'Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau.Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu) dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku.Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya.' (Al-Isra:4-6)
Palestin diserang lagi, namun berapa ramai antara kita yang telah mengambil tindakan proaktif dan berusaha untuk membantu saudara kita di sana? Walau sekecil mana jua usaha yang dilakukan biarlah Allah yang menentukan.
Mungkin pelbagai maklum balas dapat dilihat berkenaan sumbangan wang,boikot dan pelbagai lagi usaha yang telah dilakukan, positif mahupun negatif , usaha-usaha ini perlu diteruskan untuk membela saudara kita yang terkorban di bumi Palestin terutamanya berdoa untuk saudara tercinta.
Sejak beberapa hari ini, saya berada dalam keadaan menafikan perbuatan (denial state) kejam pembunuhan beramai-ramai pihak Zionis Yahudi ini.
Ini adalah kerana hati ini terlalu sedih dan sukar menerima hakikat bahawa ada sekumpulan manusia yang sanggup mencenderakan dan membinasakan sekumpulan manusia yang lain, yang mana golongan yang ditindas ini amat jelas berada dalam keadaan lemah dan melibatkan golongan kanak-kanak yang tidak berdosa.
Mana mungkin?
Namun saya perlu bangun dari tidur ini kerana saudaraku diinjak-injak dan diperkotak-katikkan nyawa mereka oleh Israel laknatullah.
Setelah hampir 12 hari pembunuhan beramai-beramai ini dilakukan dan lebih kurang 660 rakyat Palestin dibunuh, hari ini menyaksikan masih tiada langkah-langkah berkesan dan efektif untuk menghentikannya oleh mana-mana pihak.
Wahai sahabat, tidaklah adil sekiranya kita mengharapkan pihak Amerika Syarikat mahupun UK apatah lagi Israel untuk mengambil sebarang tindakan yang akan merugikan mereka. Seharusnya negara-negara Islam yang diam membatu bagaikan tiada apa yang berlaku yang perlu bangkit dan bersatu ke arah membebaskan Palestin dan menghentikan kekejaman ini. Amat memalukan kerana perkara ini tidak berlaku malah Mesir menidakkan keperluan untuk OIC bersidang untuk membincangkan isu ini!
Malulah anda pemimpin dunia Islam!
Malulah anda wahai sang pemegang amanah kerana masih berdiam diri!
dan malulah wahai diri kerana memilih pemimpin yang tidak berguna membela agama yang tercinta!
MALULAH WAHAI UMAT ISLAM!
kerana engkau hanya menonton dan tidak mengambil bahagian dalam perjuangan yang mulia ini!'
Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?' (Ali-Imran:142)
Ayuh para pejuang yang mengaku pejuang agama yang mulia, tegakkanlah ianya walau apa jua caranya, bantulah saudaramu yang menderita kerana tidak sempurna iman seseorang hamba itu melainkan ia menyayangi saudaranya yang lain sepertimana ia menyayangi dirinya sendiri.
Dan TIDAK ianya tidak akan terhenti apabila pembunuhan oleh Yahudi laknatullah ini berhenti yang mungkin berlaku esok, mungkin juga lusa TETAPI perjuangan ini berterusan sehingga Islam tertegak kembali sebagai pemerintah dunia dan ianya hanya akan berlaku ketika Palestin kembali dikuasai sang pemiliknya!
No comments:
Post a Comment