Friday, April 03, 2009

12 Petua Pemuda Islam


Mengapa anda,seorang pemuda Islam,perlu membantu rakan-rakan untuk mengenali dan mendekati Allah?
Jangan panik.Berikut adalah petua dan nasihat daripada para pemuda Muslim yang pernah berdakwah dan berjaya melakukannya:

1. Ikhlaskan niat

Setiap perkara yang kita lakukan mesti kerana Allah,itu termasuklah tugas mengajak kepada Allah [berdakwah].

2. Amalkan apa yang anda sampaikan

Tidak mengamalkan apa yang anda sampaikan adalah satu dosa.Orang akan hilang kepercayaan terhadap anda.Allah dah berpesan didalam Al-Quran,”Mengapa kamu katakan apa yang tidak kamu lakukan?”

3.Guna Al-Quran dan sirah sebagai rujukan dakwah

Baca dan faham ayat-ayat Al-Quran yang mengisahkan tentang cara dakwah para Nabi.Baca sirah untuk melihat bagaimana Nabi Muhammad berdakwah.

4.Bercakaplah dengan manusia seolah-olah anda tidak mengenali mereka.

Jangan sangka anda kenal seseorang dengan hanya melihatnya.Anda tidak tahu jika anda boleh berbincang tentang Islam dengan remaja perempuan yang berjalan di koridor sekolah seperti ia pentas catwalk.Anda tidak boleh melabel lelaki Muslim yang anda tidak pernah nampak di masjid sewaktu solat Jumaat sebagai seorang muslim yang teruk kerana mungkin dia tidak pernah diajar tentang Islam dan tidak tahu kepentingan solat Jumaat bagi lelaki.

5.Senyum

Tahukah anda Nabi Muhammad S.A.W sentiasa menguntunkan senyuman?Sayang sekali bahawa Muslim hari ini lokek dengan senyuman malah ramai yang sentiasa berwajah serius.Senyuman merupakan kunci utama.Walaubagaimanapun,berhati-hati kerana membiarkan diri mudah didekati tidak bermaksud kita harus bermesra dengan jantina yang berlainan jenis.



6.Ambil langkah pertama dan bergaul dengan mereka.

Ambil langkah pertama untuk mengajak seseorang yang anda baru kenal untuk makan bersama.menonton perlawanan hoki bersama-sama atau berbuka puasa bersama.Di samping itu berkongsi dengannya perasaan gembira,sedih dan susah.

7.Tunjukkan Islam masih relevan pada zaman ini.

Mungkin ada golongan muda yang merasakan Islam sudah lapuk
dan ketinggalan zaman.Buktikan sangkaan mereka salah.Tunjukkan agama Islam mengutamakan dengan Allah dan ini boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja,pada bila-bila masa dan di mana sahaja.Allah lebih dekat dengan anda berbanding dengan urat nadi anda sendiri.

8.Ajak rakan-rakan menyertai aktiviti sukarela bersama anda.

Jika anda terlibat dengan aktiviti komuniti,ajak rakan-rakan anda untuk turut serta.Penglibatan sebegini akan membuat mereka rasa bahawa mereka sebahagian dari komuniti Islam dan akan merapatkan silaturrahim kerana anda bekerja bersama.

9.Tanya mereka 4 soalan asas.

Semakin anda rapat dengan rakan-rakan,anda akan sedar bahawa perkara yang dibincangkan semakin serius dan lebih mendalam.Ajukan 4 soalan yang boleh memandu perbincangan anda kepada perbincangan tentang Allah dan Islam:

• Ke mana arah tuju hidup saya dan perkara yang akan memberi kebahagiaan pada diri
saya?
• Apakah yang saya percaya?
• Kepada siapa harus saya bersyukur dan berterima kasih?
• Adakah saya dapat sampai ke tahap sekarang tanpa bantuan daripada sesiapa pun?

10.Beri penekanan kepada solat 5 waktu sehari sebelum penekanan kepada aspek lain.

Medium perhubungan utama seorang hamba dengan Allah pada setiap hari adalah melalui solat 5 waktu sehari.Tekankan hubungan terus dengan Allah dalam solat tanpa sebarang perantaraan.

11.Bantu mereka percaya pada orang dewasa.

Orang dewasa seperti bapa Bart Simpson. Homer dalam kartun bersiri “The Simpsons”selalu menjadi bahan gelak ketawa remaja hari ini kerana dianggap bodoh.Tugas anda adalah untuk membuang persepsi buruk remaja terhadap orang dewasa dan menanamkan perasan hormat pada mereka.

12.Teruskan menyokong mereka.

Ingat,hanya kerana seseorang sudah mula rajin dan istiqamah dalam melaksanakan ajaran Islam,hal ini tak semestinya sentiasa lancar.Mungkin akan tiba masanya dia akan menghadapi kesusahan dan kepayahan.Akan ada masanya rakan anda ragu-ragu terhadap apa yang diamalkannya.Pastikan anda di sisinya untuk terus memberi galakan dan sokongon.

No comments:

Post a Comment