Memiliki dan dimiliki, adalah dua perkara yang berbeza. Memiliki merujuk kepada pemilik (orang yang memiliki/menguasai), dimiliki pula merujuk kepada kepunyaan, sesuatu yang di bawah hak atau kekuasaan.
Monday, February 11, 2013
Dunia oh Dunia
Memiliki dan dimiliki, adalah dua perkara yang berbeza. Memiliki merujuk kepada pemilik (orang yang memiliki/menguasai), dimiliki pula merujuk kepada kepunyaan, sesuatu yang di bawah hak atau kekuasaan.
Sunday, November 18, 2012
Sister..Be Careful
Sunday, June 10, 2012
Tirai Tahun 2 berlabuh
![]() |
Saya jatuh cinta dengan maddah-maddah (subjek) yang dipelajari, maddah yang memberi makna kehidupan, maddah yang mengkerdilkan diri, maddah yang mengajarkan erti pengharapan yang sebenar, ya, ianya sangat membekas dan memberi kesan. Disamping, para mursyid-mursyidah, pensyarah-pensyarah, sahabat-sahabat yang membantu dalam proses untuk memahami, menghayati, dan meng"halusi" perjalanan menuju hikmah ini.
Ilmu, subjek, maddah adalah raw material, bahan mentah, maka melalui guru-guru ini, bahan mentah ini diproses, diadun dengan kefahaman, penghayatan, dan hakikat. Agar natijahnya nanti, mem"produce"kan insan-insan yang beramal. Semoga ianya menjadi dalil kebaikkan mereka di Akhirat kelak.
Hakikatnya, semua ruang, semua peluang, hatta pemahaman yang sedikit sekalipun, datangnya dari Tuhan, Rabb Yang Maha Rahman, yang rahmatNya sangat luas. Dan Dialah Al-Latif, sangat lemah lembut terhadap hambaNya. Maka, haruslah segala kesyukuran itu dirafa' keatasNya, segala harapan itu disandar kepadanya, kerana Dia Pemilik segalanya.
~Mari menjadi hamba yang lebih bersyukur~
Wednesday, January 11, 2012
Perihal NAMA

