Tuesday, December 30, 2008

Jom Hayati Semangat Hijrah Nabi


Awal muharam adalah perayaan bagi umat Islam apabila masuknya tahun baru kalendar Hijrah. Di sebalik sambutan tersebut, ianya mengandungi satu peristiwa yang besar dalam sejarah Islam dan seterusnya merubah seluruh sistem peradaban dunia sehingga hari ini. Hijrah bermula ketika zaman Nabi Muhammad saw, apabila beliau diancam bunuh oleh kafir Quraish. Apabila mendapat arahan daripada Allah supaya beliau berhijrah ke Masinah bersama Abu Bakar,beliau menggantikan pemuda berani, Ali untuk menggantikan tempat tidur beliau. Pembunuh kafir Quraish telah terpedaya dengan taktik Nabi.

Dalam perjalanan, baginda ditemani oleh sahabat karib baginda, Abu Bakar. Sepanjang perjalanan, Abu Bakar yang menjadi pendengar setia, perawat duka nestapa, pembela dan pelindung Nabi.Sehinggalah ketika orang kafir berjaya menjejaki baginda dan Ab Bakar dalam satu gua, akhirnya mereka berjaya dilindungi Allah dengan mengaburi mata kafir Quraish. Akhirnya setelah menemui pelbagai ranau berduri sepanjang perjalanan hijrah ke Madinah, akhirnya baginda dan Abu Bakar disambut dengan suasana meriah dan syukur,kerana Nabi yang mulia ini selamat sampai ke tanah Yathrib yang akhirnya ditukar ke Madinah.

Ketibaan Nabi disambut dengan linangan air mata kesyukuran dan ketakjuban oleh penduduk Madinah, sehingga ramai orang berebut- rebut untuk menjadikan baginda tetamu kehormat bagi rumah mereka. Akhirnya, sahabat Ayub Al- Ansari berjaya mencuri perhatian dengan menjadi tuan rumah kepada Nabi yang mulia ini. Ayub merupakan sahabat yang berusaha menakluk Istanbul, akan tetapi tidak berjaya dan makamnya berada di Kota Istanbul hari ini.

Episod perjalanan Nabi dari Mekah ke Madinah ini merupakan catatan bersejarah peradaban dunia hari ini. Perjalanan beliau bukanlah perjalanan biasa, malah bukan juga perjalanan yang melarikan diri dari ancaman kafir di Mekah semata. Akan tetapi misi hijrah beliau ialah misi Ilahi yang membawa risalah kebenaran yang akhirnya menjadikan agama Islam terus berkembang,dan Islam menjadi peradaban manusia yang berjaya.

Dalam konteks kehidupan kita, hijrah bukan semata hijrah tempat atau lokasi, akan tetapi juga membawa maksud hijrah sikap. Hijrah sikap merupakan keutamaan kita hari ini yang perlu difahami dengan mendalam. Ini kerana, pelbagai masalah, isu, ancaman, ujian melibatkan sikap kita. Mengapa ramai manusia hari ini cenderung untuk melakukan kejahatan? Mengapa juga semakin banyak manusia yang dilahirkan bijak pandai tetapi menipu? Mengapa peperangan sering berlaku? Kefasadan sering berlaku? Ini semua kerana sikap manusia yang rakus dan jahil itu.

Perubahan sikap merupakan satu keperluan mendesak bagi kita hari ini. Dalam satu hadis Nabi pun diungkapkan bahawa beliau diutuskan untuk menyempurnakan akhlak. Tuntutan ini menjadi syarat utama jika mahu menjadikan kejayaan sesebuah peradaban dan kaum, dan paling kurang pun menjadikan kita seorang individu yang berjaya, iaitu terkandung dalam surah Ar’- Ra’d: 11 yang berbunyi,” Allah tidak akan mengubah setiap kaum itu jika mereka berubah diri mereka sendiri”.

Sebagai bangsa yang mula mencari arah, bangsa yang sering dicemuh kerana pelupa, lesu, malas, tidak pandai berbisnes, lembap dan sebagainya, seharusnya awal Muharam ini menjadi titik tolak untuk merubah sikap. Kejayaan sesebuah bangsa mahupun tamadun itu bukanlah berpunca daripada kepandaian mereka, akan tetapi sikap mereka yang sentiasa ingin berusaha dan mengejar kejayaan.

Maka hari ini, kita perlu mengorak menghayati semangat hijrah Nabi, memulakan sikap yang baru dan seterusnya berazam untuk menjadi manusia terpilh dan berjaya.

Salam Awal Muharam.


It Was Never Between You And Them


People are illogical, unreasonable, and self-centered.
Love them anyway.

If you do good, people will accuse you of selfish ulterior motives.
Do good anyway.

If you are successful, you win false friends and true enemies.
Succeed anyway.

The good you do today will be forgotten tomorrow.
Do good anyway.

Honesty and frankness make you vulnerable.
Be honest and frank anyway.

