Thursday, January 08, 2009

What I've learnt Today?


I've learned that no matter what happens, or how bad it seems today, life does go on, and it will be better tomorrow."


"I've learned that regardless of your relationship with your parents, you'll miss them when they're gone from your life."


"I've learned that making a 'living' is not the same thing as 'making a life'."


"I've learned that life sometimes gives you a second chance."


"I've learned that you shouldn't go through life with a catcher's mitt on both hands; you need to be able to throw some things back."


"I've learned that whenever I decide something with an open heart, I usually make the right decision."


"I've learned that even when I have pains, I don't have to be one."


"I've learned that every day you should reach out and touch someone."

"People love a warm hug, or just a friendly pat on the back."

"I've learned that I still have a lot to learn."


"I've learned that people will forget what you said, people will forget what you did, but people will never forget how you made them feel."

APPRECIATE THINGS AROUND YOU...THERE'S A REASON WHY ALLAH DID THAT. ^_^


Hanya Penonton???




'Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau.Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu) dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku.Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya.' (Al-Isra:4-6)






Palestin diserang lagi, namun berapa ramai antara kita yang telah mengambil tindakan proaktif dan berusaha untuk membantu saudara kita di sana? Walau sekecil mana jua usaha yang dilakukan biarlah Allah yang menentukan.


Mungkin pelbagai maklum balas dapat dilihat berkenaan sumbangan wang,boikot dan pelbagai lagi usaha yang telah dilakukan, positif mahupun negatif , usaha-usaha ini perlu diteruskan untuk membela saudara kita yang terkorban di bumi Palestin terutamanya berdoa untuk saudara tercinta.


Sejak beberapa hari ini, saya berada dalam keadaan menafikan perbuatan (denial state) kejam pembunuhan beramai-ramai pihak Zionis Yahudi ini.


Ini adalah kerana hati ini terlalu sedih dan sukar menerima hakikat bahawa ada sekumpulan manusia yang sanggup mencenderakan dan membinasakan sekumpulan manusia yang lain, yang mana golongan yang ditindas ini amat jelas berada dalam keadaan lemah dan melibatkan golongan kanak-kanak yang tidak berdosa.




Mana mungkin?



Namun saya perlu bangun dari tidur ini kerana saudaraku diinjak-injak dan diperkotak-katikkan nyawa mereka oleh Israel laknatullah.


Setelah hampir 12 hari pembunuhan beramai-beramai ini dilakukan dan lebih kurang 660 rakyat Palestin dibunuh, hari ini menyaksikan masih tiada langkah-langkah berkesan dan efektif untuk menghentikannya oleh mana-mana pihak.




Wahai sahabat, tidaklah adil sekiranya kita mengharapkan pihak Amerika Syarikat mahupun UK apatah lagi Israel untuk mengambil sebarang tindakan yang akan merugikan mereka. Seharusnya negara-negara Islam yang diam membatu bagaikan tiada apa yang berlaku yang perlu bangkit dan bersatu ke arah membebaskan Palestin dan menghentikan kekejaman ini. Amat memalukan kerana perkara ini tidak berlaku malah Mesir menidakkan keperluan untuk OIC bersidang untuk membincangkan isu ini!




Malulah anda pemimpin dunia Islam!




Malulah anda wahai sang pemegang amanah kerana masih berdiam diri!




dan malulah wahai diri kerana memilih pemimpin yang tidak berguna membela agama yang tercinta!




MALULAH WAHAI UMAT ISLAM!




kerana engkau hanya menonton dan tidak mengambil bahagian dalam perjuangan yang mulia ini!'




Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?' (Ali-Imran:142)




Ayuh para pejuang yang mengaku pejuang agama yang mulia, tegakkanlah ianya walau apa jua caranya, bantulah saudaramu yang menderita kerana tidak sempurna iman seseorang hamba itu melainkan ia menyayangi saudaranya yang lain sepertimana ia menyayangi dirinya sendiri.