" Namamu syiapa?"
Friday, January 06, 2012
Al-Kisah SYUKUR

Ada sebuah kisah..
Saturday, October 15, 2011
Bebaskan Dirimu

Mendengar aduan adik-adik , yang merasa terbeban dengan pelajaran..mendengar rintihan sahabat, yang tersepit membuat pilihan..mendengar luahan saudara, yang gelisah dek rasa berdosa..Jujurnya, aku juga dipalu kebimbangan, bimbang tak memahami dan menguasai sesuatu ilmu itu dengan baik, bimbang tak fluent English untuk public speaking nanti(gara-gara salah register kod ccac),bimbang tak perform dengan baik sem ini.
Bimbang, gelisah, risau, adalah satu juzuk dari kehidupan. Rasulullah juga pernah merasa bimbang, bimbang akan nasib umatnya.
Aku belajar sesuatu dari aduan, rintihan, luahan dan juga kebimbanganku sendiri…yakni, bebaskan dirimu.
Bebaskan dirimu wahai saudaraku
Bebaskan dirimu…
Dari nafsu yang menjerat
Dari kejahilan yang pekat
Dari kemaksiatan yang memberat.
Bebaskan dirimu wahai adikku..
Bebaskan dirimu…
Dari perasaan yang menghimpit
Dari kederhakaan yang terselit
Dari dosa yang perit
Bebaskan dirimu wahai sahabatku…
Bebaskan dirimu..
Dari kebimbangan yang mencengkam
Gusar yang menekan
Dan dari kelalaian yang berantaian..
Bebaskan Dirimu
Tahukah kalian, rasa sempit, rasa bimbang, dan kerisauan ini melahirkan rasa raja’ (harap).
Justeru, bebaskanlah dirimu dari segala kemelut ini, dengan rasa raja’ (harap). Rasa harap terhadap Rabbmu.Keimanan itu membenih dalam tiga kondisi, hub (cinta), raja’ (harap), dan khauf (takut).
Bukankah yang memberikan kefahaman itu DIA?
Yang memberi kemudahan itu juga DIA?
Bukankah DIA juga yang membolak balikkan rasa?
DIA yang menjadikan engkau hebat, luar dari kemampuanmu. DIA Yang Maha Lunak, memperhebatkan ability kamu, menenangkan jiwamu, memaafkan setiap kesalahanmu, mendamaikan hatimu..
‘Aisyah R.A berkata: Rasulullah S.A.W bersabda: Sesungguhnya Allah lunak dan tenang, suka pada ketenangan dalam semua urusan. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Semaikanlah rasa raja’mu terhadapNya, letakkanlah pergantunganmu kepadaNya, pasakkanlah dalam hatimu ingatan hanyasanya kepadaNya.
“ Wahai manusia! Kamulah yang memerlukan Allah, dan Allah Dialah Yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu), Maha Terpuji.” (Fatir:15)
Penutup
“ Dan janganlah kamu merasa lemah, dan jangan pula bersedih hati, sebab kamu paling tinggi darjatnya, jika kamu orang yang beriman.” (Ali ‘Imran: 139)
“ Apa sahaja di antara rahmat Allah yang dianugerahkan kepada manusia, maka tidak ada yang dapat menahannya, dan apa sahaja yang ditahanNya, maka tidak ada yang sanggup untuk melepaskannya setelah itu…” (Fatir:2)
Thursday, August 11, 2011
Benci
Fitrah manusia yang tidak suka dibenci, tidak suka dikeji, tidak suka dijauhi. Rasulullah S.A.W juga merasa sedih, bilamana kaum kafir Quraisy menolak dakwah Baginda, membenci Baginda, mengkeji Baginda dan menjauhi Baginda seraya menutup telinga mereka daripada mendengar risalah Baginda. Akan tetapi Allah Yang Maha Baik membesarkan hati Rasulullah melalui ayatNya,