The biggest men and women with the biggest ideas can be shot down by the smallest men and women with the smallest minds.
Think big anyway.

People favor underdogs but follow only top dogs.
Fight for a few underdogs anyway.

What you spend years building may be destroyed overnight.
Build anyway.

People really need help but may attack you if you do help them.
Help people anyway.

If you find serenity and happiness, there may be jealousy;
Be happy anyway.

Give the world the best you have and you’ll get kicked in the teeth.
Give the world the best you have anyway.

You see, in the final analysis, it is between you and God;
It was never between you and them anyway.

Rindu Andalusia





Ini merupakan judul buku yang baru ana beli dan baca..Merupakan sekuel pertama The Granada Trilogy tulisan Radwa Ashour,seorang profesor sastera Inggeris di Universiti Ain Shams,Mesir.

Ana nak kongsi sikit tentang jalan cerita buku ini,Rindu Andalusia merupakan sebuah kisah yang menyelami penderitaan keluarga Abu Jaafar di tengah keruntuhan kota Cardova.

Ratusan kitab kesayangan beliau dibakar oleh tentera Castile di laman Bab El Ramlah.Badan Inkuisi Granada merampas semua kitab berbahasa Arab dari masjid,pusat sumber,sekolah dan orang perseorangan.

Masjid diubah suai menjadi gereja dan katedral.
Kalau ingin selamat mereka perlu dibaptis menjadi Kristian.Anak cucu Abu Jaafar bertahan menjadi Muslim.Di dalam rumah mereka solat dan berkomunikasi dalam bahasa arab tetapi di luar rumah mereka berbahasa Castile,menggunakan nama baptis dan menghadiri "misi suci" pada hari Ahad di gereja.

Kisah di mana iman menjadi pertaruhan,ilmu menjadi dagangan dan nyawa menjadi bayaran..

Salam Tahun Baru Hijrah!!!

Semoga tercapai segala cita-cita baikmu
Semoga diperbaharui segala semangatmu
Semoga diampuni segala dosamu
Semoga diterima Allah segala amal baikmu

Di waktu kita bersuka ria
Jangan lah lupa kepada yang sedang menderita
Bantulah mereka setakat terdaya
Walaupun dengan sepotong doa

Dunia ini hanya sementara
Usahlah dimimpikan kemewahan belaka
Bila-bila masa kita akan ditimpa bala
Semoga menjadi pengajaran untuk semua

Hidup yang terbaik adalah bersederhana
Semuanya berpandukan kepada agama
Agama Islam agama tercinta
InsyaAllah selamat untuk selama=lamanya

Selalulah insafi kelemahan diri
Sebelum kembali ke negeri abadi
Usah leka membangga diri
Dunia ini tidak kekal abadi

Tahun baru bakal menjelma
Azam baru moga sudah tersedia
Ampun maaf yang daku pinta
Kita manusia lemah dan silap belaka

Sifat pemaaf sifat yang mulia
Akhlak mulia yang ditunjukkan oleh baginda
Nabi Muhammad S.a.w nabi tercinta
Selawat dan salam istimewa buatnya

Hijrahnya baginda hijrah yang suci
Hijrahnya kita menyuci diri
Ayuh sama-sama kita hijrahkan diri
Mencari bekal ke negeri abadi

Friday, December 26, 2008

Paradigma Islam


Kemenangan Islam Menurut Al Quran.

Kemenangan Islam terhadap agama-agama lain.


" Dia yang mengutuskan RasulNya dengan petunjuk dan agama yang benar(agama Islam), supaya Dia memenangkannya dan meninggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrikin tidak menyukai" (At Taubah: 33)


Mukmin sebagai khalifah di muka bumi .

"Dan Allah telah menjanjikan bagi orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amalan soleh, bahawa Allah akan mengangkat mereka menjadi khalifah di muka bumi, sebagaimana orang-orang dahulu telah menjadi khalifah, dan Allah akan menetapkan agama mereka(Islam) yang diredhainya untuk mereka, dan akan menggantikan ketakutan mereka dengan keamanan. Mereka menyembah Aku dan tidak menyekutukan Aku dengan sesuatu juapun. Barang siapa yang kafir sesudah itu, maka mereka itulah orang yang fasik." (An-Nur: 55)


Pertolongan Allah kepada Mukminin .

"Sehinggalah rasul-rasul itu telah berputus asa, dan mereka menyangka bahawa mereka telah didustakan, datanglah kepada mereka pertolongan kami, lalu diselamatkan orang-orang yang kami kehendaki. Dan tidak dapat ditolak siksa kami daripada orang-orang yang berdosa." (Yusuf: 110)


Hancurnya perancangan dan tipu daya musuh

"Mereka memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya mereka dan Allah adalah sebaik-baik pembalas tipu daya."( Al Anfal: 30)


Kemenangan Islam menurut As Sunnah

Tersebarnya Islam di seluruh alam.

