bawah semua terlentok sebelum cerita habis. Inilah bedtime story saya, narratornya ibu saya. Ketika saya ingin sangat mendengar cerita-cerita fairytale, cinderella dan sebagainya, mak saya membawa kisah ini bagi menggantikan fairytale cinderella.

Kisah yang ditulis oleh Juwaireyah J.L Simpson, berjudul "4 orang anak perempuan Yusuf". Pernah dengar? Kisah yang berlatar belakangkan zaman 'Abassiyah, melihat kepada latar tempat, seperti terletak di Sepanyol, Andalus dan kawasan sekitarnya.

4 orang anak perempuan Yusuf

Yusuf, seorang penjual susu yang sangat dihormati, disegani dan juga merupakan seorang yang sangat jujur di Pekan Masjid Merah (bukan tanah merah klantan ye), sifatnya yang rendah diri dan tawadhu' itu membuatkan dia disenangi oleh masyarakat setempat.
Yusuf punya 4 orang anak perempuan, yang sulung bernama Hannah, yang kedua bernama Amahl, yang ketiga bernama Laila dan puteri bongsunya bernama Safiyah. Keempat-empat puteri Yusuf, punya keperibadian yang baik, akhlak yang terpuji, cantik dan merupakan anak yang solehah.
Maka bertanyalah Fatimah (isteri Yusuf) kepada puteri sulungnya Hannah, "Hannah sayang, sekarang sudah sampai masanya untuk kamu membina keluarga, justeru ayah dan ibu amat senang sekali jika kamu mahu menerima Ahmed sebagai calon suami". Hannah diam membisu sambil bermain gelang kaki di kakinya. " Hannah, mengikut cerita ayahmu, Ahmed itu pemuda yang sangat rajin ke masjid, dan sangat dihormati kerana tinggi ilmunya. Menurutmu bagaimana, kamu setuju dengan pilihan ayah dan ibu?". Hannah dengan wajah yang sugul terus menangis teresak-esak sambil berkata, " Aku ingin membahagiakan ayah dan ibu, tapi aku tidak mahu bernikah dengan Ahmed, aku sudah punya pilihan sendiri". Fatimah diam seketika, hatinya terasa berat, " Kalau ibu bisa tahu, siapakah gerangan pilihanmu itu nak?". Dengan baki tangisan, Hannah mendongak melihat Fatimah, lantas dengan lambat-lambat dia menjawab, " Salim orangnya ibu, dia merupakan saudagar emas di pekan ini".
Pergilah Fatimah kepada puteri keduanya Amahl, pertanyaan yang sama di utarakan," Amahl sayang, ayah dan ibu lihat sudah saatnya untuk kamu juga turut membina keluarga, sudahkah kamu punyai calon pilihan?". Amahl senyum tersipu-sipu, Fatimah meneruskan bicara," Amahl, kenalkah kamu dengan 'Ali, menurut ayahmu 'Ali punyai suara yang merdu tatkala melaungkan azan, dan dia juga merupakan seorang hafiz quran, ayah dan ibu amat berharap agar kamu memilihnya. Bagaimana nak, apa kamu setuju dengan pilihan ibu dan ayah?". Dengan kerutan di dahi, Amahl membalas," Adakah 'Ali, bilal Masjid Merah yang ibu maksudkan? 'Ali yang berkulit gelap itukah ibu?". Dengan nada tenang dan ceria, Fatimah menjawab," Ya, 'Ali yang merupakan bilal dan yang berkulit gelap itu nak". Dengan wajah yang sugul, Amahl terus memalingkan wajahnya ke jendela." Ibu, sesungguhnya aku telah memilih Jamal, dia merupakan pemuda paling tampan dan kacak di pekan ini bu..aku sungguh tertarik dengannya dan dia pun punya perasaan yang sama padaku. Ibu, aku tidak akan memilih selain dia..",rintih Amahl lirih.
Dengan rasa hati yang berat dan perasaan sedih yang bertindih, Fatimah pergi menemui suaminya, mengkhabarkan tentang pilihan hati kedua-dua puterinya." Wahai Yusuf, bapa kepada kedua-dua puteriku Hannah dan Amahl, sesungguhnya terselit sedikit kekecewaan di hatiku akan pilihan anak-anakku, tapi .................

~Akan bersambung~

Moral of the story

Bila pandangan dunia mengabui mata, bila iman tidak menjadi neraca tanda, bila hati diturut kata..silalah buat apa yang disuka, nanti engkau akan mendapat murka..



p/s: testing 3x...try ubah paradigma penulisan, sudah lama pena tidak diasah.
Maaf cerita tergantung, kalau ada request saya sambung, moga anda tidak jemu berkunjung..

Istimewa untuk sahabat saya yang dalam dilema ^_^

Wallahu'alam.

