
Ada sebuah kisah..


Mendengar aduan adik-adik , yang merasa terbeban dengan pelajaran..mendengar rintihan sahabat, yang tersepit membuat pilihan..mendengar luahan saudara, yang gelisah dek rasa berdosa..Jujurnya, aku juga dipalu kebimbangan, bimbang tak memahami dan menguasai sesuatu ilmu itu dengan baik, bimbang tak fluent English untuk public speaking nanti(gara-gara salah register kod ccac),bimbang tak perform dengan baik sem ini.
Bimbang, gelisah, risau, adalah satu juzuk dari kehidupan. Rasulullah juga pernah merasa bimbang, bimbang akan nasib umatnya.
Aku belajar sesuatu dari aduan, rintihan, luahan dan juga kebimbanganku sendiri…yakni, bebaskan dirimu.
Bebaskan dirimu wahai saudaraku
Bebaskan dirimu…
Dari nafsu yang menjerat
Dari kejahilan yang pekat
Dari kemaksiatan yang memberat.
Bebaskan dirimu wahai adikku..
Bebaskan dirimu…
Dari perasaan yang menghimpit
Dari kederhakaan yang terselit
Dari dosa yang perit
Bebaskan dirimu wahai sahabatku…
Bebaskan dirimu..
Dari kebimbangan yang mencengkam
Gusar yang menekan
Dan dari kelalaian yang berantaian..
Bebaskan Dirimu
Tahukah kalian, rasa sempit, rasa bimbang, dan kerisauan ini melahirkan rasa raja’ (harap).
Justeru, bebaskanlah dirimu dari segala kemelut ini, dengan rasa raja’ (harap). Rasa harap terhadap Rabbmu.Keimanan itu membenih dalam tiga kondisi, hub (cinta), raja’ (harap), dan khauf (takut).
Bukankah yang memberikan kefahaman itu DIA?
Yang memberi kemudahan itu juga DIA?
Bukankah DIA juga yang membolak balikkan rasa?
DIA yang menjadikan engkau hebat, luar dari kemampuanmu. DIA Yang Maha Lunak, memperhebatkan ability kamu, menenangkan jiwamu, memaafkan setiap kesalahanmu, mendamaikan hatimu..
‘Aisyah R.A berkata: Rasulullah S.A.W bersabda: Sesungguhnya Allah lunak dan tenang, suka pada ketenangan dalam semua urusan. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Semaikanlah rasa raja’mu terhadapNya, letakkanlah pergantunganmu kepadaNya, pasakkanlah dalam hatimu ingatan hanyasanya kepadaNya.
“ Wahai manusia! Kamulah yang memerlukan Allah, dan Allah Dialah Yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu), Maha Terpuji.” (Fatir:15)
Penutup
“ Dan janganlah kamu merasa lemah, dan jangan pula bersedih hati, sebab kamu paling tinggi darjatnya, jika kamu orang yang beriman.” (Ali ‘Imran: 139)
“ Apa sahaja di antara rahmat Allah yang dianugerahkan kepada manusia, maka tidak ada yang dapat menahannya, dan apa sahaja yang ditahanNya, maka tidak ada yang sanggup untuk melepaskannya setelah itu…” (Fatir:2)
Fitrah manusia yang tidak suka dibenci, tidak suka dikeji, tidak suka dijauhi. Rasulullah S.A.W juga merasa sedih, bilamana kaum kafir Quraisy menolak dakwah Baginda, membenci Baginda, mengkeji Baginda dan menjauhi Baginda seraya menutup telinga mereka daripada mendengar risalah Baginda. Akan tetapi Allah Yang Maha Baik membesarkan hati Rasulullah melalui ayatNya,
“Sesungguhnya, Kami mengetahui bahawa apa yang mereka katakana itu menyedihkan hatimu, (janganlah kamu bersedih hati), kerana mereka sebenarnya bukan mendustakan kamu. Akan tetapi, orang-orang yang zalim itu mengingkari ayat-ayat Allah.” (Al-An’aam:33)
Allah mengajar Rasulullah, jangan kamu merasa sedih, benci tidak harus dibalas dengan benci, keji tidak harus dibalas dengan keji, dan Allah mengajar Rasulullah untuk berlapang dada melalui ayatNya “…..mereka sebenarnya bukan mendustakan kamu.Akan tetapi orang-orang yang zalim itu mengingkari ayat-ayat Allah.”, bukankah hidayah itu milik Allah, dan Allah akan memberikannya kepada siapa yang mencari dan kepada siapa yang Dia kehendaki.
Tidak seharusnya kita manusia membalas kebencian dengan kebencian, boleh jadi orang membenci kita disebabkan perilaku buruk kita, sikap tidak baik kita atau sisi negative kita. Justeru, besarkan hati kita dengan perasaan lapang dada.
