Friday, January 02, 2009

Halaqah Keluarga


Halaqah keluarga?

Rasa rindu pula...


Waktu zaman sekolah-sekolah dulu,kalau abah ajak buat halaqah keluarga..Ya Allah,ada je alasan nak lengah-lengah tak nak ikut tapi kalau dah duduk dalam halaqah,semua ambil kesempatan nak cakap.Waktu nilah semua nak tunjuk bakat bagi tazkirah,sampai abah dengan mak kena peruntukkan masa untuk setiap seorang cakap.



Biasanya time-time macam nilah abah dan mak akan sampaikan amanat-amanat dan sentuhan tarbawi..tapi waktu tu semua yang abah dan mak bagi ibarat air terjun,laju-laju turun lepas tu dah tak nampak rupa air terjun.Sebab waktu tu halaqah ibarat perkara biasa dalam hidup,kat sekolah sahaja dah ada macam-macam halaqah,halaqah Quran lah,halaqah dengan cikgu-cikgulah,halaqah dengan mak cik-makcik pun ada juga tak termasuk lagi dengan halaqah khasnya..itu baru kat sekolah belum lagi campur dengan halaqah remaja kawasan setempat.


Sebenarnya sesuatu yang rutin ni kalau kita kurang menghayatinya ianya akan menjadi sesuatu yang nothing,mungkin kurang sentuhannya atau sebagainya..Begitu juga dengan halaqah,banyak halaqah dengan isi penyampaian yang sama akan menyebabkan seseorang tu tak menghargainya..


Berbalik kepada halaqah keluarga ana tadi,alhamdulillah balik cuti baru-baru ni kami sempat buat halaqah keluarga,maklumlah adik-beradik semua belajar di merata negeri.


Abah buka mukaddimah dengan sepotong ayat Quran yang amat ringkas tapi padat dengan makna disebaliknya..


"Dan Kami tunjukkan kepada kamu dua jalan"


Pesan abah,"Allah menunjukkan kita dua jalan iaitu,Islam dan kekufuran..Tanggungjawab abah dan mak ialah membimbing anak-anak kepada jalan yang Allah redha hatta sekarang ni pun kami masih membimbing anak-anak..walaupun kami tahu meningkatnya usia kamu maka tahap kefahaman juga akan bertambah bahkan mungkin ilmu kamu melebihi ilmu mak abah sebab kalian kami tarbiyah sejak dari kandungan lagi..Tapi kalian kena ingat untuk tetap dengan Jalan Islam kalian perlukan tarbiyah,dan tarbiyah itu bukan di tangan orang lain tapi di tangan kalian sendiri.."


Rasa terkilan sebab lepas ni agak sukar untuk kami buat halaqah keluarga memandangkan masing-masing belajar jauh-jauh..Tapi InsyAllah dengan amanat dan pesanan yang sentiasa mak dan abah titipkan akan kami ingat dan laksanakan..


Terima kasih kerana mengenalkan kami kepada Rabb kami.

Terima kasih kerana membimbing kami kepada Islam.

Terima kasih kerana sentiasa mendoakan kami.

Semoga mak dan abah sentiasa berada di bawah lembayung rahmat Allah SWT..

Along sayang kalian..

No comments:

Post a Comment