Monday, April 18, 2011

INTERNATIONAL SEMINAR ON PEACE AND HUMANITARIAN AID FOR GAZA 2011

ASSALAMUALAIKUM


WE INVITE YOU TO

INTERNATIONAL SEMINAR ON
PEACE AND HUMANITARIAN AIDS FOR GAZA 2011

"ENDING THE SIEGE, SHARING THE TRUE EXPERIENCE"



DO JOIN US ON:


23rd APRIL 2011, SATURDAY
CULTURAL ACTIVITY CENTER (CAC),
INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY MALAYSIA (IIUM),



SPEAKERS:

HUSEYIN ORUC,
MALAYSIAN MEMBERS OF PARLIAMENT,
NGO'S REPRESENTATIVES,
RELIGIOUS SOCIETIES' REPRESENTATIVES.
Email Us : info@lifelineforgaza.com
Organized by LifelineforGaza.org

Co-organized by Haluan Palestin, Yayasan Belia Malaysia andJournalism Club IIUM.

Tahun Pertama Berlalu


Assalamu'alaikum
Senyum dulu sebelum memulakan bicara..

Alhamdulillah, Allah jualah yang memberi kesempatan, yang memberi peluang, yang memberi kemampuan untuk menelusuri kehidupan selaku 'abidnya.
Alhamdulillah, tahun pertama pengajian dah berlalu. Rasa tak puas lagi belajar subjek-subjek yang dah diambil.

Banyak episod suka-suka (bukan suka-duka,sebab saya senang dengan semua perkara yang berlaku) yang dilalui, Alhamdulillah..

Redha dan Ikhlas

Redhalah dengan apa yang dilalui, ikhlaslah dalam apa jua amalan, berlapang dadalah terhadap segala sesuatu. Maka, kita akan menemui hati yang sejahtera, kehidupan yang tenang yang dipacu oleh jentera keimanan.
Jadi, asasnya berbalik kepada persoalan keimanan kembali.

Boring ye, sikit-sikit cakap perihal keimanan? Maaf, sebab saya melihat ini sebagai sesuatu yang besar. Kita boring kerana kita tidak merasai, kita boring kerana kita tidak memahami, begitu juga ilmu, kita rasa penat belajar, kerana ilmu itu hanya sekadar untuk diketahui, tetapi sebaliknya, jika kita belajar untuk memahami dan mengimplementasikan dalam kehidupan, ia akan menyebabkan kita rasa bahagia dalam proses menuntut ilmu.

Teringat satu syair arab yang saya hafal waktu kecil-kecil dulu (p/s : dulu hafal syair ni sebab nak dapat hadiah, tapi sekarang saya lihat maksudnya lebih berharga daripada hadiah yang diberi).

اصبر على مر الجفا من معلم فإن علم في نفراته

.....panjang lagi, tapi memory dah full. = )


Thursday, February 03, 2011

IMAN dan TV


Pernah dengar slogan tengok TV dengan iman?

Terngiang-ngiang kata-kata mak saya waktu kecil-kecil dulu, "boleh kalau nak tengok TV, tapi kena tengok TV dengan Iman". Waktu tu bukannya faham sangat, mak kata tengok TV dengan iman, saya pun angguk sungguh-sungguh sebab nak dapatkan lesen untuk tengok TV.

Suatu masa dulu saya pernah bertanya kepada mak saya, "macam mana nak tengok TV dengan iman? Bila nak tengok je TV nanti iman kata, ini lagha, ini tak soleh..maksudnya kita tak boleh tengok TV ye mak?".

Tengok TV dengan iman

Ibarat macam kita melihat sesuatu dengan kaca mata, kalau kita memakai kaca mata gelap, kita akan melihat suasana sekeliling kita kelam gelap, kalau kaca mata merah, suasana sekeliling semua menjadi merah. Kalau kaca mata 3D, rasa macam berada di alam realiti fantasi.Begitu juga sebaliknya.

Ermm..tapi kalau kita memakai kaca mata iman, bukan sahaja mata kita pakai kaca mata iman, bahkan hati dan akal kita juga turut (on the spot) pakai kaca mata iman. Hebat kan kaca mata iman ni.

Bagaimana

Bila sebut kaca mata iman ini, ia bukanlah sesuatu yang objektif bukan juga sesuatu yang konkrit, tapi ia terhasil dari ketaqwaan (taqwa='arif+faqih+'amal).
1.Mendahulukan apa yang Allah suruh dan meninggalkan apa yang Allah larang.
2.Mencari hikmah dalam setiap sesuatu.
3.Tidak meletakkan nafsu atau kesukaan sebagai teraju utama.

Jujurnya, ia bukan sesuatu yang mudah, ianya perlukan kepada proses baru kaca mata iman itu berfungsi.

Penutup

Hakikatnya, setiap jurus kehidupan kita perlu dilihat dengan kaca mata iman kerana iman seorang muslim itu saling berkait dengan kehidupannya.
Sama-sama lakukan pembaikkan dan semoga Allah redha.


Wallahu'alam..

Sunday, November 28, 2010

Adikku...


Adik-adik remajaku,
Sungguh aku tidak tahu adakah layak untukku berbicara dengan kalian,
Kerana aku bukan siapa-siapa…
Tapi dek kerana aku terlampau ingin melihat barisan syabab dan fatayat yang tegar dengan prinsipnya, yang kuat jiwanya, yang tetap teguh atas landasanNya..
Maka aku ketepikan persoalan “layakkah aku?”