Bagaimana Al-Quran Mengajar Kita
“ Jadikanlah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta berpalinglah dari orang-orang yang bodoh. Jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, bila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya.” (Al-A’raaf: 199-201)
Maafkanlah kekurangan-kekurangan kecil manusia dalam pergaulan dan persahabatan. Jangan menuntut kesempurnaan pada mereka, dan jangan membebani mereka dengan akhlak yang sulit (tuntutan untuk fleksibel). Maafkan kesalahan, kelemahan, dan kekurangan mereka. Semua ini dituntut dalam pergaulan peribadi, dan bukan dalam urusan aqidah agama malah bukan juga dalam urusan kewajipan syar’iyah. Kerana di dalam urusan aqidah Islam dan syariat Allah, tidak ada lapang dada dan toleransi, namun yang ada adalah pengambilan tindakan, pemberian hak, persahabatan, dan perlindungan.
Memaafkan kelemahan orang lain, lemah lembut kepada (sesuai dengan syara’), dan toleran kepadanya merupakan kewajipan mu’min. Sama-sama mengambil inspire daripada sikap Rasulullah, Baginda bersikap lapang dada, memberi kemudahan, dan tolerant. Baginda tidak pernah marah kerana persoalan peribadi, tetapi, bila agamanya diusik, maka tidak ada Sesutu pun yang dapat menahan kemarahan Baginda.
Penutup
We are not perfect, we are not complete product..so, what we need is..gain taqwa, developing spiritual aptitude, take lesson from Quran and follow the Sunnah. Saya quote kata-kata seorang murabbi, “…nak menjadikan perkataan itu perasaan, tidak semudah kita membaca,mengingat dan mengungkap kembali..”, pointnya di sini, sama-sama berusaha untuk menjadikan Quran bukan sebagai ayat yang dibaca sahaja, tetapi jadikanlah kalam ini sebagai perasaan, perbuatan dan peradaban.
P/S: Sudah masuk fasa ke-2 Ramadhan = maghfirah…Semoga Allah mengampunkan segala kekhilafan, kesalahan kita semua.

Anda sukar menyatakan perasaan secara jujur dan terbuka?Ada seorang mak cik, dia ini merupakan seorang pembuat dan penjual tempe, dan dia juga hamba Allah yang baik. Hanya ini sahaja mata pencariannya untuk menyara hidup keluarga. Setiap hari dia akan ke pasar untuk menjual tempe buatannya. Alkisahnya suatu hari, tempe buatannya tidak masak dan masih mentah, tak pernah mak cik ni buat tempe tak menjadi (barangkali ini pengalaman pertama). “ Tidak mengapa, mungkin sekarang tak masak lagi, insyAllah waktu nak menjual nanti masaklah dia.” Bila tiba di pasar, tempe tersebut masih juga belum masak. “ Tengah hari nanti, masaklah dia.” Dari pagi menginjak ke tengah hari, tempe tersebut masih juga belum masak, dan tiada barang satu tempe pun terjual lagi. Mak cik ini pun mulai gelisah, tapi masih tetap cuba menjaga sangka baiknya dengan Allah, masih meletakkan harapan agar petang nanti tempe tersebut masak dan boleh dijual. Ternyata harapan mak cik itu hanya tinggal harapan, tempenya tetap jugak tidak masak ketika petang menjengah. Maka mak cik ini dalam upayanya untuk ikhlas, terpaksa mengemas untuk pulang. Tiba-tiba, datang seorang pembeli yang hendak membeli tempe, dan dia hanya inginkan tempe mentah sahaja…tempe yang lain-lain, dia tak nak. Maka pembeli tersebut membeli semua tempe mentah mak cik tersebut dengan harga yang tidak pernah mak cik ini bayangkan.(mula-mula mak cik ni bagi tempe mentah tersebut, free je)..Nak tahu, kenapa pembeli tu hendak sangat tempe mentah?..Pembeli tersebut mahu poskan tempe untuk anaknya di luar negara, justeru tempe yang mentah apabila tiba di sana pasti akan masak, adapun tempe yang masak jika dihantar ke sana pasti akan rosak sebelum tibanya ke sana.
