Sunday, November 18, 2012

Sister..Be Careful


Musyrif system in UIA. :) What else that you do not feel grateful?
Assalamualaikum..

This is serious matter. If any sisters want to go back (walking) to their Mahallah from study, discussion, meeting, exam, prog etc and if they walk alone or two (in case)...

Please inform me, i'll send escort (from brothers) to u to make sure u arrived at ur Mahallah safely without any disturbances.

Contact me
 013-3131809.

All brothers in IIUM be with 'Save Our Sister' SOS, SRC 12/13



Sekarang kempen save our sisters, almaklum banyak jiddan kes pecah masuk bilik, dan cubaan-cubaan yang tidak baik terhadap sisters sejak kebelakangan ni. Maka, atas keprihatinan dan rasa tanggungjawab terlancarlah kempen ini.  Satu usaha yang harus diberi pujian. Jazakumullah atas keprihatinan dan perhatian kalian.

Sisters...makhluk yang sangat sukakan protection. Seego mana pun mereka, sekuat mana pun mereka, seberani mana pun mereka, but when it turns to protection, mereka rasa sangat senang, rasa blessed and honoured. Satu ketika, saya dan kumpulan membuat presentation dalam kelas untuk satu topik, di akhir pembentangan ada seorang classmate memberi kritikan. Jujurnya, saya rasa gembira dengan kritikan tersebut, itu menunjukkan dia mendengar dengan teliti sehingga dia perasan akan kekurangan, tapi saya dan kawan-kawan lebih rasa grateful lagi terhadap lecturer dan rakan-rakan yang tolong mem"back up" kami, rasa macam lecturer dan rakan-rakan yang support itu hero and shield of protection kami. Begitulah psiko-emosi sisters, cenderung kepada protection dan sesuatu yang bersifat supportive.

Saya di sini, bukan nak berkempen tentang hak asasi wanita atau please protect sisters and support us more...but i just want to remind myself and you as well sisters...

Keselamatan..Bermula dari kamu

Pergantungan yang sebenar adalah kepada Rabb kamu, clearkan betul-betul i'tikad ini. Pemberi keselamatan adalah DIA, not your friends yang selalu accompany kamu, not musyrif yang akan kamu dial nanti atau sesiapa sahaja. Tapi, keselamatan, perlindungan dan bantuan datangnya dari DIA, Al-Hafiz dan Al-Muhaimin, yang menyebabkan kamu rasa secure dan dilindungi.

That's why keselamatan itu bermula dari kamu sisters, dari i'tiqad kamu, penjagaan aurat kamu, dan juga pembawaan diri kamu. 
Pasakkan pergantungan kamu pada DIA, dan melangkahlah dengan tenang. Kesulitan, kesusahan dan halangan dalam perjalanan dapat diatasi dengan garapan keyakinan kepadaNYA.


~Melangkahlah dengan yakin, seyakin pergantungan kamu kepadaNYA~

Sunday, June 10, 2012

Tirai Tahun 2 berlabuh


Alhamdulillah, selesai sudah peperiksaan akhir untuk semester ini. Rasa sayu pula mengenang, betapa cepatnya masa berlalu, seolah-olah macam baru duduk di dalam kelas sebentar, kemudian disuruh bersurai. Ya begitulah waktu, tidak pernah mahu menunggu, dan memang resamnya begitu dan akan terus begitu.

Saya jatuh cinta dengan maddah-maddah (subjek) yang dipelajari, maddah yang memberi makna kehidupan,  maddah yang mengkerdilkan diri, maddah yang mengajarkan erti pengharapan yang sebenar, ya, ianya sangat membekas dan memberi kesan. Disamping, para mursyid-mursyidah, pensyarah-pensyarah, sahabat-sahabat yang membantu dalam proses untuk memahami, menghayati, dan meng"halusi" perjalanan menuju hikmah ini.

Ilmu, subjek, maddah adalah raw material, bahan mentah, maka melalui guru-guru ini, bahan mentah ini diproses, diadun dengan kefahaman, penghayatan, dan hakikat. Agar natijahnya nanti, mem"produce"kan insan-insan yang beramal. Semoga ianya menjadi dalil kebaikkan mereka di Akhirat kelak.

Hakikatnya, semua ruang, semua peluang, hatta pemahaman yang sedikit sekalipun, datangnya dari Tuhan, Rabb Yang Maha Rahman, yang rahmatNya sangat luas. Dan Dialah Al-Latif, sangat lemah lembut terhadap hambaNya. Maka, haruslah segala kesyukuran itu dirafa' keatasNya, segala harapan itu disandar kepadanya, kerana Dia Pemilik segalanya.

~Mari menjadi hamba yang lebih bersyukur~


Wednesday, January 11, 2012

Perihal NAMA


" Namamu syiapa?"
" Abdulloh.."

" My nama Aisha.."

" Nama saya upin, ini adik saya ipin.."

" Saya Athirah Hanisah binti Abu Kassim"

Nama..Adakah bisa membentuk identiti dan keperibadian seseorang?

Teringat zaman kecil-kecil dahulu, saya dan adik-adik yang lain suka buat bulatan gembira keliling mak. Mak saya sangat suka bercerita, dan kami sangat suka bertanya..antara soalan favourite yang sentiasa diulang oleh kami adik-beradik, " Kenapa mak abah bagi nama along, angah, dan adik-adik begini-begini....?", dan mak tak pernah jemu menjawab soalan kami yang tak berbentuk ilmiah ini.