Adik-adik remajaku,
Aku tahu dalam usia ini perasaan ingin dikasihi dan mengasihi, ingin dipuja dan memuja hadir dalam diri kalian,
Meskipun lambakan artikel, ceramah, forum berkenaan zina hati atau “couple itu haram” ,tapi bila dikatakan ianya fitrah, maka siapakah yang berhak ke atasnya?...ALLAH
Jika kalian bertanya kepadaku “Bolehkah aku menyukai mengasihi seseorang ?”
Aku tidak menghalang dan aku meraikan…tetapi selidiki hati kalian, di manakah Allah ketika hati kalian menyukai seseorang, adakah Dia di hadapan atau Dia “ter” ke belakang.
Pantaskah Pencipta fitrah berada di belakang ciptaanNya?

Adik-adik remajaku,
Aku ingin kalian menjadi pemuda-pemudi yang kuat jiwanya, yang kuat rohnya , yang tidak mudah jatuh kepada emosi dan delusi…
Kalian adalah pemburu Redha Allah, masakan seorang pemburu punyai peribadi yang lemah?

Dan ingatlah,
“Dan orang-orang yang berjihad untuk mencari keredhaan Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang berbuat baik.”
“Cukuplah dirimu sendiri pada hari ini sebagai penghitung terhadap dirimu.”(Al-Isra’:14)

Wallahu'alam..


Tuesday, October 26, 2010

Muhasabah Diri

Semoga sahabat berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya dalam menelusuri(melalui) mehnah dan ujian di dunia ini. Kita hendaklah sentiasa beringat bahwa Allah sememangnya mendatangkan ujian kepada hambanya bagi menilai sejauh mana hambanya ini memikul dan menyelesaikannya hingga sampai ke satu tahap bahawa kita merasakan 'MANIS'nya ujian itu.

Tentang tazkirah ini, rasanya ramai yang lebih berkelayakan dari saya untuk memberi tazkirah pada sahabat, cuma pada kali ini saya cuba memberi sekadar yang termampu buat sahabat sebagai panduan menjalani hidup di dunia ini. Kita kan insan yang selalu dalam kelalaian dan kealpaan. Insan ini perlu diingat-ingatkankan selalu agar senantiasa dalam jalan yang benar dan tidak menyimpang mengikut hawa nafsu yang sentiasa nak merosakkan jiwa manusia. Sahabat memperingatkan saya dan saya pula memperingatkan sahabat. Betulkan?

Sahabat saya, Sememangnya memperbaiki diri ini bukan satu kerja yang senang apatah lagi terpaksa melalui jalan yang agak sukar sehingga sampai ke satu destinasi yang selamat yang dimimpi-mimpikan oleh semua jiwa yang suci. Jiwa sahabat adalah jiwa yang suci lagi murni jika teransang untuk mengubah diri dari segala kekotoran jiwa sebelum ini kepada jiwa yang putih laksana salju pada kedinginan musim sejuk. Adakah kita rasa 'SENSITIF' terhadap peribadi kita ?Bukti sensitifnya kita terhadap diri kita adalah kita sentiasa muhasabah diri kita. Orang yang selalu muhasabah ialah orang yang sensitif terhadap dirinya. Agak-agak bagaimana muhasabah itu berlaku ya?

Tiap-tiap hari MUHASABAH/MENGHITUNG DIRI mesti berlaku. Kita menghisab/menghitung segala apa yang kita lakukan pada hari tersebut. Hari ini banyak mana kebaikan yang kita lakukan . Banyak mana kejahatan yang kita lakukan. Cuma saya nak pesan pada sahabat tentang satu perkara penting yang perlu diberi perhatian! [Kita digalakkan agar JANGAN mengingati segala kebaikan yang kita telah buat seharian. Jangan selalu ingat dan ungkit-ungkit perkara kebaikan yang kita buat . Jangan! Kerana ingatan sedemikian itu akan melahirkan satu rasa yang negatif. Iaitu kita rasa yang kita sentiasa dalam kebaikan dan mungkin datang perasaan bangga bahawa kita ni baik dan berperibadi mulia. Ini lah bahaya nya. Lepas itu kita akan berkurangan melakukan kebaikan dan malas membuat kebajikan lagi. Berasa cukup dengan apa yang telah dilakukan sebelum ini. Saya harap sahabat nampak dan jelas dengan penerangan yang ringkas ini.

Kita digalakkan untuk berfikir dan mencari ruang kebaikan yang akan kita buat pada hari esok dan berikutnya. Kita mesti fikir tentang itu. Maksudnya esok mesti ada kebaikan yang kita lakukan. Saya mahu beri satu contoh yang waqi'/praktikal berada di dalam kehidupan kita. Pada hari sahabat baca emel ini, adalah hari yang pertama. Muhasabah berjalan seperi biasa. Kata sahabat (di dalam hati), esok sahabat mahu buat kebaikan. Dan hari esok pun menjelma buat sahabat dengan taqdir Allah. Sahabat harus mencari ruang untuk melakukan kebaikan. Oh ya! Ruang untuk kita melakukan kebaikan ada yang datang secara kita tak jangka dan ada yang dah kita jangka. Yang kita jangka seperti , selepas solat Subuh sahabat baca AlQuran, berzikir, berwirid dan lain2 kebaikan. Yang kita tak jangka seperti ada peminta sedekah yang meminta sedekah di luar masjid, ada orang buta yang kehilangan peneman jalan dan ada mak cik tua yang tak mampu memikul beban barang yang dibawa. Semua itu "BONUS' dari Allah buat kita sebagai ruang mencari kebaikan. Di situlah kita menabur kebaikan. Mana kita sangka , ada orang buta itu datang sebagai 'bonus' pada kita. Tetapi ia adalah ujian Allah buat manusia untuk melihat apa tindakan kita. Pahala tersembunyi melalui orang buta itu. Kalau kita tak buat, maka hilanglah 'bonus' itu kan !