Diriwayatkan oleh Tamim Ad Dari, berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya, urusan ini (Islam) akan sampai ke mana sahaja uang sampai oleh malam dan siang. Allah tidak akan meninggalkan sebuah rumahpun daripada penduduk dusun dan kampung melainkan Allah akan memasukkan ke dalamnya agama ini, sama ada memuliakan orang yang mulia ataupun denga menghina orang yang hina, iaitu Allah muliakan dengan Islam dan menghinakan dengan kekufuran. (Riwayat Ahmad)


Kekuasaan Islam di Timur dan Barat

Daripada Thauban daripada Nabi s.a.w bersabda: " Sesungguhnya Allah telah melipatkan bumi bagiku (menghimpunkan dan mengumpulkannya) lalu akau dapat melihat timur dan baratnya. Sesungguhnya kekuasaan umatku akan sampai ke semua tempat bumi yang dilipatkan bagiku.." (Riwayat Muslim)


Kemenangan Muslimin terhadap Yahudi

Daripada Abu Hurairah, bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Tidak berlaku kiamat sehingga muslimin memerangi Yahudi. Mereka dibunuh oleh muslimin sehingga orang yahudi bersembunyi di sebalik batu dan pokok. Batu dan pokok itu berkata: Wahai muslim, wahai hamba Allah, Ini dia yahudi berada dibelakangku. Kemarilah dan bunuhlah dia. Melainkan pokok gharqad. Sesungguhnya ia adalah daripada pokok Yahudi" (Riwayat Muslim)


Kembalinya khalifah di atas manhaj Nubuwwah

Daripada Huzaifah, bahawa Nabi s.a.w bersabda: Berlakunya zaman kenabian di kalangan kamu sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah untuk belaku. Kemudian Allah mengangkatkannya (menghilangkannya) ketika mana dia mengkehendaki. Kemudian berlaku pula khilafah di atas manhaj kenabian. Maka berlangsunglah ia sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah untuk berlaku. Kemudian Allah mengangkat ketika mana Dia mengkehendakinya. Kemudian berlakunya pula pemerintahan raja yang 'menggigit' (zalim). Maka berlakula ia sepertimana yang dikehendaki oleh Allah. Kemudian Allah megangkatkannya. Kemudian berlaku pula pemerintahan raja 'paksaan' (kuku besi).

Maka berlakulah ia sepertimana yang dikehendaki oleh Allah. Kemudian Allah mengangkatkannya ketika mana dia mengkehendaki. Kemudian berlaku pula khilafah di atas manhaj kenabiaan.



wallahualam..

Thursday, December 25, 2008

Hari Esok Untuk Islam



Setelah kejatuhan empayar Islam Othmaniah, kita telah melihat beberapa siri penindasan dan kekejaman yang telah menimpa umat Islam sehingga hari ini. Umat Islam seolah-olah telah hilang taringnya yang tidak mampu melawan kekuatan musuh. Islam telah kehilangan rijal-rijal yang akan kembali membawa kegemilangan Islam. Pukulan hebat dan penangkapan serta penyembelihan berlaku pada umat Islam apabila umat Islam mula bangun cuba untuk menegakkan Islam kembali. Umat Islam seolah-olahnya kehilangan pedoman dan panduan apabila melihat kekuatan musuh yang begitu hebat.

Ramai di kalangan muslimin menyangkakan bahawa pada akhir zaman nanti akan berlakunya al fitan dan kerosakan di muka bumi. Mereka menyangka bahawa kekufuran beleluasa, kejahatan menguasai alam. Islam berada di dalam kemunduran dan penegak kebenaran dihina dan ditindas.

Sebenarnya ini merupakan satu tasawwur yang silap yang seharusnya diperbaiki. Kegelapan yang menimpa umat Islam kini tidak akan selama-lamanya. Fajar Islam akan menyinsing tidak lama lagi. Jahiliyah pasti akan runtuh di bawah kekuatan Islam. Islam akan sekali lagi menjadi pentadbir alam ini. Maka muslimin seharusnya merasa yakin dan tidak berputus asa dengan janji Allah bahawa Islam akan muncul mentadbir alam ini walaupun orang kafir cuba untuk menghapuskannya.

Firman Allah Taala:

" Mereka cuba untuk memadam cahaya Allah dengan mulut-mulut mereka, dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahaya Nya walaupun orang kafir tidak menyukai" (at Taubah: 32)


Sebenarnya sikap berputus asa dan keluh kesah terhadap suasana yang menimpa umat Islam kini merupakan sikap yang sepatutnya dikikis. Umat Islam seharusnya merasa optimis dengan kejayaan yang bakal dihadapi oleh Islam pada suatu hari nanti.