Antara jawapan mak saya perihal nama, " mak bagi nama along Athirah sebab ia bermaksud yang utama yang mulia, alongkan anak sulung..dan mak sambungkan Hanisah sebab hamba Allah yang mulia dan utama adalah orang-orang yang bertaqwa, Hanisah kan maksudnya yang bertaqwa..", dan saya sangat ter"inspire" dengan jawapan itu. Dan ia me"motivated" saya, bila mendengar ada tokoh ilmuan Islam bernama Ibnu Athir(x sure sama ada ini laqab atau apa) ketika belajar subjek Ulum Hadis (setiap kali ustaz sebut nama Ibn Athir,saya akan tersenyum sorang-sorang). Terbayang di minda, 0h aku bukan sahaja kena jadi hamba Allah yang bertaqwa, tapi aku kena juga jadi orang yang berilmu.

Ya..nama memberi aspirasi. Adakah sekadar aspirasi sahaja?..Tidak, sama-sama merintis untuk merealisasi agar tidak menjadi orang yang berhalusinasi.

Perihal Nama

Sebagaimana sirah Rasulullah S.A.W, ketika Baginda dinamakan Muhammad oleh bondanya, ketika itu dalam masyarakat Arab Jahiliyyah, belum ada lagi yang memakai nama Muhammad yang membawa maksud yang terpuji (saya masih samar tentang sirah ini,sebab saya cuma mendengar kisah ini dari ustaz2, tak pernah lagi baca secara betul). Dan Baginda memiliki peribadi yang terpuji dan menjadi semulia-mulia manusia.

Ya, nama bisa membentuk sifat, membentuk peribadi dan membentuk identiti seseorang, dengan syarat individu itu adalah individu yang sedar. Sedar dalam erti kata sebenar.

So, main pointnya apa? Nama atau individu yang sedar?
Sudah pasti individu yang sedar, nama cuma wasilah untuk me"motivated" (ermm..saya sendiri sudah mula pening dengan ayat sendiri).

Siapakah individu yang sedar?
Mereka ialah, individu yang tahu jalan pulang. Mencari ilmu untuk dibawa pulang, membentuk diri menjadi orang yang bermanfaat untuk dibawa pulang. Mencapai kejayaan untuk dibawa peluang. Mencari peluang dan ruang untuk mengutip bekalan untuk dibawa pulang.

Pulang kita, adalah kembalinya kita kepada Al-Khaliq, Pencipta kita, Rabb Yang Maha Baik.
Inilah dia individu yang sedar.

Penutup

Saya menge"post" perihal nama, kerana melihat ramai kawan-kawan yang sudah menimang cahayamata dan bakal menimang. Justeru, pilihlah nama yang baik-baik untuk little caliph kalian, dan bentuk objektif atas pilihan tersebut. Semoga kalian dikurniakan anak yang soleh dan solehah. =)

Friday, January 06, 2012

Al-Kisah SYUKUR


Ada sebuah kisah..
Dengarkan ye =)

Ada seorang 'Abid, dia sangat dhaif dan lemah, dan tiada tempat bergantung harap. Saban waktu, dia berdoa, " Ya Allah, permudahkanlah kehidupanku, angkatlah apa yang menghalang dan memberatkanku..Maafkan aku Ya Allah, kerana kurangggnya bersyukur..Jadikanlah aku hambamu yang lebbbiih bersyukur ". Itulah doa yang sentiasa tidak lekang dari bibirnya.

Hari demi hari, urusan kehidupannya menjadi ringan, orang lain melihat sesuatu itu susah, dia merasa perkara itu mudah. Kalimah Alhamdulillah tak putus-putus keluar dari bibirnya. Kalau dulu dia seorang yang dhaif, sekarang dia sudah sederhana. Kalau dulu dia seorang yang jahil, sekarang dia sudah bijaksana. Dan doa, " Maafkan aku Ya Allah kerana kuraaangnya bersyukur..Ya Allah, jadikan aku, hambaMu yang leebbbih bersyukur ", masih lagi meniti dibibirnya. Si 'Abid ini pun membuat konklusi, " kalau aku berdoa supaya lebih bersyukur, Allah akan menambahkan nikmat-nikmatNya kepadaku ".

Sampailah satu waktu, Allah izin dia mengalami kesulitan, maka si 'Abid ini merasa sedih, dia rasa Allah murka kat dia, maka si 'Abid mengadu dalam doanya, " Ya Allah, Engkau marah ke dengan aku..ampunkan aku Ya Allah..". Tapi si 'Abid tetap sedih, kenapa Allah tak makbulkan doa dia...Dia merenung dan berfikir.

Akhirnya, si 'Abid ini sedar, selama ini dia berdoa agar menjadi hamba yang LEBIH bersyukur, dan syukur itu bukan terletak atas nikmat sahaja, malah keseluruhan, syukur atas ujian, syukur atas kesusahan, syukur atas ketenangan, syukur atas kebahagiaan, kejayaan, syukur dan syukur dan syukur...Maka, sedarlah si 'Abid, Allah bagi kesulitan sebab Allah nak jadikan dia hamba yang lebih bersyukur. Bagaimana??

Bila rasa down sangat-sangat atas sesuatu kesulitan, macam tak ada harapan, kemudian Allah bagi natijah yang tidak dijangka, bagaimana perasaan kita ketika itu??..Ya, seperti itulah si 'Abid ni.

Konklusi dari kisah ini, lihatlah sesuatu itu dengan kaca mata keimanan, kerana padanya terselit semua kebaikkan. Sama-sama optimis dan sentiasa bersyukur, dan menjadi hamba Allah yang lebih bersyukur.