Kesimpulan dari perkara ini ialah kita mesti berfikir akan kebaikan yang akan kita lakukan dan JANGAN sekali-kali kita fikir/ungkit-ungkit kebaikan yang telah kita lakukan !

Manakala perkara kejahatan pula wahai sahabatku, Kita tak payah susah-susah pikir/ungkit-ungkit kejahatan yang akan dilakukan. Siapa yang beranggapan seperti itu maksudnya hati itu kotor! Ya lah... Beranggapan yang negatif. Ingin membuat kejahatan.

Bagi muslim sebenar, kita kena renung dan pikir atau kita kena selalu ungkit-ungkit akan kejahatan yg telah kita lakukan. Moga-moga ia menimbulkan kesedaran pada kita bahwa lemahnya kita. Selepas berfikir itu, kita mestilah susuli dengan rasa penyesalan dan tak mahu kembali lagi ke desa kekotoran dan kejahatan tadi. Yang lepas tu biarlah berlalu. Tapi janganlah kita tanam cita-cita untuk mengulangi kejahatan yang lalu.



Sumber: Muhammad 'Ammar Abu Kassim

Monday, August 16, 2010

Lorong Sepi

Wahai muslimah yang dicintai Allah, jujur aku sangat menyayangi kalian, sangat menyayangi hati kalian..

Setiap kali memandang kalian, terbayang potensi dan kebaikkan yang ada pada diri kalian, sehingga aku malu pada dirikku sendiri..

Tetapi apabila aku melihat nafsu dan syaitan menarik kalian mengikut lorong mereka, aku menjadi sangat geram dan marah, rasa kecewa dan sedih..rasa-rasa ini bukan ku tuju untuk kalian tetapi apa yang mengheret kalian ke lorong sepi itu..

Lorong sepi yang dipenuhi lopak-lopak lumpur murka Allah, najis-najis dosa yang akan mengotorkan kalian dan hati kalian yang amat aku sayangi itu..

Wahai muslimah yang amat aku cintai,

Aku tanpa kalian bukan siapa-siapa, apatah lagi apa-apa…barangkali syurga Allah takkan mahu menerimaku tanpa kalian..barangkali mahkamah Akhirat akan mensabitkan aku dengan kesalahan membiarkan saudara-saudara yang aku cintai ini ke lorong sepi itu.

Lalu, apa yang harus aku lakukan?

Aku membuka diriku untuk kalian tetapi seperti ada jurang layaknya, aku cuba mendekati kalian dengan senyumku agar kalian aman tetapi musuh Allah itu memalingkan muka kalian dari melihatku, justeru bagaimana harus aku lakukan?

Aku bukan hambaNya yang baik tanpa kalian, aku bukan yang solehah tanpa kalian..

Aku tidak bisa mengubah nafsu yang menarik kalian, sedangkan nafsu ku sendiri aku memohon bantuan Ar-Rahman untuk diselia dan dijaga..

Hanya yang mampu kulakukan saat ini tika ini untuk menjadi hamba yang baik dan untuk kalian yang sangat aku cintai, hanyalah doa…doa ..dan doa..

Sungguh aku malu dengan doaku yang tidak seberapa ini..tetapi aku amat mengharap Allah menerimanya..

Maafkan aku..

Monday, July 05, 2010

Tiada Tajuk

Esok dah nak register, bermakna tak berapa lama lagi sesi pembelajaran akan bermula.
Nak dijadikan cerita, semalam sesi punggah memunggah selongkar menyelongkar pun berlaku. Selesai sahaja memilih luggage yang hendak dibawa, saya pun mula mengemas...kemas punya kemas, tiba-tiba saya terjumpa satu kotak, disebabkan kotak itu kelihatan unik dan misteri jadi semangat inkuiri ingin tahu bertambah, saya pun membukanya. Kelihatan didalamnya penuh dengan tiket bas transnational, oh hadi punya kotak rupanya. Hadi adik saya yang keempat, menuntut di Maahad Tahfiz Sains Tumpat dalam tingkatan 3. Mungkin disebabkan seringkali menaiki bas berulang balik dari Alor Setar ke Kelantan, justeru dia menjadikan mengumpul tiket bas sebagai hobi. Disebalik tiket-tiket bas tersebut saya terjumpa sepucuk surat.

Bismillahirahmannirahim..

Assalamu'alaikum,
Semoga Allah sentiasa memberkati kehidupan Abdul Hadi. Selawat dan salam kepada Rasulullah SAW, juga pada para sahabat yang terdahulu.