Apabila kita melihat sirah perjuangan Rasulullah s.a.w, Rasulullah sering memberikan khabar gembira kepada sahabat tentang kemenangan-kemenangan yang bakal diperolehi oleh muslimin. Di dalam peristiwa hijrah, semasa Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah, baginda telah berjanji kepada Suraqah yang telah cuba untuk membunuh Nabi dengan menghadiahkan kalung Kisra raja Parsi kepada Suraqah. Walaupun pada masa itu Islam masih lagi diperingkat awal, namun Rasulullah mampu menjanjikan bahawa Islam akan mengalahkan kerajaan Parsi.

Begitu juga semasa di dalam peperangan al Ahzab, ketika mana Rasulullah cuba memecahkan batu untuk menggali Parit. Rasulullah telah menyatakan kepada para sahabat bahawa Islam akan menawan kota-kota Yaman, Rom dan Parsi. Sedangkan pada ketika ini umat Islam sedang berada di dalam kegetiran berhadapan dengan jumlah musuh yang begitu ramai, tetapi Rasulullah s.a.w. mampu menjanjikan kepada para sahabat tentang kemenangan yang bakal diperolehi oleh mereka.

Dengan keyakinan inilah para sahabat berjuang bersungguh-sungguh untuk menyebarkan Islam di muka bumi ini dan seterusnya melaksanakan janji-janji yang telah dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. kepada mereka.

Fajar menyinsing

Tanda-tanda awal telah kita lihat pada hari ini bahawa fajar Islam akan kembali bersinar tidak lama lagi. Kita melihat kebangkitan Islam telah mula bersinar di seluruh pelosok dunia. Umat Islam telah mula kembali kepercayaan mereka terhadap Islam. Dan musuh-musuh Islam telah mula bimbang dan khuatir dengan kebangkitan ini dengan menyebarkan dakyah bahawa golongan-golongan ini merupakan 'terrorist' dan 'fundamentalist'.

Kuasa-kuasa besar dunia semakin hari semakin hilang kekuatannya. Keruntuhan kerajaan Komunis Soviet Union dan kerajaan-kerajaan komunis yang lain merupakan satu petanda bahawa kekuasaan kekuatan musuh tidak akan selama-lamanya. Amerika Syarikat pada ketika ini telah mengalami masalah dalaman negara yang begitu teruk. Golongan remajanya yang bakal menjadi teraju kepemimpinan negara telah mengalami keruntuhan moral yang amat dahsyat. Amerika Syarikat yang mendabik dada kekuatan mereka sebenarnya merupakan negara yang menunggu saat-saat kehancuran seperti mana runtuhnya kerajaan komunis.

Ini merupakan bibit-bibit awal bahawa fajar Islam akan mula menyinsing dan akan menjadi penguasa alam ini. Kesedaran Islam telah mula tercerna di dalam hati-hati umat Islam. Pemuda-pemuda Islam diseluruh pelosok alam telah mula melaungkan slogan Islam. Kebangkitan Islam telah berlaku kepada umat Islam dalam bentuk fikri, akhlak, ekonomi dan jihad. Maka kita yakin bahawa Allah pasti akan bersama-sama mereka dalam menegakkan Dinul Islam ini.


Kekuatan yang dimiliki oleh Muslimin.


Sesungguhnya Muslimin mempunyai kekuatan yang tidak ada pada manusia yang lain. Penegakan Daulah Islam yang pertama di Madinah telah meninggalkan kesan yang mendalam dalam hati umat Islam. Gerakan dan cara yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah menjadi panduan kepada Muslimin hari ini untuk menegakkan Islam kembali. Perlu diyakini bahawa marhalah dakwah dan cara yang dilakukan oleh Rasulullah itu merupakan 'Rabbani Taujih' (panduan dari Allah) yang diberikan kepada Rasulullah sehingga Islam tertegak dengan megahnya dimuka bumi ini. Maka dengan bekalan pengalaman ini, muslimin mengatur langkah dalam menegakkan Islam kembali di muka bumi ini.

Selain daripada itu, muslimin mempunyai kekuatan yang tidak boleh dipandang lekeh oleh manusia. Kita boleh simpulkan bahawa muslimin mempunyai tiga unsur kekuatan yang mampu menggugat kekuatan musuh.


Pertama: Kekuatan kuantiti.

Islam pada hari ini mempunyai bilangan penganut yang hampir suku penduduk dunia yang tersebar di seluruh benua di dunia. Sesungguhnya jumlah yang ramai ini merupakan antara aset utama dalam menegakkan Islam. Ianya merupakan satu nikmat yang seharusnya di syukuri. Sepertimana firman Allah swt:

"Ingatlah, ketika kamu masih sedikit, kemudian kamu telah menjadi banyak…"

(Al A'araf: 86).


Jamaluddin Al Afghani pernah berkata kepada rakyat India: "Jika sekiranya bilangan kamu yang berjuta-juta ini semuanya menjadi lalat, nescaya kamu mampu untuk menghancurkan telinga Inggeris."


Kedua: Hasil Bumi.

