Saturday, April 11, 2009

Hijrah Menara Gading


Baru-baru ni saya terlibat dengan satu program,Program Hijrah Menara Gading (Hi-MeGa) yang dianjurkan oleh HALUAN Siswa Malaysia.Program tue khusus untuk pelajar-pelajar lepasan SPM yang akan mengorak langkah ke Menara Gading.

Lebih kurang 200 orang peserta dari seluruh negeri menghadiri program tersebut.Ianya berlangsung selama 3 hari 2 malam bermula 27hb Mac hingga 29hb Mac.

Program ni bertujuan untuk memberi pengenalan berkenaan dengan jurusan yang disediakan di IPTA/IPTS,membantu para pelajar dalam memilih kos yang bersesuaian,briefing berkenaan dengan bidang kerja dan mempersiapkan para pelajar ke arah menjadi mahasiswa muslim.

Tuesday, April 07, 2009

HERO


Apabila kita menonton sebuah drama atau filem dan membaca novel mahupun cerpen,tentu dalam fikiran kita mempersoalkan,"Siapa hero dalam citer nie?"

Menjadi adat sama ada pengarang mahupun penulis untuk memastikan hero terbabit adalah seorang yang tampan, segak,bergaya,tinggi dan seangkatan waktu dengannya.At the end of the story,setiap hero cerita mesti berjaya mencapai impian and matlamat cerita yang dikehendaki.Itulah term hero yang difahami masyarakat kini.

Sebenarnya kedangkalan dalam memahami pengertian hero terbabit akan berlarutan dan ia disebabkan kekurangan bahan yang melaporkan serta menjelaskan definisi sebenar tentang istilah berkenaan.


As a musleem,hero yang menjadi contoh unggul ialah Rasulullah SAW.Ini bersesuaian dengan sifat baginda yang pemaaf,penyabar dan tabah dalam berhadapan dengan pelbagai rintangan
untuk menegakkan kalimah Laa Ilaahaillallah..

Hero bukan hanya pahlawan yang gagah di medan peperangan.Hero adalah mereka yang berjaya dalam bidang yang diceburi.Contohnya,seorang doktor yang berjaya menyelamatkan pesakitnya adalah hero.Seorang peguam yang memenangi kesnya juga adalah hero.
Guru yang berjaya melahirkan pelajar yang cemerlang adalah hero.Pemimpin yang tulus,amanah dan adil juga hero.

Hakikatnya,kita semua adalah hero.
Justeru,arilah kita sama-sama menjadi hero umat..


HERO yang bagaimana?

HERO yang menjaga hubungan dengan RABBnya..


Monday, April 06, 2009

Hidup dalam Dunia Bersyukur


HIDUP DALAM DUNIA BERSYUKUR


Bersyukur kepada orang yang menyakiti kamu,

kerana dialah orang yang menabahkan hati kamu.



Bersyukur kepada orang yang tidak mengendahkan kamu,

kerana dialah orang yang memupuk berdikari kamu.



Bersyukur kepada orang yang menjatuhkan kamu,

kerana dialah orang yang memperhebatkan abiliti kamu.


Bersyukur kepada orang yang menyiksa kamu,

kerana dialah orang yang menguji kesabaran kamu.



Friday, April 03, 2009

12 Petua Pemuda Islam


Mengapa anda,seorang pemuda Islam,perlu membantu rakan-rakan untuk mengenali dan mendekati Allah?
Jangan panik.Berikut adalah petua dan nasihat daripada para pemuda Muslim yang pernah berdakwah dan berjaya melakukannya:

1. Ikhlaskan niat

Setiap perkara yang kita lakukan mesti kerana Allah,itu termasuklah tugas mengajak kepada Allah [berdakwah].

2. Amalkan apa yang anda sampaikan

Tidak mengamalkan apa yang anda sampaikan adalah satu dosa.Orang akan hilang kepercayaan terhadap anda.Allah dah berpesan didalam Al-Quran,”Mengapa kamu katakan apa yang tidak kamu lakukan?”

3.Guna Al-Quran dan sirah sebagai rujukan dakwah

Baca dan faham ayat-ayat Al-Quran yang mengisahkan tentang cara dakwah para Nabi.Baca sirah untuk melihat bagaimana Nabi Muhammad berdakwah.

4.Bercakaplah dengan manusia seolah-olah anda tidak mengenali mereka.

Jangan sangka anda kenal seseorang dengan hanya melihatnya.Anda tidak tahu jika anda boleh berbincang tentang Islam dengan remaja perempuan yang berjalan di koridor sekolah seperti ia pentas catwalk.Anda tidak boleh melabel lelaki Muslim yang anda tidak pernah nampak di masjid sewaktu solat Jumaat sebagai seorang muslim yang teruk kerana mungkin dia tidak pernah diajar tentang Islam dan tidak tahu kepentingan solat Jumaat bagi lelaki.

5.Senyum

Tahukah anda Nabi Muhammad S.A.W sentiasa menguntunkan senyuman?Sayang sekali bahawa Muslim hari ini lokek dengan senyuman malah ramai yang sentiasa berwajah serius.Senyuman merupakan kunci utama.Walaubagaimanapun,berhati-hati kerana membiarkan diri mudah didekati tidak bermaksud kita harus bermesra dengan jantina yang berlainan jenis.