Abdul Hadi,
Emak dan abah tak dapat nak konvoi sekali dengan Mak Cik Halimah dan Pak Cik Asri pergi ziarah Hadi dan Muaz, sebab pada waktu yang sama emak balik kampung Sungai Nibong, ziarah embah. Sebab Raya Cina nanti, semua anak-anak emak balik, jadi emak dan abah rancang hendak raikan kalian dirumah sahaja.

Bersama-sama ini, emak nak maklumkan, abah ada bank in kan duit tambahan untuk Hadi balik Raya Cina nanti. Harap-harap Hadi pandai berjimat ye..

Dan Hadi cuba fahamkan kata-kata ini dan emak abah harap Hadi akan menjadi manusia semulia ini.

" Hidup Dalam Dunia Yang Bersyukur"

  • Bersyukur kepada orang yang menyakiti kamu kerana dialah orang yang menabahkan hati kamu.
  • Bersyukur kepada orang yang tidak mengendahkan kamu kerana dialah orang yang
    memupuk berdikari kamu.
  • Bersyukur kepada orang yang menjatuhkan kamu kerana dialah orang yang memperhebatkan abiliti kamu.
  • Bersyukur kepada orang yang menyeksa kamu kerana dialah orang yang menguji kesabaran kamu.
Oleh itu Hadi, cuba ingat kembali sirah Bilal bin Rabah, orang yang dijamin syurga oleh Allah. Maka ingat Hadi...tiada orang yang lebih mulia kecuali yang lebih taqwanya, tiada yang lebih cemerlang melainkan cemerlang akhlak dan ibadahnya.

InsyAllah Abdul Hadi, emak dah tak mampu tulis panjang-panjang, cuma emak pesan, ingat sokmo hok mok pese.. solah, Quran dan sunnah Rasulullah jangan tinggal. Hargai persahabatan lillahi taala dan kasih sayang kerana Allah.

InsyAllah..Wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..



Yang sentiasa teringat Hadi,


(Siti Juraiha Jali)


Isi surat ini yang sebenarnya ingin saya kongsikan, nasihat seorang ibu kepada anak. Setiap kita adalah anak kepada ibu bapa kita, justeru ingat setiap ibu bapa mengharapkan yang terbaik untuk anak-anak, jadi sebagai anak, buatlah yang terbaik untuk ibu bapa, sama ada dari sudut akhlak, akademik dan segala sudut. Buat yang terbaik untuk ibu bapa, dapat meningkat saham akhirat. Allah cinta orang yang mengutamakan akhirat, dan ibu bapa adalah saham akhirat kita.

Wahai anak,
Jagalah maruah kalian, jagalah nama baik ibu ayah kalian, dan ingatlah, redha Allah itu terletak kepada redha ibu bapa. Semoga kalian menjadi remaja mulia.

Wallahualam.



Wednesday, June 30, 2010

Catatan 2: SERU

Pengalaman adalah guru yang paling baik.

Hampir 3 bulan lebih menimba pengalaman di SERU, maka sudah tiba saat dan ketikanya untuk saya melabuhkan tirai, tak lama lagi nak buka tirai baru pula itupun dengan izin Allah SWT.

Detik pertama saya menjejakkan kaki di SERU, saya menggalas amanah sebagai tenaga pendidik sokongan, tugasnya mendidik pelajar. Tetapi selepas saya berada di SERU, saya yang rasa terdidik, melihat kegigihan guru-guru disitu, pelajar-pelajarnya, dan suasananya.

Alhamdulillah, Allah jua yang memberi kesempatan dan Allah jua yang memberi didikan.

*صِبْغَةَ اللَّهِ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ صِبْغَةً وَنَحْنُ لَهُ عَبِدُوْنَ

"Acuan Allah, siapakah yang lebih baik acuannya daripada Allah? Dan kami hanya menyembah kepadaNYA."(2:138)

Didikan di SERU

Mungkin kita jarang melihat fenomena pelajar sekolah rendah memulakan sesi persekolahan dengan bacaan Al-Mathurat dan surah Yaasin di awal pagi, tapi itulah yang berlaku di SERU. Pelajar dari tahun satu hingga tahun enam membentuk halaqah untuk bacaan Al-Mathurat dan Yasin setiap hari. Bila ditanya kepada guru-guru senior tentang amalan tersebut, jawabnya cuma ringkas sahaja, "Nak bagi mereka kenal Rabb dulu, sebelum kenal dunia sebelum belajar ilmu dunia". Hendak jadi excellent kena excellent ibadah dulu.

Satu lagi budaya yang jarang dilihat di peringkat sekolah rendah ialah solat sunat Dhuha. Acapkali saya lihat, di musolla ketika rehat ada pelajar yang melakukan solat dhuha. Semoga ianya berterusan menjadi malakah dalam hidup mereka.

Jujurnya, banyak lagi yang ingin saya kongsikan tapi sukar nak interpret dalam bentuk penulisan. Moga Allah bantu.

Wallahualam..


Sunday, June 27, 2010

Dua Kampung Halaman


Notes yang rasanya bisa me"refresh" diri.
Moga ada manfaatnya.(n_n)

...........................................................

Kehidupan ini sama seperti asap yang sebentar sahaja kelihatan lalu senyap.Sesungguhnya seperti nafas sahaja,dan semuanya sia-sia...