Muslimin pada hari ini menetap di negara-negara yang amat kaya dengan hasil buminya. Negara yang yang kaya dengan minyak dan bahan galian yang lain serta tanah yang subur untuk pertanian. Semuanya ini merupakan kepunyaan muslimin.


Ketiga: Manhaj Rabbani.

Inilah kekuatan yang tidak ada pada manusia yang lain. Muslimin menyeru manusia kepada satu sistem yang mampu membawa keadilan dan kebahagiaan kepada alam sejagat. Sistem ciptaan manusia yang wujud pada hari ini sebenar telah membawa kepada kerosakan dan kesengsaraan kepada manusia. Manusia yang berfikir tidak akan sekali-kali menolak sistem Allah ini.

Oleh itu jelaslah kepada kita bahawa kelemahan umat Islam ini tidak akan selama-lama. Islam sekali lagi akan mencapai kejayaan dan menjadi pentadbir alam ini.

Kita sebagai pejuang agama Allah ini seharusnya mempunyai sikap yang optimis dengan kejayaan yang bakal di hadapi oleh Islam.

Sikap kita

Kita tidak seharusnya bersifat putus asa dan keluh kesah dengan suasana dan penindasan musuh terhadap umat Islam. Malah kita yakin dengan janji-janji Allah bahawa Allah akan memenangkan agamanya walaupun dihalang oleh orang-orang kafir.

Dengan keyakinan ini bukan bermakna kita akan berdiam diri dan berpeluk tubuh dengan menunggunya kemenangan yang dijanjikan oleh Allah. Tetapi dengan keyakinan ini, seharusnya kita mempergandakan amalan dan usaha kita dalam menegakkan agama Allah ini.

Janganlah umat mengimpikan kemenangan muslimin terhadap Yahudi sedangkan umat masih lagi berpecah belah, berselisihan dan pergaduhan. Janganlah umat berangan-angan dengan kemenangan sedangkan umat masih lagi bermalasan dan tidak bersungguh-sungguh.

Mustahil kemenangan diberikan kepada orang yang bermalasan dalam berhadapan dengan musuh yang berjuang bersungguh-sungguh menghancurkan Islam. Mustahil kemenangan diberikan kepada umat yang hanya meluangkan cebisan waktu untuk Islam dalam berhadapan dengan musuh yang meluangkan sepenuh waktu untuk meruntuhkan Islam. Maka cepat atau lewatnya kemenangan Islam adalah di bahu kita bersama yang akan dipersoalkan oleh Allah Ta'ala nanti.

Dan ingatlah kata-kata Saidina Umar kepada sahabatnya: " Impikanlah" Seorang pemuda berkata: " Aku mengimpikan jika sekiranya negeri ini dipenuhi dengan emas lalu aku infakkan pada jalan Allah." Omar berkata lagi: "Impikanlah". Seorang pemuda berkata: "Aku mengimpikan jika negeri ini dipenuhi dengan batu permata lalu aku infakkan pada jalan Allah." Omar berkata lagi: "Impikanlah". Mereka berkata: "Kami tidak tahu apa yang hendak dikatakan wahai Amirul Mukminin" Omarpun berkata: "Tetapi aku mengimpikan rijal seperti Abu Ubaidah bin al Jarrah, Muaz bin Jabal dan Salim, hamba Abu Huzaifah. Lalu aku meminta pertolongan dari mereka untuk meninggikan kalimah Allah".

Itulah sebenarnya modal utama untuk kembali memerintah dunia. Seorang pemuda lebih berharga dan bernilai dari seluruh isi dunia. Maka pemuda inilah yang akan berjuang sehingga tertegaknya Dinul Islam ini. Wallahu A'alam.

Merry Christmas!Boleh ke diucap?


Sewaktu dalam perjalanan menaiki train untuk pulang ke kampung,Allah izin ana duduk di sebelah aunty india yang beragama Kristian..sepanjang perjalanan tu memang duduk sebelah dia je.Nak dijadikan cerita,kami pun bersembang...tentang keluarga,tempat belajar,dan macam-macam lagi..
Ana tak berani nak sentuh tentang agama aunty ni bimbang menyentuh sensitiviti dia.Tapi ana ada sentuh sikit bab kenabian Isa..

Cuma kat sini ana nak kongsi satu persoalan tentang boleh ke kita merayakan perayaan orang bukan Islam??
Boleh kita mengucapkan selamat untuk hari-hari kebesaran orang bukan Islam padahal kepercayaan mereka jelas-jelas bertentangan dengan Islam..

Dr.Yusof Al-Qardawi menggariskan beberapa point berkenaan masalah tersebut:Islam tidak melarang kita membuat baik kepada ahli kitab yang tidak bermusuh dengan kita.Kita harus berbuat baik kepada mereka,sebagaimana mereka berbuat baik kepada kita.Buktinya dalam surah Al-Mumtahanah:8.Menurut Al-Qardawi lagi,bidang-bidang antara Islam dan bukan Islam seperti bidang teknikal,pertukangan dan lain-lain masih terbuka.Bahkan Rasulullah S.A.W pernah menggunakan kepakaran seorang Yahudi yang bernama Abdullah ibnu Uraiquit sebagai penunjuk jalan ketika baginda berhijrah ke Madinah.

