Monday, February 11, 2013

Dunia oh Dunia



Ada penyair yang menyebut, 

هب الدنيا تساق إليك عفوا  * أليس مصير ذاك إلى زوال
فما ترجو بعيش ليس يبقى  * وشيكا قد تغيره الليالي
وما دنياك إلا مثل ظل  * أظلك ثمّ آذن بارتحال

" Andai kata dunia ini digiring kepadamu dengan mudahnya, tidakkah akhirnya nanti akan ditinggalkan mati olehmu?
Apa harapanmu dengan kehidupan yang tidak kekal, kerana sebentar lagi akan dihabiskan oleh siang dan malam.
Duniamu adalah seperti bayangan yang menaungi, kemudian bayangan itu berlalu."

Saya bukan anti-dunia mahupun anti-modenisasi (menulis blog, kira ikut arus modenisasi juga kan?), cuma ingin sama-sama berwaspada dengan dunia, agar ianya benar-benar menjadi مزرعة الأخرة (ladang Akhirat) kita.

Kerana itu Imam Al-Ghazali menukilkan dalam kitabnya Minhajul 'Abidin, " Carilah dunia dan takluklah olehmu untuk beribadah kepada Allah SWT".

Kisah Harun Ar-Rasyid dengan Bahlul

(Dinaqal dari buku yang sama)

Harun Ar-Rasyid bernazar akan pergi ke Makkah menunaikan ibadah haji dengan berjalan kaki dari Baghdad. Raja ini bernazar dengan isterinya yang bernama As-Sayyidah Nafisah yang membikin 'Ain Zubaidah (sumber air) di Makkah.

Kerana Harun Ar-Rasyid adalah seorang raja, maka pengiring-pengiringnya merasa tak tega kalau rajanya berjalan diatas pasir, disebabkan itu, maka dihamparkanlah permaidani dan setiap sekian kilometer ada gardu (berfungsi sebagai R&R) untuk beristirehat, gardu ini dinamakan Al-Meil.

Tatkala raja ini sedang berjalan di tengah-tengah  padang pasir, kelihatan olehnya seseorang seperti sedang naik kuda. Harun Ar-Rasyid pun tertanya-tanya, siapakah gerangan orang itu?..Setelah diperhatikan, maka salah seorang pengiringnya ada yang mengenali. Orang yang bersendirian di padang pasir dan kelihatan seperti naik kuda itu, namanya Bahlul, Bahlul ini dianggap gila, padahal kata-katanya selalu benar dan tepat.

Kemudian Bahlul pun dipanggil menghadap Harun Ar-Rasyid, tanpa rasa nervous dan takut, dia pun menghadap raja. Ternyata yang dinaikinya itu bukannya kuda tetapi tongkat. Bahlul ini terkenal pandai menasihati orang, justeru dia bukan orang gila seperti anggapan orang.

Maka Harun Ar-Rasyid pun berkata kepada Bahlul, " Bahlul, cuba nasihati aku.."

Dengan mendadak, Bahlul pun mengubah syair (terbukti dia seorang pujangga dan ahli ibadah terulung):

هب الدنيا تواتيك  * أليس الموت يأتيك
وما تصنع بالدنيا  * وظلّ الميل يكفيك

" Andaikan dunia ini datang kepadamu dengan mudah ya Harun Ar-Rasyid, tidakkah maut juga akan datang kepadamu dengan mudahnya?
Buat apa duniamu yang begitu banyak, sedangkan gardu ini sahaja sudah cukup bagimu untuk duduk serta melindungimu."

Setelah itu, Harun Ar-Rasyid pun berkata kepada Bahlul, "Mintalah apa sahaja daripadaku, akan cuba ku tunaikan."

(Cuba teka apa permintaan Bahlul..?)

Bahlul just menjawab, "Jauhlah engakau daripadaku, nanti engkau ditendang oleh kudaku (merujuk kepada tongkatnya), engkau jangan berada disini.."..Dan dia terus berlalu lari menaiki tongkatnya tanpa minta apa-apa kepada raja.