Ramai yang berharap hanya untuk kehidupan di dunia ini,dan mereka menganggap inilah 'kampung halaman' yg sebenar.setiap hari mereka hanyala sibuk dgn urusan -urusan dunia ini.,sibuk mncari duit,sibuk bekerja,sibuk dgn kesukaan.mereka melupakan diri bahawa saat akan tiba apabila semuanya berakhir dan kita akan kembali kepada 'kampung halaman' yg hakiki,iaitu syurga atau neraka.

kehidupan juga penuh dgn penderitaan dan air mata.walau bagaimanapun, Allah mmberi petunjuk,ajaran dan jalan utk mngendalikan diri,kerana kehidupan dan kampung halaman yg sebenar bukanlah di dunia yg sementara ini tetapi di syurga yg kekal...

Jadi berwaspadalah supaya jgn menghanyutkan diri dalam dosa dan kesenangan-kesenangan dunia yg sementara.Ikutilah ajaran dan jalan Allah agar kita hidup selamanya dalam rahmatNya,iaitu di perkampungan syurga yg luasnya seluas langit dan bumi..

Di akhirat ada dua tempat tujuan bagi roh manusia iaitu Syurga dan Neraka.seketika roh manusia ditentu masuk ke salah satu tempat itu,maka orng itu akan kekal di situ..manakah yg kita pilih??

Sekarang kita sedang berjalan menuju ke destinasi yg kita sendiri pilih-syuraga atau neraka-.
Allah menyediakan dua jalan untuk kita pilih.terpulanglah kepada kita untuk memilih sama ada jalan ke syurga atau jalan ke neraka.
Namun begitu,Allah sudah memberitahu kita di dalam Al-Quran,tentang betapa nikmatnya kehidupan dan pengalaman mansi di syurga.begitu juga dijelaskan betapa azabnya kehidupan dan pengalaman ngeri di neraka.

Sebagai makhluk Allah yg diberi kesempurnaan akal fikiran, manusia boleh berfikir kesan dan risiko yg bakal diterima akibat dari seseuatu tindakannya.setiap sesuatu ada sebab musababnya.Allah masukkan seseorang itu ke syurga,kerana dalam hidupnya di dunia ini,dia memilih jalan ke syurga.Begitu juga Allah memasukkan seseorang itu ke nraka,kerana hidupnya dia sengaja memilih jalan ke neraka.Terpulanglah kepada kita hendak mengikuti perjalanan ke syurga atau perjalanan ke neraka..

1- SYURGA
Inilah tempat bersara yg paling indah dimana taman-taman yg teduh dapat dinikmati dan ada kesabaran,kehormatan dan salam.di sini mereka yg disucikan dr dosa akan hidup bersenangan sambil memuji Allah yg menghapuskan dukacita mereka untk selamanya.
fikiran kita tak mampu membayangkn bagaimana indahnya syurga itu. org yg menuruti ajaran Allah dan mgikuti jln yg dtunjukkanNya akn berada di tempt ini.
Org yg sudah berada di dalamnya,kekal selama-lamanya.

2-NERAKA
Inilah tempat seksaan yg mengerikan dan tempat kesedihan serta kesengsaraan,dimana pakaian,selimut dan tempat tidur dibuat dari api. diatas kepala dan dibawah kaki,api berlapis2. dimana2 pun penuh api,asap hitam dan kegelapan.mata menjadi buta,telinga menjadi tuli dan mulut menjadi bisu. mereka yg brada disisi mgalami pnderitaan yg tidak tperikan dan tiada hentinya. mereka tidak mati dan tidak pula hidup,tetapi mgalami sekaan tnpa kesudahan.

~TUNJUKI KAMI JALAN KE SYURGA~

agama dan syariat-syariatnya harus ditaati dan dilaksanakan sepnjg umur hdup manusia. manusia juga dharuskn untuk selalunya bmurah hati. hanya apabila manusia dapat mjalankan segala hal2 tersebut degan penuh maka manusia dapat mncapai syurga. mgkinkah kita hidup dengan sempurna?

berapa tekunkah kita sepatutnya mjlankan syariat-syariat agama ataupun berapa banykah kita melakukan amal2 soleh agar dapt masuk ke syurga?

oleh krana manusia tidak akn psti dapt masuk ke syurga,maka bnyk org tggl keragu-raguan,dgn kbmbangan dan kegelishan. spnjang zaman org selalu bdoa kpd Allah agr dtunjukkan jln yg lurus agr dpt mcapai syurga
" tunjukilah kami jalan yg lurus....." Al-fatihah:6

tunjukilah kami jln yg lurus bererti tunjuki kami jaln ke syrga. inilah idaman setiap insan. inilah cita-cita setiap manusia yg berakal...

salam perkongsian..


Wednesday, June 23, 2010

Pilihlah Aku untuk Ikhlas


Orang yang sibuk melakukan kebaikan tidak akan sempat melihat kejahatan orang lain. Demikian kata-kata hukamak yang menerjah ruang fikiran. Ah, betapa kurangnya kau melakukan kebaikan… bisik hati kpd diri sendiri. Justeru, mata, telinga dan indera yang lain masih sempat melihat, menghidu dan menuturkan kejahatan orang lainterasa diri amat hina, ketika usia melonjak dengan begitu cepat, diri terasa masih merangkak-rangkak menyusur jalan taubat.