“Sesungguhnya, Kami mengetahui bahawa apa yang mereka katakana itu menyedihkan hatimu, (janganlah kamu bersedih hati), kerana mereka sebenarnya bukan mendustakan kamu. Akan tetapi, orang-orang yang zalim itu mengingkari ayat-ayat Allah.” (Al-An’aam:33)
Allah mengajar Rasulullah, jangan kamu merasa sedih, benci tidak harus dibalas dengan benci, keji tidak harus dibalas dengan keji, dan Allah mengajar Rasulullah untuk berlapang dada melalui ayatNya “…..mereka sebenarnya bukan mendustakan kamu.Akan tetapi orang-orang yang zalim itu mengingkari ayat-ayat Allah.”, bukankah hidayah itu milik Allah, dan Allah akan memberikannya kepada siapa yang mencari dan kepada siapa yang Dia kehendaki.
Tidak seharusnya kita manusia membalas kebencian dengan kebencian, boleh jadi orang membenci kita disebabkan perilaku buruk kita, sikap tidak baik kita atau sisi negative kita. Justeru, besarkan hati kita dengan perasaan lapang dada.
Bagaimana Al-Quran Mengajar Kita
“ Jadikanlah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta berpalinglah dari orang-orang yang bodoh. Jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, bila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya.” (Al-A’raaf: 199-201)
Maafkanlah kekurangan-kekurangan kecil manusia dalam pergaulan dan persahabatan. Jangan menuntut kesempurnaan pada mereka, dan jangan membebani mereka dengan akhlak yang sulit (tuntutan untuk fleksibel). Maafkan kesalahan, kelemahan, dan kekurangan mereka. Semua ini dituntut dalam pergaulan peribadi, dan bukan dalam urusan aqidah agama malah bukan juga dalam urusan kewajipan syar’iyah. Kerana di dalam urusan aqidah Islam dan syariat Allah, tidak ada lapang dada dan toleransi, namun yang ada adalah pengambilan tindakan, pemberian hak, persahabatan, dan perlindungan.
Memaafkan kelemahan orang lain, lemah lembut kepada (sesuai dengan syara’), dan toleran kepadanya merupakan kewajipan mu’min. Sama-sama mengambil inspire daripada sikap Rasulullah, Baginda bersikap lapang dada, memberi kemudahan, dan tolerant. Baginda tidak pernah marah kerana persoalan peribadi, tetapi, bila agamanya diusik, maka tidak ada Sesutu pun yang dapat menahan kemarahan Baginda.
Penutup
We are not perfect, we are not complete product..so, what we need is..gain taqwa, developing spiritual aptitude, take lesson from Quran and follow the Sunnah. Saya quote kata-kata seorang murabbi, “…nak menjadikan perkataan itu perasaan, tidak semudah kita membaca,mengingat dan mengungkap kembali..”, pointnya di sini, sama-sama berusaha untuk menjadikan Quran bukan sebagai ayat yang dibaca sahaja, tetapi jadikanlah kalam ini sebagai perasaan, perbuatan dan peradaban.
P/S: Sudah masuk fasa ke-2 Ramadhan = maghfirah…Semoga Allah mengampunkan segala kekhilafan, kesalahan kita semua.
Thursday, May 26, 2011
RASUAH