Sebagai kesimpulan Dr.Yusof Al-Qardawi berpendapat harus bagi kita mengucapkan tahniah dan selamat hari raya seperti hari Krismas kepada kaum bukan Islam pada hari-hari kebesaran mereka,kerana Islam tidak menutup hubungan antara dua kaum yang berlainan agama dan kepercayaan ini.

Saturday, December 20, 2008

The Beauty Of Nature


The breeze,the sky,the clouds,the thunderstorms and the insects are all sources of beauty you should be aware of.

The breeze is lovely.Have you ever felt it? Every morning,I will go out and feel the breeze that caresses my face and cools my body.The breeze is symbol of nature and it is simply beautiful.It is a gift from ALLAH – free for mankind but not everyone is aware of its presence.

When we gaze at the sky,sometimes it is immensely blue,but white silver clouds never fails to wheel against it.Allah paints a picture out of this puzzling jingsaw pieces made out of passing clouds that are never the same as they change continuously.Allah has made the scene more and more attractive and the beauty depends on the observer.In reality,they can be more stunning than what I have perceived.

When the sky turns black with thick heavy clouds from a distance,curtains of falling rain can be seen.It appears as though an unseen hand is pouring water onto the lands to nourish them.This image is so striking that it makes me closer to the beauty of Allah.
After a downpour,the air is crisp and refreshing.Creatures come to life.Birds sing with joy.The frogs croak merrily.The bees buzz blissfully as they do their work.Even the insects seem to shriek louder.I am so amused by the rhythm made by these creatures making me sing along on the wet grass.I am sure that they are all praising ALLAH on the handsome life HE granted.

As the sun sets,the moon takes its tack.Sometimes the moon appears round,sometimes crescent-shaped.Whatever the shape may be,its presence adds to the beauty of the backdrops of stars in the far reaches of space.It is amazing that there are such things,unimaginable,unlessyou are an observer.

When night comes,the stars rule the sky.Millions of these twinkling jewels can be seen in black sky.How else could we see the wonders of the universe?
The scene is gorgeous indeed.But the Creator of the universe is far more Gorgeous than that.He can create and manage the universe.We are such tiny dusts!!!We then should realize that we are not match to ALLAH.

Look at the world around you,filled with wonders.Little bees,butterflies,and others fly among the flowers in search of food.The flowers themselves are brightly colored with every possible combination of hues.I feast my eyes on the beauty of nature’s countless wonders.

The beauty of nature is just a small portion from the beauty of ALLAH.It is so simple and undemanding that we often fail to perceive it.It is so automatic that we often take them for granted.Many people feel the wonders of nature but just few relate them to the wonders of Allah.It is actually a blessing to be able to smell roses,to touch the morning dew,and listen to songs of the birds but do not forget,these are signs for us to be closer to the CREATOR.

Ikhtilat? Apa itu?


Mari kita kongsi sikit pasal apa itu ikhtilat...


Definisi al-Ikhtilat.
Pengumpulan yang melibatkan percampuran diantara lelaki dan perempuan (yang asing) yang berlaku didalamnya (secara adatnya) bebas pandang memandang serta bebas berinteraksi diantara satu sama lain didalam satu tempat yang tertentu.[i]

Hukum al-Ikhtilat.
Hukum al-Ikhtilat adalah haram atau dilarang sama sekali didalam Islam. Hukum ini disandarkan diatas beberapa hadis Baginda ar-Rasul SAW khususnya kepada golongan wanita.
1. Larangan bermusafir seorang diri kepada perempuan dan berkhalwah dengan lelaki ajnabi.
2. Hukum jihad kepada wanita.
3. Tidak diwajibkan solah jemaah kepada wanita.
4. Tidak diwajibkan solah Jumaat kepada wanita.
5. Pengkhususan beberapa manasik haji kepada wanita.
6. Larangan berjalan seiringan bersama-sama lelaki. (perbahasan lanjut, rujuk Mufassal fi Ahkam Mar'ah wa Baitil Muslim).

Prinsip-prinsip penting.
Beberapa prinsip-prinsip penting yang mesti di fahami oleh muslimah di mana saja dia berada agar tidak terpedaya dengan tipuan-tipuan dunia. Di antaranya:

1. Islam melarang kepada semua muslimah daripada mendedahkan mana-mana bahagian badan dan perhiasannya kecuali muka dan kedua-dua telapak tangannya dengan syarat kedua-dua bahagian tersebut tidak di hiasi.
2. Islam melarang muslimah yang bersendirian dengan seorang lelaki ajnabi walaupun perempuan itu seorang yang pemalu dan menjaga aurat serta pakaiannya. Larangan ini dapat di fahami daripada hadis Rasulallah SAW yang bermaksud: (( tidak berada seorang lelaki dan perempuan di suatu tempat kecuali yang ketiga di antara mereka adalah syaitan)).
3. Islam juga melarang percampuran bebas di antara lelaki dan perempuan di dalam majlis dan pertemuan-pertemuan.[ii]

Keadaan-keadaan yang dibolehkan percampuran.