Betapa sekali-sekala melakukan kebaikan terasa hebat bukan kepalang. Tanpa sedar riak bertandang. Terasa ingin dipamerkan segala-galanya agar dipuji dan disanjung dengan kata-kata dan anugerah manusia. Biar terserlah siapa aku, bisik ego diri. Padahal nilai amal yang sebegitu tidak harganya walau sedebu. Apatah lagi Allah yang pastinya tidak akan menerima sebarang sekutu. Dan manusia pun akhirnya akan memandang sinis dan loya dengan ‘aku’ mu.

Apabila riak itu adalah tertipu dengan kehadiran manusia, sum’ah pula terpedaya tanpa kehadiran sesiapa. Walau tanpa sesiapa di mata tetapi di hati masih mengharap-harap amal yang konon disembunyikan itu diketahui juga oleh manusia. Ah, alangkah indah rasanya apabila amal yang cuba disembunyikan itu diketahui lalu diheboh-hebohkan pula. Ah,hebatnya dia! Begitu kata sanjung yang dijunjung. Pada ketika itu hati pun berbunga. Aduh, sum’ah lebih dahsyat tipuannya daripada riak.

Apabila terlepas diri daripada keduanya, menanti pula musuh ketiga yang tidak kurang hebatnya… Ujub! Takjub dan berasa hairan terhadap diri sendiri. Kali ini bukan pujian manusia yang terang dan tersembunyi yang diharapkan tetapi pujian diri terhadap diri sendiri. Betulkah ini aku/ Alangkah hebatnya. Terasa diri bagaikan wali apabila amal ibadah mengatasi orang lain. Aku bukan manusia biasa. Aku tinggi mengatas semua. Ujub hakikatnya lebih sukar dikesan dan dirawat berbanding riak dan sum’ah.

Bukan mudah untuk ikhlas. Semakin dicari semakin terasa misteri. Memang, ikhlas itu rahsia dalam rahsia Allah. Melakukan sesuatu kebaikan bukan kerana Allah… itu tidak ikhlas. Meninggalkan satu kejahatan bukan kerana Allah…itu pun tidak ikhlas. Kekadang begitu ikhlas hati ketika memulakan amal, tetapi sampai di pertengahan, kecundang oleh sesuatu yang selain Allah. Ya Allah, ak benar-benar pasrah. Perjuangan untuk ikhlas terlalu seru dan keliru. Bantu aku, memahami dan menangani rahsia ini.

Beribadahlah sehingga terasa penat untuk melakukan maksiat.begitu pesan hukamak yang menjadi kompas hati. Buatlah apa sahaja kebaikan sejak sebelum terbit fajar sehingga terbenam mentari. Ikhlas atau tidak jangan diperkirakan dulu. Jangan megukur kesempurnaan di garis permulaan amal. Beramallah walau hati terganggu oleh mazmumah dan ikhlas diintai oleh riak dan sum’ah.pedulikan ujub yang menanti masa untuk menyusup. Tega dan relakan sahaja.

Teringat apa yang dipesan oleh Imam Ghazali ketika muridnya bertanya,’’Tuan, bagaimana keadaanku ketika mulutku berzikir tetapi hatiku masih lalai/’’ Lalu Imam yang arif dalam soal keajaiban hati itu pun berkata,’’Teruskanlah berzikir walau hatimu lalai kerana sekurang-kurangnya lidahmu akan terselamat daripada berkata-kata yang kotor dan sia-sia.

Teringat pula apa yang pernah ditanyakan oleh Abu Hurairah kepada Nabi Muhammad SAW tentang seorang yang mengerjakan solat tetapi masih mencuri. Lalu Rasulullah menegaskan solat orang itu lambat-laun akan menghilangkan tabiatnya yang buruk itu. Jadi, jika dirimu masih melakukan kejahatan, ingatlah itu bukan alas an untuk tidak dan berhenti melakukan kebaikan. Bahkan iringilah perbuatan dosa dengan kebaikan kerana kebaikan itu lambat atau cepat akan menghapuskan kejahatan.

Aku hanya insane kerdil di lautan rahsia ikhlas yang sangat dalam. Yang terjangkau olehku hanyalah sebutir percikan ombak di permukaannya. Namun aku juga hamba Allah yang berhak untuk melalui jalan menuju-Nya. Ketika aku keliru, tunjukkanlah. Ketika aku lemah, perkukuhkanlah. Ketika alpa, ingatkanlah.hanya dikau wahai Allah yang berhak memilih sesiapa untuk dianugerahi rahsia ikhlas itu. Padaku hanya tadbir.. pada-Mu segala takdir. Bantulah aku meluruskan tadbirku menjurus kepada takdir-Mu. Pilihlah aku untuk ikhlas… Amin..