Ikuti dialog di bawah.
Monday, May 23, 2011
Asertif
Anda sukar menyatakan perasaan secara jujur dan terbuka?Tuesday, May 17, 2011
Selamat Hari Guru
Sunday, May 15, 2011
Aku Hanya Merencana
Saturday, May 14, 2011
Iktibar Dari Kisah Masyarakat
Bila bersembang dengan abah, banyak kisah masyarakat yang saya dapat, dan kesemua kisah tersebut punya iktibar dan hikmah yang sangat bererti. Abah tidak banyak bersuara, justeru sekali bersuara, cepat-cepat sediakan telinga dan jiwa.
Ada seorang mak cik, dia ini merupakan seorang pembuat dan penjual tempe, dan dia juga hamba Allah yang baik. Hanya ini sahaja mata pencariannya untuk menyara hidup keluarga. Setiap hari dia akan ke pasar untuk menjual tempe buatannya. Alkisahnya suatu hari, tempe buatannya tidak masak dan masih mentah, tak pernah mak cik ni buat tempe tak menjadi (barangkali ini pengalaman pertama). “ Tidak mengapa, mungkin sekarang tak masak lagi, insyAllah waktu nak menjual nanti masaklah dia.” Bila tiba di pasar, tempe tersebut masih juga belum masak. “ Tengah hari nanti, masaklah dia.” Dari pagi menginjak ke tengah hari, tempe tersebut masih juga belum masak, dan tiada barang satu tempe pun terjual lagi. Mak cik ini pun mulai gelisah, tapi masih tetap cuba menjaga sangka baiknya dengan Allah, masih meletakkan harapan agar petang nanti tempe tersebut masak dan boleh dijual. Ternyata harapan mak cik itu hanya tinggal harapan, tempenya tetap jugak tidak masak ketika petang menjengah. Maka mak cik ini dalam upayanya untuk ikhlas, terpaksa mengemas untuk pulang. Tiba-tiba, datang seorang pembeli yang hendak membeli tempe, dan dia hanya inginkan tempe mentah sahaja…tempe yang lain-lain, dia tak nak. Maka pembeli tersebut membeli semua tempe mentah mak cik tersebut dengan harga yang tidak pernah mak cik ini bayangkan.(mula-mula mak cik ni bagi tempe mentah tersebut, free je)..Nak tahu, kenapa pembeli tu hendak sangat tempe mentah?..Pembeli tersebut mahu poskan tempe untuk anaknya di luar negara, justeru tempe yang mentah apabila tiba di sana pasti akan masak, adapun tempe yang masak jika dihantar ke sana pasti akan rosak sebelum tibanya ke sana.
(read more:http://www.rozy.web.id/bengkel-hati/kisah-penjual-tempe/)
Allah Tidak Menzalimi
Allah knows the best and He creates the best. Teringat sepotong hadis qudsi (Sahih Muslim: J16/MS455):
أَبِى ذَرٍّ عَنِ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- فِيمَا رَوَى عَنِ اللَّهِ تَبَارَكَ وَتَعَالَى أَنَّهُ قَالَ « يَا عِبَادِى إِنِّى حَرَّمْتُ الظُّلْمَ عَلَى نَفْسِى وَجَعَلْتُهُ بَيْنَكُمْ مُحَرَّمًا فَلاَ تَظَالَمُوا يَا عِبَادِى كُلُّكُمْ ضَالٌّ إِلاَّ مَنْ هَدَيْتُهُ فَاسْتَهْدُونِى أَهْدِكُمْ يَا عِبَادِى كُلُّكُمْ جَائِعٌ إِلاَّ مَنْ أَطْعَمْتُهُ فَاسْتَطْعِمُونِى أُطْعِمْكُمْ يَا عِبَادِى كُلُّكُمْ عَارٍ إِلاَّ مَنْ كَسَوْتُهُ فَاسْتَكْسُونِى أَكْسُكُمْ يَا عِبَادِى إِنَّكُمْ تُخْطِئُونَ بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَأَنَا أَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا فَاسْتَغْفِرُونِى أَغْفِرْ لَكُمْ يَا عِبَادِى إِنَّكُمْ لَنْ تَبْلُغُوا ضَرِّى فَتَضُرُّونِى وَلَنْ تَبْلُغُوا نَفْعِى فَتَنْفَعُونِى يَا عِبَادِى لَوْ أَنَّ أَوَّلَكُمْ وَآخِرَكُمْ وَإِنْسَكُمْ وَجِنَّكُمْ كَانُوا عَلَى أَتْقَى قَلْبِ رَجُلٍ وَاحِدٍ مِنْكُمْ مَا زَادَ ذَلِكَ فِى مُلْكِى شَيْئًا يَا عِبَادِى لَوْ أَنَّ أَوَّلَكُمْ وَآخِرَكُمْ وَإِنْسَكُمْ وَجِنَّكُمْ كَانُوا عَلَى أَفْجَرِ قَلْبِ رَجُلٍ وَاحِدٍ مَا نَقَصَ ذَلِكَ مِنْ مُلْكِى شَيْئًا يَا عِبَادِى لَوْ أَنَّ أَوَّلَكُمْ وَآخِرَكُمْ وَإِنْسَكُمْ وَجِنَّكُمْ قَامُوا فِى صَعِيدٍ وَاحِدٍ فَسَأَلُونِى فَأَعْطَيْتُ كُلَّ إِنْسَانٍ مَسْأَلَتَهُ مَا نَقَصَ ذَلِكَ مِمَّا عِنْدِى إِلاَّ كَمَا يَنْقُصُ الْمِخْيَطُ إِذَا أُدْخِلَ الْبَحْرَ يَا عِبَادِى إِنَّمَا هِىَ أَعْمَالُكُمْ أُحْصِيهَا لَكُمْ ثُمَّ أُوَفِّيكُمْ إِيَّاهَا فَمَنْ وَجَدَ خَيْرًا فَلْيَحْمَدِ اللَّهَ وَمَنْ وَجَدَ غَيْرَ ذَلِكَ فَلاَ يَلُومَنَّ إِلاَّ نَفْسَهُ ».
Antara hadis yang saya suka.
Penutup
Berbaik sangkalah terhadap Allah, berbaik sangkalah terhadap ketentuanNya.
Wallahu'alam.
Thursday, May 05, 2011
~Cheesecake~

