Friday, April 03, 2009

Bahtera Hubullah


Tahu tak apa itu bahtera HUBULLAH?
HUBULLAH bermaksud kasih dan cinta kepada Allah S.W.T.

Kata Fathi Yakan,bahtera ini dapat meyelamatkan manusia daripada mabuk kepada dunia.Mereka yang mabuk kepada dunia itu cintanya lebih kepada dunia daripada kecintaannya terhadap Allah S.W.T dan Rasul.

Jadi bahtera HUBULLAH ini boleh menyelamatkan manusia daripada tenggelam dalam gelombang hidup duniawi.Ianya juga boleh menyelamatkan manusia daripada menjadi hamba kepada selain dari Allah S.W.T.Menyelamatkan manusia daripada memuja kepada benda-benda yang selain dari Allah S.W.T.

Jadi bahtera HUBULLAH inilah yang menjadikan para pendakwah itu merasai kasih dan cinta kepada Allah dan Rasul melebihi segala-segalanya.
Inilah yang dijelaskan oleh Rasulullah S.A.W didalam hadisnya yang bermaksud:

Barangsiapa yang ada padanya 3 perkara ini maka dia akan mendapatkan kemanisan iman,,iaitu :

• Kasih dan cinta kepada Allah dan RasulNya lebih daripada yang lain
• Kasih kepada yang lain kerana Allah S.W.T
• Takut untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana takutnya dicampakkan ke dalam api
neraka

Jadi inilah hakikat hubullah yang hendak sama-sama kita rasai yakni merasai takut,kasih dan cinta kepada Allah S.W.T dan Rasulnya lebih daripada yang lain.Kita nak rasai seperti ini agar benda-benda yang lain itu dapat kita ketepikan dengan mudah.

Kita kena pastikan hanya benda-benda yang ada hubungan dengan Allah dan Rasul sahaja yang lebih kita utamakan walaupun ada sesuatu yang bersifat peribadi,misalnya permintaan daripada ibu bapa dan sahabat handai tetapi kita lebih mengutamakan Allah sekiranya permintaan itu hanya untuk kepentingan peribadi ataupun keluarga.

Kita perlu mengutamakan atau melebihkan apa yang diminta ole Allah S.W.T dan RasulNya sahaja agar dengan itu barulah kita akan dapat merasai kemanisan iman dan melaksanakan hakikat hub.ullah dalam erti kata yang sebenar.

No comments:

Post a Comment