~ Bila manusia berhati-hati dengan dunia, dia akan puas dengan kurnia (pemberiaan/nikmat)~

Kisah Imam Abu Hanifah 

(dipetik dari isi kuliah Yasmin Mogahed "Reclaim Your Heart")

Satu waktu, Imam Abu Hanifah sedang memberi penyampaian di hadapan murid-muridnya. Kemudian, datang seorang utusan membawa khabar, bahawa kapal dagangan Imam Abu Hanifah telah tenggelam.

Imam Abu Hanifah terdiam sebentar, kemudian beliau meneruskan pengajian. Setelah itu, datang kembali utusan membawa khabar, " Maaf, kami tersilap. Kapal dagangan yang tenggelam itu bukan kapalmu Abu Hanifah.."

Dan sekali lagi, Imam Abu Hanifah terdiam seketika, dan kemudian meruskan kembali pengajian.

Sikap Imam Abu Hanifah tadi, menarik perhatian pelajarnya, maka mereka bertanya, " Wahai Imam Abu Hanifah, kenapa terdiam apabila mendapat khabar pertama dan kemudian kamu diam juga ketika diberitahu, kapal dagangan (harta) mu selamat?"

Maka jawab Imam Abu Hanifah :Aku terdiam kerana aku menyelidiki, adakah hati aku bergetar (terkesan) dengan khabar kehilangan kapal daganganku, maka Alhamdulillah, hatiku sedikit pun tidak terkesan dengannya. Begitu juga diamku buat kali kedua, dan Alhamdulillah, hatiku turut tidak terkesan mendengar khabar kapal daganganku selamat.

Moral of the story, Mu'min itu dia tidak meletakkan dunia itu di hati, dan sedikitpun tidak membenarkan dunia itu menjengah hati. Dunia itu di tangan dan bukannya di hati.  

Kita as a Student

Begitu juga kita sebagai student, sebagai pelajar. Sinonim dengan kejayaan, kecemerlangan. Kita berusaha memahami dan belajar, dan kita juga berusaha untuk berjaya. Kita selalu lupa hakikat cemerlang, kita mentakrifkan cemerlang itu bila saya dapat dean list, bila saya dapat A atau A-, bila orang tanya saya boleh jawab, bila lecturer soal saya boleh explain tanpa terkial-kial "err..arr..ermm.." dan sebagainya.

Begitulah cemerlang menurut kaca mata dunia kita. Sehingga kadang-kadang, kita menjadi hamba untuk itu, hamba untuk kejayaan, hamba study. Kejayaan seolah-olah menjadi tuan untuk kita, kejayaan memiliki hati dan jiwa kita. Bila berjaya hati rasa gembira, bila tak berjaya hati rasa sengsara.

Sebenarnya, siapa yang memiliki siapa?

Memiliki dan dimiliki, adalah dua perkara yang berbeza. Memiliki merujuk kepada pemilik (orang yang memiliki/menguasai), dimiliki pula merujuk kepada kepunyaan, sesuatu yang di bawah hak atau kekuasaan. 

Mu'min itu meletakkan dunia di tangan, usaha di tangan. Dan meletakkan tawakal dan kebergantungan di hati, dia tahu kemampuan itu dari Rabbnya, dia membaca dan dia tahu yang memberi kefahaman itu Dia, dia menghafal dan dia tahu yang memegang hafalannya itu Dia, dia berfikir dan dia tahu yang memberikan ilham itu juga Dia. Begitulah hakikatnya mu'min, tangannya berusaha untuk mencapai apa sahaja di dunia, manakala hatinya penuh dengan keyakinan terhadap Rabbnya. Menjadikan dunia sebagai مزرعة الأخرة. 

Hakikat cemerlang, ialah bila kita tahu jalan pulang.

Sesuatu yang menguasai atau yang menapak di hati, akan memiliki..Maka, perlulah berhati-hati dengan sesuatu yang menjengah di hati.

Sama-sama berusaha, agar hati kita akan kembali kepada Rabbnya dengan Qalbun Salim.