Thursday, February 03, 2011

IMAN dan TV


Pernah dengar slogan tengok TV dengan iman?

Terngiang-ngiang kata-kata mak saya waktu kecil-kecil dulu, "boleh kalau nak tengok TV, tapi kena tengok TV dengan Iman". Waktu tu bukannya faham sangat, mak kata tengok TV dengan iman, saya pun angguk sungguh-sungguh sebab nak dapatkan lesen untuk tengok TV.

Suatu masa dulu saya pernah bertanya kepada mak saya, "macam mana nak tengok TV dengan iman? Bila nak tengok je TV nanti iman kata, ini lagha, ini tak soleh..maksudnya kita tak boleh tengok TV ye mak?".

Tengok TV dengan iman

Ibarat macam kita melihat sesuatu dengan kaca mata, kalau kita memakai kaca mata gelap, kita akan melihat suasana sekeliling kita kelam gelap, kalau kaca mata merah, suasana sekeliling semua menjadi merah. Kalau kaca mata 3D, rasa macam berada di alam realiti fantasi.Begitu juga sebaliknya.

Ermm..tapi kalau kita memakai kaca mata iman, bukan sahaja mata kita pakai kaca mata iman, bahkan hati dan akal kita juga turut (on the spot) pakai kaca mata iman. Hebat kan kaca mata iman ni.

Bagaimana

Bila sebut kaca mata iman ini, ia bukanlah sesuatu yang objektif bukan juga sesuatu yang konkrit, tapi ia terhasil dari ketaqwaan (taqwa='arif+faqih+'amal).
1.Mendahulukan apa yang Allah suruh dan meninggalkan apa yang Allah larang.
2.Mencari hikmah dalam setiap sesuatu.
3.Tidak meletakkan nafsu atau kesukaan sebagai teraju utama.

Jujurnya, ia bukan sesuatu yang mudah, ianya perlukan kepada proses baru kaca mata iman itu berfungsi.

Penutup

Hakikatnya, setiap jurus kehidupan kita perlu dilihat dengan kaca mata iman kerana iman seorang muslim itu saling berkait dengan kehidupannya.
Sama-sama lakukan pembaikkan dan semoga Allah redha.


Wallahu'alam..