Sunday, July 14, 2013

Kelemahan


Aku mula mempelajari Bahasa Arab sejak usiaku 5 tahun. Sekarang, usiaku hampir mencecah 24 tahun, memang dah masuk 24 tahun pun. Cuba kira, berapa lama masa yang telah ku ambil untuk belajar Bahasa Arab?...
Sudah hampir 19 tahun aku belajar Bahasa Arab.....tapi kenapa aku masih lagi tak dapat menguasainya dengan baik? 
Kenapa Bahasa Arabku tak fluent?
Kenapa aku masih lagi bergantung pada kamus untuk menterjemah sesuatu perkataan yang tak difahami?
Imam Abu Hanifah mengambil masa selama 18 tahun mempelajari Fiqh, setelah itu beliau menjadi arif dalam permasalahan Fiqh..
Kenapa aku tak begitu?

Setiap kita ada kelemahan-kelemahan yang kita ratapi. Tetapi kelemahan itu bukan untuk ratapan, sebaliknya ia adalah untuk sebuah pengharapan yang menuntut kepada perubahan kebaikkan.

Sabar

Kejayaan, kefahaman, kemahiran hatta kelebihan atas sesuatu itu berhajatkan kepada kesabaran. Kenapa?
Sebab hanya orang sabar tahu menilai. Dan Allah suka orang yang sabar.

Kejayaan adalah sesuatu perkara yang subjektif, manusia masyarakat awam khususnya, melihat kejayaan itu terletak kepada penguasaan terhadap sesuatu. Orang yang sabar, yang tahu menilai, akan berpendapat setiap detik adalah kejayaan. Berjayanya dia, kerana dia bersabar dan Allah bersama orang yang sabar. " Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar."

Sabar menjinakkan keinginan, dan menguatkan keyakinan, keimanan dan daya kawalan. Maka bersabarlah kamu dalam berusaha, bersabarlah dalam melaksanakan ketaatan dan bersabarlah dalam membentuk taqwa.

Syukur

Jarang untuk kita mensyukuri kelemahan, tapi tidakkah engkau tahu, kelemahan mendekatkan engkau dengan Tuhanmu. Ia membesarkan raja' ( pengharapan) mu, menjadikan kau hamba yang mengadu, dan seringkali memohon agar diberi mampu.


Bersyukurlah engkau dengan kelemahan, kerana kelemahan itu membesarkan harapanmu terhadap Rabb Yang Maha Memberi kemampuan.


" لَئِن شَكَرْتُمْ لأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ.."

Malu

Malu adalah sebahagian dari iman. Kerana malu menjadi indikator kepada sebuah perubahan.


Malu menjadi manusia kotor, kita berubah menjadi manusia yang bersih. Malu menjadi orang yang jahil, kita berusaha menjadi orang yang berpengetahuan. Banyak bangsa manusia yang hari ini menjadi hebat lantaran rasa malu kalau tak jadi hebat. Hamba yang malu akan dosa, akan bergerak menjauhi dosa seraya memohon keampunan dan perlindungan dari Tuhan.

Malulah dengan kelemahan diri, kerana ianya menjadikan kita rendah hati, bergeraklah memperbaiki keadaan diri, kerana ia adalah 'amal yang Allah nilai di akhirat nanti.

No comments:

Post a Comment