1. Tempat Beribadah. Islam membolehkan percampuran di antara lelaki dan perempuan di tempat atau keadaan-keadaan seperti solah berjemaah dan solah Jumaat dengan mengasingkan tempat untuk kedua-duanya.

2. Medan Jihad. Tempat mereka juga mestilah diasingkan dan diwujudkan tempat khas untuk pengumpulan wanita.

3. Tempat Menuntut Ilmu.[iii] Berikut adalah syarat-syarat semasa pengumpulan lelaki dan perempuan:

· Mengasingkan kedudukan lelaki dan perempuan.
· Wajib memakai pakaian yang syarie. Di maksudkan dengan pakaian yang syarie adalah tidak mendedahkan kecuali apa yang di bolehkan sahaja.
· Tenaga pengajar mestilah dikalangan perempuan. Tenaga pengajar tersebut mestilah seorang perempuan yang solehah, baik akhlak dan agamanya. Jika guru dari kalangan lelaki, keadaan ini dibolehkan oleh syarak tetapi lelaki tersebut mestilah bersifat beramanah, bertaqwa dan wara'. Keberadaan seorang lelaki bersama dengan sekumpulan wanita tidak dikira khalwah yang di haramkan oleh syarak. Ini dapat difahami melalui hadis-hadis Nabi SAW.
· Mendapat keizinan keluar daripada suami atau wali.[iv]

Etika ketika berinteraksi.
Sebelum kita mendetilkan perbahasan berkaitan dengan adab-adab yang telah ditentukan oleh syarak kepada kita, penulis merasakan sangat perlu untuk sertakan di sini beberapa istilah yang akan di gunakan semasa membahaskan tajuk ini supaya perbahasan mudah difahami. Diantara istilah-istilah tersebut adalah:
Aurat. Aurat adalah bahagian-bahagian badan tertentu yang wajib ditutup dan diharamkan melihatnya. Dalilnya daripada surah al-A'raf:31.[v] Aurat perempuan dengan lelaki ajnabi adalah muka, kedua tangannya.[vi]
al-Mar'ah al-ajnabiyah adalah semua perempuan yang halal bagi seseorang lelaki untuk dikahwininya ketika itu (tanpa sebarang halangan) atau pada masa hadapan (apabila hilangnya halangan semantara).[vii]

Melihat dan Menyentuh al-Ajnabi atau al-Mar'ah al-Ajnabiyah.
Perbahasan berkaitan tajuk ini sangat panjang maka dikhuatiri ianya akan memanjangkan kertas kerja ini, penulis bercadang mengemukakan pendapat yang rajih (terkuat dan paling benar) yang telah dibuat oleh penulis kitab al-Mufassal fi Ahkam al-Mar'ah wa Baitil Muslim berkaitan dengan tajuk kecil ini. berikut adalah beberapa kesimpulan yang dibuat oleh beliau:

Lelaki:
Dilarang melihat badan perempuan ajnabiyah (kecuali muka dan tangan) dalam keadaan bersyahwah atau tidak dan semasa aman dari fitnah atau tidak kecuali dalam keadaan yang darurat saja.
Dilarang melihat muka dan tangan ajnabiyah kalau sekiranya bersyahwah dan dikhuatiri akan berlaku fitnah. Ianya dilarang kerana penglihatan yang disertakan dengan syahwah akan membawa kepada perkara yang haram.
Dibolehkan melihat muka dan tangan ajnabiyah kalau sekiranya mempunyai hajat yang syar'iyah dan darurah yang syar'iyah. Kalau tidak, afdhal dan aula meninggalkannya kerana boleh jadi ia akan membawa kepada makruh kerana ia akan menyebabkan terangsangnya syahwah. Firman Allah SWT (surah an-Nur: 30-31).

Perempuan:
Perempuan boleh melihat lelaki pada semua bahagian badannya kecuali diantara pusat dan lutut dengan bersyarat aman dari fitnah dan tidak bersyahwah. [viii]

Wallahualam..


AKU???

Kenapa tiba-tiba rasa bersalah ni..Ya Allah,apa yang aku buat sampai hati rasa tak tenteram ni.

Oh,baru teringat..aku menolak tanggungjawab yang orang berikan.Tanggungjawab apa?tanggungjawab untuk sama-sama menjayakan bengkel penyembelihan..baguskan bengkel tue..memang bagus pun..Tapi aku menolaknya.Sebab apa?sebab aku nak meminimumkan interaksi antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.Syadidkah aku?Jumudkah aku?Ntahla..