6.Ambil langkah pertama dan bergaul dengan mereka.

Ambil langkah pertama untuk mengajak seseorang yang anda baru kenal untuk makan bersama.menonton perlawanan hoki bersama-sama atau berbuka puasa bersama.Di samping itu berkongsi dengannya perasaan gembira,sedih dan susah.

7.Tunjukkan Islam masih relevan pada zaman ini.

Mungkin ada golongan muda yang merasakan Islam sudah lapuk
dan ketinggalan zaman.Buktikan sangkaan mereka salah.Tunjukkan agama Islam mengutamakan dengan Allah dan ini boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja,pada bila-bila masa dan di mana sahaja.Allah lebih dekat dengan anda berbanding dengan urat nadi anda sendiri.

8.Ajak rakan-rakan menyertai aktiviti sukarela bersama anda.

Jika anda terlibat dengan aktiviti komuniti,ajak rakan-rakan anda untuk turut serta.Penglibatan sebegini akan membuat mereka rasa bahawa mereka sebahagian dari komuniti Islam dan akan merapatkan silaturrahim kerana anda bekerja bersama.

9.Tanya mereka 4 soalan asas.

Semakin anda rapat dengan rakan-rakan,anda akan sedar bahawa perkara yang dibincangkan semakin serius dan lebih mendalam.Ajukan 4 soalan yang boleh memandu perbincangan anda kepada perbincangan tentang Allah dan Islam:

• Ke mana arah tuju hidup saya dan perkara yang akan memberi kebahagiaan pada diri
saya?
• Apakah yang saya percaya?
• Kepada siapa harus saya bersyukur dan berterima kasih?
• Adakah saya dapat sampai ke tahap sekarang tanpa bantuan daripada sesiapa pun?

10.Beri penekanan kepada solat 5 waktu sehari sebelum penekanan kepada aspek lain.

Medium perhubungan utama seorang hamba dengan Allah pada setiap hari adalah melalui solat 5 waktu sehari.Tekankan hubungan terus dengan Allah dalam solat tanpa sebarang perantaraan.

11.Bantu mereka percaya pada orang dewasa.

Orang dewasa seperti bapa Bart Simpson. Homer dalam kartun bersiri “The Simpsons”selalu menjadi bahan gelak ketawa remaja hari ini kerana dianggap bodoh.Tugas anda adalah untuk membuang persepsi buruk remaja terhadap orang dewasa dan menanamkan perasan hormat pada mereka.

12.Teruskan menyokong mereka.

Ingat,hanya kerana seseorang sudah mula rajin dan istiqamah dalam melaksanakan ajaran Islam,hal ini tak semestinya sentiasa lancar.Mungkin akan tiba masanya dia akan menghadapi kesusahan dan kepayahan.Akan ada masanya rakan anda ragu-ragu terhadap apa yang diamalkannya.Pastikan anda di sisinya untuk terus memberi galakan dan sokongon.

Bahtera Hubullah


Tahu tak apa itu bahtera HUBULLAH?
HUBULLAH bermaksud kasih dan cinta kepada Allah S.W.T.

Kata Fathi Yakan,bahtera ini dapat meyelamatkan manusia daripada mabuk kepada dunia.Mereka yang mabuk kepada dunia itu cintanya lebih kepada dunia daripada kecintaannya terhadap Allah S.W.T dan Rasul.

Jadi bahtera HUBULLAH ini boleh menyelamatkan manusia daripada tenggelam dalam gelombang hidup duniawi.Ianya juga boleh menyelamatkan manusia daripada menjadi hamba kepada selain dari Allah S.W.T.Menyelamatkan manusia daripada memuja kepada benda-benda yang selain dari Allah S.W.T.

Jadi bahtera HUBULLAH inilah yang menjadikan para pendakwah itu merasai kasih dan cinta kepada Allah dan Rasul melebihi segala-segalanya.
Inilah yang dijelaskan oleh Rasulullah S.A.W didalam hadisnya yang bermaksud:

Barangsiapa yang ada padanya 3 perkara ini maka dia akan mendapatkan kemanisan iman,,iaitu :

• Kasih dan cinta kepada Allah dan RasulNya lebih daripada yang lain
• Kasih kepada yang lain kerana Allah S.W.T
• Takut untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana takutnya dicampakkan ke dalam api
neraka

Jadi inilah hakikat hubullah yang hendak sama-sama kita rasai yakni merasai takut,kasih dan cinta kepada Allah S.W.T dan Rasulnya lebih daripada yang lain.Kita nak rasai seperti ini agar benda-benda yang lain itu dapat kita ketepikan dengan mudah.

Kita kena pastikan hanya benda-benda yang ada hubungan dengan Allah dan Rasul sahaja yang lebih kita utamakan walaupun ada sesuatu yang bersifat peribadi,misalnya permintaan daripada ibu bapa dan sahabat handai tetapi kita lebih mengutamakan Allah sekiranya permintaan itu hanya untuk kepentingan peribadi ataupun keluarga.

Kita perlu mengutamakan atau melebihkan apa yang diminta ole Allah S.W.T dan RasulNya sahaja agar dengan itu barulah kita akan dapat merasai kemanisan iman dan melaksanakan hakikat hub.ullah dalam erti kata yang sebenar.