Wednesday, January 11, 2012

Perihal NAMA


" Namamu syiapa?"
" Abdulloh.."

" My nama Aisha.."

" Nama saya upin, ini adik saya ipin.."

" Saya Athirah Hanisah binti Abu Kassim"

Nama..Adakah bisa membentuk identiti dan keperibadian seseorang?

Teringat zaman kecil-kecil dahulu, saya dan adik-adik yang lain suka buat bulatan gembira keliling mak. Mak saya sangat suka bercerita, dan kami sangat suka bertanya..antara soalan favourite yang sentiasa diulang oleh kami adik-beradik, " Kenapa mak abah bagi nama along, angah, dan adik-adik begini-begini....?", dan mak tak pernah jemu menjawab soalan kami yang tak berbentuk ilmiah ini.

Antara jawapan mak saya perihal nama, " mak bagi nama along Athirah sebab ia bermaksud yang utama yang mulia, alongkan anak sulung..dan mak sambungkan Hanisah sebab hamba Allah yang mulia dan utama adalah orang-orang yang bertaqwa, Hanisah kan maksudnya yang bertaqwa..", dan saya sangat ter"inspire" dengan jawapan itu. Dan ia me"motivated" saya, bila mendengar ada tokoh ilmuan Islam bernama Ibnu Athir(x sure sama ada ini laqab atau apa) ketika belajar subjek Ulum Hadis (setiap kali ustaz sebut nama Ibn Athir,saya akan tersenyum sorang-sorang). Terbayang di minda, 0h aku bukan sahaja kena jadi hamba Allah yang bertaqwa, tapi aku kena juga jadi orang yang berilmu.

Ya..nama memberi aspirasi. Adakah sekadar aspirasi sahaja?..Tidak, sama-sama merintis untuk merealisasi agar tidak menjadi orang yang berhalusinasi.

Perihal Nama

Sebagaimana sirah Rasulullah S.A.W, ketika Baginda dinamakan Muhammad oleh bondanya, ketika itu dalam masyarakat Arab Jahiliyyah, belum ada lagi yang memakai nama Muhammad yang membawa maksud yang terpuji (saya masih samar tentang sirah ini,sebab saya cuma mendengar kisah ini dari ustaz2, tak pernah lagi baca secara betul). Dan Baginda memiliki peribadi yang terpuji dan menjadi semulia-mulia manusia.

Ya, nama bisa membentuk sifat, membentuk peribadi dan membentuk identiti seseorang, dengan syarat individu itu adalah individu yang sedar. Sedar dalam erti kata sebenar.

So, main pointnya apa? Nama atau individu yang sedar?
Sudah pasti individu yang sedar, nama cuma wasilah untuk me"motivated" (ermm..saya sendiri sudah mula pening dengan ayat sendiri).

Siapakah individu yang sedar?
Mereka ialah, individu yang tahu jalan pulang. Mencari ilmu untuk dibawa pulang, membentuk diri menjadi orang yang bermanfaat untuk dibawa pulang. Mencapai kejayaan untuk dibawa peluang. Mencari peluang dan ruang untuk mengutip bekalan untuk dibawa pulang.

Pulang kita, adalah kembalinya kita kepada Al-Khaliq, Pencipta kita, Rabb Yang Maha Baik.
Inilah dia individu yang sedar.

Penutup

Saya menge"post" perihal nama, kerana melihat ramai kawan-kawan yang sudah menimang cahayamata dan bakal menimang. Justeru, pilihlah nama yang baik-baik untuk little caliph kalian, dan bentuk objektif atas pilihan tersebut. Semoga kalian dikurniakan anak yang soleh dan solehah. =)

1 comment:

  1. Kawan-kawan ramai sudah menimang cahaya mata, anda bila lagi? :D (Gurau)

    Salam kunjungan maya dri lautan rabbani. Moga Allah kasih.:)

    ReplyDelete