Dan TIDAK ianya tidak akan terhenti apabila pembunuhan oleh Yahudi laknatullah ini berhenti yang mungkin berlaku esok, mungkin juga lusa TETAPI perjuangan ini berterusan sehingga Islam tertegak kembali sebagai pemerintah dunia dan ianya hanya akan berlaku ketika Palestin kembali dikuasai sang pemiliknya!

Terkini : Sekolah UNRWA diserang, 135 orang terbunuh !



Rabu ,07/01/2009 - Pencerobohan Israel yang membawa kemusnahan di Semenanjung Gaza setakat ini telah meragut nyawa 660 Rakyat Palestin, termasuk 215 kanak-kanak dan 89 wanita ditambah dengan 2950 orang yang cedera. Penceroboh Israel menyerang kediaman Palestin dan tiga buah sekolah UNRWA telah meningkatkan jumlah mangsa kepada lebih penduduk Palestin yang terbunuh dan 400 lagi mengalami kecederaan.Angkatan tentera Israel komited dalam pembunuhan beramai-ramai hari ini apabila mereka mensasarkan sekolah yang dibina UNRWA bagi menempatkan orang awam yang melarikan diri dari serangan Israel di timur Jabalya.
Pengeboman sekolah Fakhoura di timur Jabalya mengakibatkan 45 rakyat Palestin terbunuh dan mencederakan lebih daripada 50 orang manakala 5 yang lain telah terbunuh dalam pengeboman dua sekolah-sekolah UNRWA yang lain sebelumnya

TERKINI : Zionis Israel guna fosforus putih yang diharamkan



Rabu ,07/01/2009 - Akhbar Times dari Britain berkata pihak Zionis Israel menghujani seluruh Gaza dengan fosforus putih yang diharamkan penggunaannya seluruh dunia kerana akan menyebabkan kebakaran dahsyat kepada orang awam.Dalam cetakan isunya pada hari Isnin, Times menyatakan bahawa tentera Amerika dan British di Iraq turut menggunakan senjata tersebut menentang orang awam, tetapi ia berhujah bukan haram sekiranya digunakan sebagai satu “penutup asap”.
Akhbar menambah bahawa penggunaan bagi senjata tersebut di Gaza , satu penempatan terpadat di dunia mungkin akan menyebabkan kebakaran yang dahsyat, di mana setakat ini lebih daripada 550 Rakyat Palestin telah terbunuh 2,300 orang lain tercedera.

Israel guna Bom Napalm serang Gaza


Masyarakat di Gaza menyaksikan beberapa roket yang digunakan Zionis-Israel menggunakan bahan baru yang belum pernah digunakan sebelum ini. Menurut mereka, roket yang dilepaskan akan jatuh dan membentuk seperti cawan yang marak terbakar dan terus membakar apa yang ada di sekitar bom itu. Roket itu turut meletup sebanyak dua kali.Menurut pakat, tentera Zionis-Israel menggunakan bahan phosphur dalam membuat bom. Bom ini turut digunakan ketika serangan ke atas Lebanon tahun 2006.

Tuesday, January 06, 2009

TERKINI : 17 lagi terbunuh dalam serangan terbaru pada hari ke-10



Selasa ,06/01/2009 -
Kementerian Kesihatan Penduduk Palestin di Gaza melaporkan tentera rejim Zionios telah menyerang Semenanjung Gaza pagi semalam da n mengakibatkan 17 rakyat Palestin terbunuh.

Kementerian berkata antara 17 yang terbunuh pagi ini adalah lima orang anak dari sebuah keluarga tujuh orang , apabila pejuang-pejuang jet rejim Zionis mengebom rumah mereka . Medik melaporkan bahawa ahli keluarga tersebut dibiarkan mati bersendirian kerana ambulans-ambulans itu tidak dapat mengambil mereka kerana kereta kebal rejim Zionis mengawal di situ..

Pada hari Isnin, kereta kebal rejim Zionis telah mengebom rumah milik Arafa Abed Al Dayim, membunuh empat orang mencederakan sekurang-kurangnya 40 orang yang lain. Sumber-sumber tempatan berkata , Abed Al Dayim telah terbunuh pada hari Ahad sebelum itu apabila ambulans yang beliau bawa telah diserang oleh tentera rejim Zionis . Warga Palestin berkumpul hari ini di rumah beliau bagi memberi penghormatan terakhir..

