Monday, July 05, 2010

Tiada Tajuk

Esok dah nak register, bermakna tak berapa lama lagi sesi pembelajaran akan bermula.
Nak dijadikan cerita, semalam sesi punggah memunggah selongkar menyelongkar pun berlaku. Selesai sahaja memilih luggage yang hendak dibawa, saya pun mula mengemas...kemas punya kemas, tiba-tiba saya terjumpa satu kotak, disebabkan kotak itu kelihatan unik dan misteri jadi semangat inkuiri ingin tahu bertambah, saya pun membukanya. Kelihatan didalamnya penuh dengan tiket bas transnational, oh hadi punya kotak rupanya. Hadi adik saya yang keempat, menuntut di Maahad Tahfiz Sains Tumpat dalam tingkatan 3. Mungkin disebabkan seringkali menaiki bas berulang balik dari Alor Setar ke Kelantan, justeru dia menjadikan mengumpul tiket bas sebagai hobi. Disebalik tiket-tiket bas tersebut saya terjumpa sepucuk surat.

Bismillahirahmannirahim..

Assalamu'alaikum,
Semoga Allah sentiasa memberkati kehidupan Abdul Hadi. Selawat dan salam kepada Rasulullah SAW, juga pada para sahabat yang terdahulu.

Abdul Hadi,
Emak dan abah tak dapat nak konvoi sekali dengan Mak Cik Halimah dan Pak Cik Asri pergi ziarah Hadi dan Muaz, sebab pada waktu yang sama emak balik kampung Sungai Nibong, ziarah embah. Sebab Raya Cina nanti, semua anak-anak emak balik, jadi emak dan abah rancang hendak raikan kalian dirumah sahaja.

Bersama-sama ini, emak nak maklumkan, abah ada bank in kan duit tambahan untuk Hadi balik Raya Cina nanti. Harap-harap Hadi pandai berjimat ye..

Dan Hadi cuba fahamkan kata-kata ini dan emak abah harap Hadi akan menjadi manusia semulia ini.

" Hidup Dalam Dunia Yang Bersyukur"

  • Bersyukur kepada orang yang menyakiti kamu kerana dialah orang yang menabahkan hati kamu.
  • Bersyukur kepada orang yang tidak mengendahkan kamu kerana dialah orang yang
    memupuk berdikari kamu.
  • Bersyukur kepada orang yang menjatuhkan kamu kerana dialah orang yang memperhebatkan abiliti kamu.
  • Bersyukur kepada orang yang menyeksa kamu kerana dialah orang yang menguji kesabaran kamu.
Oleh itu Hadi, cuba ingat kembali sirah Bilal bin Rabah, orang yang dijamin syurga oleh Allah. Maka ingat Hadi...tiada orang yang lebih mulia kecuali yang lebih taqwanya, tiada yang lebih cemerlang melainkan cemerlang akhlak dan ibadahnya.

InsyAllah Abdul Hadi, emak dah tak mampu tulis panjang-panjang, cuma emak pesan, ingat sokmo hok mok pese.. solah, Quran dan sunnah Rasulullah jangan tinggal. Hargai persahabatan lillahi taala dan kasih sayang kerana Allah.

InsyAllah..Wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..



Yang sentiasa teringat Hadi,


(Siti Juraiha Jali)


Isi surat ini yang sebenarnya ingin saya kongsikan, nasihat seorang ibu kepada anak. Setiap kita adalah anak kepada ibu bapa kita, justeru ingat setiap ibu bapa mengharapkan yang terbaik untuk anak-anak, jadi sebagai anak, buatlah yang terbaik untuk ibu bapa, sama ada dari sudut akhlak, akademik dan segala sudut. Buat yang terbaik untuk ibu bapa, dapat meningkat saham akhirat. Allah cinta orang yang mengutamakan akhirat, dan ibu bapa adalah saham akhirat kita.

Wahai anak,
Jagalah maruah kalian, jagalah nama baik ibu ayah kalian, dan ingatlah, redha Allah itu terletak kepada redha ibu bapa. Semoga kalian menjadi remaja mulia.

Wallahualam.