(read more:http://www.rozy.web.id/bengkel-hati/kisah-penjual-tempe/)
Allah Tidak Menzalimi
Allah knows the best and He creates the best. Teringat sepotong hadis qudsi (Sahih Muslim: J16/MS455):
أَبِى ذَرٍّ عَنِ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- فِيمَا رَوَى عَنِ اللَّهِ تَبَارَكَ وَتَعَالَى أَنَّهُ قَالَ « يَا عِبَادِى إِنِّى حَرَّمْتُ الظُّلْمَ عَلَى نَفْسِى وَجَعَلْتُهُ بَيْنَكُمْ مُحَرَّمًا فَلاَ تَظَالَمُوا يَا عِبَادِى كُلُّكُمْ ضَالٌّ إِلاَّ مَنْ هَدَيْتُهُ فَاسْتَهْدُونِى أَهْدِكُمْ يَا عِبَادِى كُلُّكُمْ جَائِعٌ إِلاَّ مَنْ أَطْعَمْتُهُ فَاسْتَطْعِمُونِى أُطْعِمْكُمْ يَا عِبَادِى كُلُّكُمْ عَارٍ إِلاَّ مَنْ كَسَوْتُهُ فَاسْتَكْسُونِى أَكْسُكُمْ يَا عِبَادِى إِنَّكُمْ تُخْطِئُونَ بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَأَنَا أَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا فَاسْتَغْفِرُونِى أَغْفِرْ لَكُمْ يَا عِبَادِى إِنَّكُمْ لَنْ تَبْلُغُوا ضَرِّى فَتَضُرُّونِى وَلَنْ تَبْلُغُوا نَفْعِى فَتَنْفَعُونِى يَا عِبَادِى لَوْ أَنَّ أَوَّلَكُمْ وَآخِرَكُمْ وَإِنْسَكُمْ وَجِنَّكُمْ كَانُوا عَلَى أَتْقَى قَلْبِ رَجُلٍ وَاحِدٍ مِنْكُمْ مَا زَادَ ذَلِكَ فِى مُلْكِى شَيْئًا يَا عِبَادِى لَوْ أَنَّ أَوَّلَكُمْ وَآخِرَكُمْ وَإِنْسَكُمْ وَجِنَّكُمْ كَانُوا عَلَى أَفْجَرِ قَلْبِ رَجُلٍ وَاحِدٍ مَا نَقَصَ ذَلِكَ مِنْ مُلْكِى شَيْئًا يَا عِبَادِى لَوْ أَنَّ أَوَّلَكُمْ وَآخِرَكُمْ وَإِنْسَكُمْ وَجِنَّكُمْ قَامُوا فِى صَعِيدٍ وَاحِدٍ فَسَأَلُونِى فَأَعْطَيْتُ كُلَّ إِنْسَانٍ مَسْأَلَتَهُ مَا نَقَصَ ذَلِكَ مِمَّا عِنْدِى إِلاَّ كَمَا يَنْقُصُ الْمِخْيَطُ إِذَا أُدْخِلَ الْبَحْرَ يَا عِبَادِى إِنَّمَا هِىَ أَعْمَالُكُمْ أُحْصِيهَا لَكُمْ ثُمَّ أُوَفِّيكُمْ إِيَّاهَا فَمَنْ وَجَدَ خَيْرًا فَلْيَحْمَدِ اللَّهَ وَمَنْ وَجَدَ غَيْرَ ذَلِكَ فَلاَ يَلُومَنَّ إِلاَّ نَفْسَهُ ».
Antara hadis yang saya suka.
Penutup
Berbaik sangkalah terhadap Allah, berbaik sangkalah terhadap ketentuanNya.
Wallahu'alam.








Wahai muslimah yang dicintai Allah, jujur aku sangat menyayangi kalian, sangat menyayangi hati kalian..
Setiap kali memandang kalian, terbayang potensi dan kebaikkan yang ada pada diri kalian, sehingga aku malu pada dirikku sendiri..
Tetapi apabila aku melihat nafsu dan syaitan menarik kalian mengikut lorong mereka, aku menjadi sangat geram dan marah, rasa kecewa dan sedih..rasa-rasa ini bukan ku tuju untuk kalian tetapi apa yang mengheret kalian ke lorong sepi itu..
Lorong sepi yang dipenuhi lopak-lopak lumpur murka Allah, najis-najis dosa yang akan mengotorkan kalian dan hati kalian yang amat aku sayangi itu..
Wahai muslimah yang amat aku cintai,
Aku tanpa kalian bukan siapa-siapa, apatah lagi apa-apa…barangkali syurga Allah takkan mahu menerimaku tanpa kalian..barangkali mahkamah Akhirat akan mensabitkan aku dengan kesalahan membiarkan saudara-saudara yang aku cintai ini ke lorong sepi itu.
Lalu, apa yang harus aku lakukan?
Aku membuka diriku untuk kalian tetapi seperti ada jurang layaknya, aku cuba mendekati kalian dengan senyumku agar kalian aman tetapi musuh Allah itu memalingkan muka kalian dari melihatku, justeru bagaimana harus aku lakukan?
Aku bukan hambaNya yang baik tanpa kalian, aku bukan yang solehah tanpa kalian..
Aku tidak bisa mengubah nafsu yang menarik kalian, sedangkan nafsu ku sendiri aku memohon bantuan Ar-Rahman untuk diselia dan dijaga..
Hanya yang mampu kulakukan saat ini tika ini untuk menjadi hamba yang baik dan untuk kalian yang sangat aku cintai, hanyalah doa…doa ..dan doa..
Sungguh aku malu dengan doaku yang tidak seberapa ini..tetapi aku amat mengharap Allah menerimanya..
Maafkan aku..