2 ketul cream cheese 250gram
1 tin susu pekat manis
2 biji telur
1 sudu tepung gandum
Cara-cara
Tapak(base)
1. Biskut oreo dihancurkan
2. Satu cawan majerin yang dicarikan.. gaul sebati n tekan kat dasar loyang as tapak atau swiss roll..potong dan susun dalam loyang..
Topping
3. Biarkan chesse lembut dgn suhu bilik..kemudian pukul(leh guna mixer or blender)
4. masukkan susu..dan pukul lagi
5.dah sebati..masukkan telur sikit2..
6. masukkan tepung..
7. klu suka..leh masukkan coklat cip@ coklat rice..
8.tuangkan dalam loyang berisi biskut@kek tadi..utk hiasan boleh laa taburkan kepingan badam atau swirl kan coklat cair kat atas..
7.sedia utk di bakar...lebih kurang 45 minit..tapi cucuklaa ngan cake tester or lidi utk pastikan dia dah masak..(dah tak melekat kat lidi tu masak dahlaa)
Monday, April 25, 2011
HI-MEGA 2011


Program Hi-MeGa sudah pun berakhir berlangsung selama 3 hari 2 malam, bermula hari Jumaat hingga Ahad. Tahun ini UIAM menjadi pilihan sebagai tuan rumah, lepas ni IPT mana pula yang jadi tuan rumah...
Wednesday, April 20, 2011
~Bedtime Story~

Saya melihat ke belakang, menilai kembali waktu yang telah saya lalui, usia telah saya habiskan, setahun yang lepas, beranjak ke 5 tahun yang lepas, 11 tahun yang lepas dan seterusnya..Banyak juga memoir-memoir yang menggamit, bila dikenang, saya rasa senang.
Monday, April 18, 2011
INTERNATIONAL SEMINAR ON PEACE AND HUMANITARIAN AID FOR GAZA 2011

WE INVITE YOU TO
Co-organized by Haluan Palestin, Yayasan Belia Malaysia andJournalism Club IIUM.
Tahun Pertama Berlalu

Assalamu'alaikum
Thursday, February 03, 2011
IMAN dan TV

Pernah dengar slogan tengok TV dengan iman?
Sunday, November 28, 2010
Adikku...