Israel bohong tentang jumlah kematian tenteranya di tangan Brigade Qassam


Selasa ,06/01/2009 -Briged Qassam, sayap puak bersenjata Hamas malam Ahad lalu menyatakan bahawa pejuang-pejuangnya berjaya membunuh 11 askar rejim Zionis dan mencederakan 48 yang lain sejak bermulanya serangan 24 jam yang lalu.

Sumber itu berkata lima askar telah terbunuh pada malam Sabtu manakala enam yang lain terbunuh pada hari Ahad dan salah seorang di antara mereka merupakan pegawai berpangkat Kolonel.

Penceroboh Israel hanya menyatakan seorang askarnya terbunuh dan 30 yang lain cedera.

Sementara itu, Abu Ahmad yang merupakan jurucakap Briged Quds iaitu sayap bersenjata Jihad Islam berkata mereka berjaya memusnahkan tujuh kereta kebal rejim Zionis di Zaitoun, bandar
Gaza sambil menunjukkan askar-askar itu telah diserang hendap banyak kali akibat persediaan rapi oleh kumpulan pejuang Palestin.

Cerita dari LANGIT



Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih,Maha Penyayang.

"Alif Laam Miim"

-ada apa?

"Bangsa Rom telah dikalahkan"

-
dimana?

"di negeri yang terdekat,dan mereka setelah kekalahannya itu akan menang"

-bila?

"dalam beberapa tahun lagi.Bagi Allah-lah urusan sebelum dan setelah mereka menang.Dan pada hari kemenangan bangsa Romawi itu,bergembiralah orang-orang yang beriman"

-
kerana apa menang?

"kerana pertolongan Allah,Dia menolong siapa yang Dia kehendaki.Dia Maha Perkasa,Maha Penyayang"

-Subhanallah..

Cerita dari Langit ini saya bawa untuk sama-sama merenung balik dan ingat kembali bahawa Allah tak pernah mungkir pada janji-janjiNya...Dan apabila Dia berfirman:

"Memohonlah kepadaKu nescaya akan Aku kabulkan"

Dan itu bukanlah satu omongan kosong kerana janji Allah itu benar....

Benar

Benar

dan pasti Benar.

Sesungguhnya muka bumi Allah ini haram untuk Yahudi laknatullah sehingga mereka dengan wajah tak malunya merampas Bumi Palestin yang dirahmati.

Sama-sama kita bermunajat agar Allah memberi kemenangan terhadap rakyat Palestin..Dan ingatlah segalanya mudah bagi Allah.

Dan kemelut yang melanda Palestin adalah Teguran dari LANGIT...

Wallahualam.



Sunday, January 04, 2009

Mubarak : Tanpa persetujuan Israel, kami tidak akan membuka pintu sempadan Rafah


Ahad ,04/01/2009 - Presiden Mesir , Husni Mubarak berkata pada hari Khamis bahawa beliau tidak boleh sempadan lintasan Rafah untuk bantuan kemanusiaan tanpa satu persetujuan daripada Israel.


Katanya dalam satu temubual dengan televisyen Mesir pada petang Khamis dan setelah bertemu Perdana Menteri Turki di Sharm Al Sheikh: "Israel bertanggungjawab menjamin keselamatan mereka termasuk kawasan yang diduduki (baca : di jajah) iaitu dari utara ke timur ke selatan termasuk bersama Mesir dan barat iaitu kawasan perairan Gaza. Ini merupakan tanggungjawab Israel."


Beliau juga berkata bahawa lintasan sempadan Rafah akan dibuka untuk kes-kes bantuan kemanusiaan tetapi mereka perlu memaklumkan kepada orang Israel terlebih dahulu kerana dikhuatiri akan menyeludup senjata api dan di salurkan kepada pejuang Palestin untuk menentang rejim Zionis.


PANAS! Abas dan Dahlan Terlibat dalam Konspirasi Gaza


Ahad ,04/01/2009 -Media “as Safir” mengungkapkan bahawa pihak berkuasa Ramallah telah memindahkan seramai 400 kakitangan yang dipimpin tokoh gerakan Fatah, Muhammad Dahlan, ke Kaherah 36 jam selepas serangan Zionis Israel ke Gaza.