Tuesday, June 15, 2010

حياة شيخ الإسلام ابن تيمية

Masjid Ommayad, Damascus Syria


InsyAllah..ruangan اللغة العربية akan di adakan untuk polish balik skill menulis dalam Bahasa Arab..
Post kali ini merupakan hasil assignment Fiqh yang saya buat.
Mohon tunjuk ajar kalau ada kesalahan nahu sorf.^_^

***********************************************************************************************

حياة شيخ الإسلام ابن تيمية رحمه الله

هو أحمد تقي الدين أبو العباس بن الشيخ شهاب الدين أبي المحاسن عبد الحليم بن الشيخ مجد الدين أبي اليركات عبد السلام بن أبي محمد عبد الله بن أبي القاسم الخضر بن محمد بن الخضر بن علي بن عبد الله، وتعرف هذه الأسرة بأسرة ابن تيمية ولد في العاشر من شهر ربيع الأول سنة إحدى وستين وستمائة من بعد الهجرة النبوية، وكان مولده بمدينة حران مهد الفلسفة والفلاسفة، والصائبة والصائبين من أقدم عصور الإسلام، وقد نشأ النشأة الأولى فيها إلى أن بلغ السابعة من عمره، فأغار عليها التتار، ففر أهلوها منها، وكان ممن هاجر أسرة ابن تيمية، هاجرت إلى دمشق.

وصلوا إلى دمشق بعون الله، واستقروا فيها آمنين. لم يذكر المؤرخون الذين قرأت لهم القبيل الذي تنتمى إليه أسرة ابن تيمية، فلم يذكروا له نسبة إلا أنه الحرانى فنسبوه إلى بلده حران موطن أسرته الأول، ولم ينسبوه إلى قبيلة من قبائل العرب، وإن هذا يشير إلى أنه لم يكن عربيا، أو لم يعرف انه عربي منسوب إلى قبيلة من قبائل العرب، ولذلك نستطيعأن نفهم أو نعلم علما ظنيا أنه لم يكن عربيا، ولعله أنه كرديا.

ولم يذكر المؤرخون شيئا عن أمه، ولا قبيلها، وهي في الغالب ليست عربية، ولقد عاشت إلى أن اكتمال مجد ابنها، وعاونته في جهاده، وعندما كان بمصر معتقلا، كان يكتب إليها رسائل تفيض برا وعطفا وإخلاصا وإيمانا.

انتقلت أسرته إلى دمشق واستقر بها المثوى، والعالم الجليل حيثما حل وجد مكانه من الهدى والإرشاد، وكذلك كان الشيخ شهاب الدين والد تقي الدين موضع بحثنا، فإنه بمجرد أن وصل إلى دمشق، ذاع فضله واشتهر أمره. فكان له كرسى للدراسة والتعليم، والوعظ والإرشاد. بجامع دمشق الأعظم، وتولى مشيخة دار الحديث السكرية ، وبها كان سكنه، وفيها تربى ولده تقي الدين.

هذه أسرة تقي الدين ابن تيمية، وهي أسرة علم امتازت بقوة البيان، وقوة الذاكرة، وحبست نفسها على العلم، وكان من النتائج لهذه البيئة العلمية أن يتجه الفتى الناشئ فيها إلى العلم، فاتجه إليه الغلام ابن تيمية صغيرا، فحفظ القرآن الكريم منذ حدائة سنة.

واتجه بعد حفظ القرآن إلى خفظ الحديث واللغة، وتعرف الأحكام الفقهية، وحفظ ما يسعفه به الزمن، وقد بدأ فيه منذ صغره ثلاث مزياه، هي التي نمت وظهرت ثمراتها في كبره.

ومهما يكن فمن الثابت أن ابن تيمية رضي الله عنه قد آتاه الله ذاكرة واعية منذ صباه. قد كان يمتاز بأنه يلقى دروسه في الجامع الأكبار بدمشق غير معتمد على كتاب، وقد كان مختصا بذلك من بين قرنائه وزملائه، والولد سر أبيه، فلا عجب إذا جاء ابن تيمية ابن تيمية مختصا بما اختص به أبوه، وزاد ذاكرته وإرهاقا من بعد بعد المواقف الجلى التي كانت تحتدم بالجدل بينه وبين مخالفيه من الفقهاء وعلماء الكلام والصوفية والشيعة وغيرهم.

وإذا كان أبو تقي الدين له رياسة في مشيخة الحديث ، فلا بد أن يتجه ابنه أول ما يتجه بعد حفظ القرآن إلى حفظ الحديث وروايته، وتلقيه عن رجاله، وسماع الدواوين الكبار، كسند الإمام أحمد، وصحيح البخاري، ومسلم وجامع الترميذي، وسنن أبي داوود السجستاني والنسائي وابن ماجة والدارقطني، سمع كلا منها مرة عدة، وأول كتاب حفظه في الحديث الجمع بين الصحيحين للإمام الحميدي.

ولقد كان مع دراسته للحديث يدرس علوما أخرى، فدرس الرياضة، وعني بالعلوم العربية عناية خاصة. فدرسها كأنه يقصد إليها ليتخصص فيها، فحفظ المنثور والمنظوم ، وأخبار العرب في القديم، وأيام ازدهار والدولة الإسلامية، وبرع في النحو براعة واضحة، حتى إنه ليتأمل كتاب سيبويه ويدرسه دراسة فاحصة ناقدة، فيخالف بعض ما فيه معتمدا على ما درس في غيره، فلم يكن المتهجم عن غير بينة، المندفع في القول عن غير حجة وسلطان مبين. مات ابن تيمية في السجن (قلعة) في عشرين من ذوالقاعدة سنة ٧٢٨ هجرة.