Adik-adik remajaku,
Maka aku ketepikan persoalan “layakkah aku?”
Adik-adik remajaku,
Aku tahu dalam usia ini perasaan ingin dikasihi dan mengasihi, ingin dipuja dan memuja hadir dalam diri kalian,
Meskipun lambakan artikel, ceramah, forum berkenaan zina hati atau “couple itu haram” ,tapi bila dikatakan ianya fitrah, maka siapakah yang berhak ke atasnya?...ALLAH
Jika kalian bertanya kepadaku “Bolehkah aku menyukai mengasihi seseorang ?”
Aku tidak menghalang dan aku meraikan…tetapi selidiki hati kalian, di manakah Allah ketika hati kalian menyukai seseorang, adakah Dia di hadapan atau Dia “ter” ke belakang.
Pantaskah Pencipta fitrah berada di belakang ciptaanNya?
Adik-adik remajaku,
Aku ingin kalian menjadi pemuda-pemudi yang kuat jiwanya, yang kuat rohnya , yang tidak mudah jatuh kepada emosi dan delusi…
Kalian adalah pemburu Redha Allah, masakan seorang pemburu punyai peribadi yang lemah?
Dan ingatlah,
Tuesday, October 26, 2010
Muhasabah Diri
Tentang tazkirah ini, rasanya ramai yang lebih berkelayakan dari saya untuk memberi tazkirah pada sahabat, cuma pada kali ini saya cuba memberi sekadar yang termampu buat sahabat sebagai panduan menjalani hidup di dunia ini. Kita kan insan yang selalu dalam kelalaian dan kealpaan. Insan ini perlu diingat-ingatkankan selalu agar senantiasa dalam jalan yang benar dan tidak menyimpang mengikut hawa nafsu yang sentiasa nak merosakkan jiwa manusia. Sahabat memperingatkan saya dan saya pula memperingatkan sahabat. Betulkan?
Sahabat saya, Sememangnya memperbaiki diri ini bukan satu kerja yang senang apatah lagi terpaksa melalui jalan yang agak sukar sehingga sampai ke satu destinasi yang selamat yang dimimpi-mimpikan oleh semua jiwa yang suci. Jiwa sahabat adalah jiwa yang suci lagi murni jika teransang untuk mengubah diri dari segala kekotoran jiwa sebelum ini kepada jiwa yang putih laksana salju pada kedinginan musim sejuk. Adakah kita rasa 'SENSITIF' terhadap peribadi kita ?Bukti sensitifnya kita terhadap diri kita adalah kita sentiasa muhasabah diri kita. Orang yang selalu muhasabah ialah orang yang sensitif terhadap dirinya. Agak-agak bagaimana muhasabah itu berlaku ya?
Tiap-tiap hari MUHASABAH/MENGHITUNG DIRI mesti berlaku. Kita menghisab/menghitung segala apa yang kita lakukan pada hari tersebut. Hari ini banyak mana kebaikan yang kita lakukan . Banyak mana kejahatan yang kita lakukan. Cuma saya nak pesan pada sahabat tentang satu perkara penting yang perlu diberi perhatian! [Kita digalakkan agar JANGAN mengingati segala kebaikan yang kita telah buat seharian. Jangan selalu ingat dan ungkit-ungkit perkara kebaikan yang kita buat . Jangan! Kerana ingatan sedemikian itu akan melahirkan satu rasa yang negatif. Iaitu kita rasa yang kita sentiasa dalam kebaikan dan mungkin datang perasaan bangga bahawa kita ni baik dan berperibadi mulia. Ini lah bahaya nya. Lepas itu kita akan berkurangan melakukan kebaikan dan malas membuat kebajikan lagi. Berasa cukup dengan apa yang telah dilakukan sebelum ini. Saya harap sahabat nampak dan jelas dengan penerangan yang ringkas ini.
Kita digalakkan untuk berfikir dan mencari ruang kebaikan yang akan kita buat pada hari esok dan berikutnya. Kita mesti fikir tentang itu. Maksudnya esok mesti ada kebaikan yang kita lakukan. Saya mahu beri satu contoh yang waqi'/praktikal berada di dalam kehidupan kita. Pada hari sahabat baca emel ini, adalah hari yang pertama. Muhasabah berjalan seperi biasa. Kata sahabat (di dalam hati), esok sahabat mahu buat kebaikan. Dan hari esok pun menjelma buat sahabat dengan taqdir Allah. Sahabat harus mencari ruang untuk melakukan kebaikan. Oh ya! Ruang untuk kita melakukan kebaikan ada yang datang secara kita tak jangka dan ada yang dah kita jangka. Yang kita jangka seperti , selepas solat Subuh sahabat baca AlQuran, berzikir, berwirid dan lain2 kebaikan. Yang kita tak jangka seperti ada peminta sedekah yang meminta sedekah di luar masjid, ada orang buta yang kehilangan peneman jalan dan ada mak cik tua yang tak mampu memikul beban barang yang dibawa. Semua itu "BONUS' dari Allah buat kita sebagai ruang mencari kebaikan. Di situlah kita menabur kebaikan. Mana kita sangka , ada orang buta itu datang sebagai 'bonus' pada kita. Tetapi ia adalah ujian Allah buat manusia untuk melihat apa tindakan kita. Pahala tersembunyi melalui orang buta itu. Kalau kita tak buat, maka hilanglah 'bonus' itu kan !
Kesimpulan dari perkara ini ialah kita mesti berfikir akan kebaikan yang akan kita lakukan dan JANGAN sekali-kali kita fikir/ungkit-ungkit kebaikan yang telah kita lakukan !
Manakala perkara kejahatan pula wahai sahabatku, Kita tak payah susah-susah pikir/ungkit-ungkit kejahatan yang akan dilakukan. Siapa yang beranggapan seperti itu maksudnya hati itu kotor! Ya lah... Beranggapan yang negatif. Ingin membuat kejahatan.
Bagi muslim sebenar, kita kena renung dan pikir atau kita kena selalu ungkit-ungkit akan kejahatan yg telah kita lakukan. Moga-moga ia menimbulkan kesedaran pada kita bahwa lemahnya kita. Selepas berfikir itu, kita mestilah susuli dengan rasa penyesalan dan tak mahu kembali lagi ke desa kekotoran dan kejahatan tadi. Yang lepas tu biarlah berlalu. Tapi janganlah kita tanam cita-cita untuk mengulangi kejahatan yang lalu.
Sumber: Muhammad 'Ammar Abu Kassim