Ini merupakan sebahagian perancangan yang ingin melihat pemerintahan Hamas jatuh.

''as Safir'' menyatakan, “Tidak sampai 36 jam bermulanya serangan udara Israel ke Gaza, Mesir telah mengumpulkan para utusan dari Ramallah, Aman, Tel Aviv, Washington dan salah satu Negara teluk.”


Sementara itu Muhammad Dahlan, berangkat dari Tebing Barat ke Mesir menggunakan pesawat milik salah satu syarikat penerbangan Israel.

As-Safir turut menyatakan bahawa antara perkara yang dibincangkan oleh Dahlan ialah perancangan selepas kejatuhan Hamas di Gaza.

Ini membuktikan terdapat pakatan antara Fatah dan Zionis Israel.

Friday, January 02, 2009

Halaqah Keluarga


Halaqah keluarga?

Rasa rindu pula...


Waktu zaman sekolah-sekolah dulu,kalau abah ajak buat halaqah keluarga..Ya Allah,ada je alasan nak lengah-lengah tak nak ikut tapi kalau dah duduk dalam halaqah,semua ambil kesempatan nak cakap.Waktu nilah semua nak tunjuk bakat bagi tazkirah,sampai abah dengan mak kena peruntukkan masa untuk setiap seorang cakap.



Biasanya time-time macam nilah abah dan mak akan sampaikan amanat-amanat dan sentuhan tarbawi..tapi waktu tu semua yang abah dan mak bagi ibarat air terjun,laju-laju turun lepas tu dah tak nampak rupa air terjun.Sebab waktu tu halaqah ibarat perkara biasa dalam hidup,kat sekolah sahaja dah ada macam-macam halaqah,halaqah Quran lah,halaqah dengan cikgu-cikgulah,halaqah dengan mak cik-makcik pun ada juga tak termasuk lagi dengan halaqah khasnya..itu baru kat sekolah belum lagi campur dengan halaqah remaja kawasan setempat.


Sebenarnya sesuatu yang rutin ni kalau kita kurang menghayatinya ianya akan menjadi sesuatu yang nothing,mungkin kurang sentuhannya atau sebagainya..Begitu juga dengan halaqah,banyak halaqah dengan isi penyampaian yang sama akan menyebabkan seseorang tu tak menghargainya..


Berbalik kepada halaqah keluarga ana tadi,alhamdulillah balik cuti baru-baru ni kami sempat buat halaqah keluarga,maklumlah adik-beradik semua belajar di merata negeri.


Abah buka mukaddimah dengan sepotong ayat Quran yang amat ringkas tapi padat dengan makna disebaliknya..


"Dan Kami tunjukkan kepada kamu dua jalan"


Pesan abah,"Allah menunjukkan kita dua jalan iaitu,Islam dan kekufuran..Tanggungjawab abah dan mak ialah membimbing anak-anak kepada jalan yang Allah redha hatta sekarang ni pun kami masih membimbing anak-anak..walaupun kami tahu meningkatnya usia kamu maka tahap kefahaman juga akan bertambah bahkan mungkin ilmu kamu melebihi ilmu mak abah sebab kalian kami tarbiyah sejak dari kandungan lagi..Tapi kalian kena ingat untuk tetap dengan Jalan Islam kalian perlukan tarbiyah,dan tarbiyah itu bukan di tangan orang lain tapi di tangan kalian sendiri.."


Rasa terkilan sebab lepas ni agak sukar untuk kami buat halaqah keluarga memandangkan masing-masing belajar jauh-jauh..Tapi InsyAllah dengan amanat dan pesanan yang sentiasa mak dan abah titipkan akan kami ingat dan laksanakan..


Terima kasih kerana mengenalkan kami kepada Rabb kami.

Terima kasih kerana membimbing kami kepada Islam.

Terima kasih kerana sentiasa mendoakan kami.

Semoga mak dan abah sentiasa berada di bawah lembayung rahmat Allah SWT..

Along sayang kalian..