Aku dah banyak involve dalam kerja-kerja persatuan,jadi memang tak dapat nak mengelak dari communicate dengan yang berlainan gender.Ya,aku tahu ikhtilat dalam Islam dan aku jugak tahu muamalah antara lelaki dan perempuan tu bagaimana.Dalam konteks bekerja,Islam membolehkan komunikasi antara rijal dan nisa’.Tapi aku tetap bimbang.Bimbang seandainya sebelum ni aku begitu menjaga tetapi dengan sekelip mata ianya berubah..sehingga kita anggap komunikasi sebegitu seperti perkara biasa dan ianya berubah sedikit demi sedikit kepada perbincangan yang tiada kaitan dengan kerja.Itu yang aku takutkan sebenarnya.

Justeru,aku pun mengambil langkah untuk menarik diri dari senarai committee yang menjayakan program tersebut.Tapi aku tetap akan membantu untuk menjayakan bengkel tersebut tapi bukan secara berdepan mungkin sebagai bayang-bayang disebaliknya.

Mungkin kerana aku yang lemah,justeru jadi takut untuk berdepan dengan pergaulan yang seperti itu..Semoga ALLah mengampuniku dan melindungiku dari fitnah dunia dan menjadi fitnah terhadap Islam itu sendiri.

Wallahualam.

Friday, December 19, 2008

Ada Apa Dengan Solah?

Saudara-saudara Muslimin Sekalian!

Bayangkanlah seorang yang mendengar suara azan lima kali sehari dan merasakan bahawa sesuatu yang besar sedang dipersaksikan, dan bahawa kita semua diseru untuk menghadap Maharaja yang sangat perkasa dan berkuasa. Seorang yang setiap kali mendengar seruan ini meninggalkan semua pekerjaannya dan berlari menghadap Wujud yang Maha Agung tersebut, yang dipandangnya sebagai Junjungannya serta Junjungan seluruh alam semesta ini. Seorang yang setiap kali mahu mengerjakan salat mensucikan tubuh dan jiwanya dengan wudhu' dan mengerjakan perbuatan-perbuatan dalam salat dan membaca bacaan-bacaannya dengan penuh pengertian.

Bagaimana mungkin rasa takut kepada Allah tidak akan timbul dalam hatinya,
Bagaimana ia tidak merasa malu melanggar perintah-perintah Allah?
Bagaimana mungkin jiwanya tidak akan gementar setiap kali menghadap Allah, mengingat dosa-dosa dan kejahatan-kejahatan yang diperbuatnya?

Bagaimana mungkin seorang yang mengatakan patuh dan menghambakan diri kepada Allah, dan percaya bahawa Dia adalah penguasa hari pengadilan, dalam mengerjakan urusan dunianya ia berdusta,berlaku tidak jujur, merampas hak orang lain, menyuap dan menerima suap, memberi dan mengambil riba, merugikan dan menyakitkan hati sesama manusia, mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak senonoh dan bertentangan dengan hukum, sedang ia masih pergi menghadap Tuhan berulang-ulang, dengan membawa semua dosa-dosa ini dan tidak malu mengulang-ulangi pengakuannya bahawa ia adalah hambaNya yang setia dan patuh?

Duhai, bagaimana mungkin bahawa setelah mengucapkan pernyataan "hanya kepadaMu kami menyembah dan hanya kepadaMu kami mohon pertolongan", tiga puluh enam kali di hadapan Allah dengan penuh kesedaran, lalu pergi menyembah tuhan-tuhan lain di samping Allah dan mengulurkan tangan memohon pertolongan kepada mereka?

Apabila sekali anda telah membuat pelanggaran setelah membuat pernyataan itu, maka di saat anda menghadap Allah untuk kedua kalinya, hati nurani anda akan mencela dan marah, anda pasti akan merasa malu. Celaan itu akan lebih keras pada pelanggaran yang kedua, dan hati anda akan mengutuk anda dari dalam diri anda.

Bagaimana boleh terjadi bahawa di sepanjang hidup anda, anda terus menerus melakukan salat lima kali sehari, tetapi akhlak anda tetap bengkok, perbuatan-perbuatan anda tetap tidak benar, dan hidup anda tidak berubah secara mendasar?

Dengan alasan ini Allah menerangkan ciri salat yang benar, yakni, "Sesungguhnya solat itu mencegah manusia dari perbuatan yang keji dan dari kejahatan". Maka bila ada orang yang tidak terpengaruh oleh proses pembersihan, pembaharuan dan penyegaran yang demikian kerasnya, maka itu adalah kerana perangainya yang buruk, bukan kerana kesalahan salat itu. Bukan salah air dan sabun bila orang tidak mahu putih tetapi salah hitamnya jua.

Saudara-saudara!
Jadi ada kekurangan besar dalam salat anda. Dan kekurangan itu adalah bahawa anda tidak memahami apa yang anda baca dalam salat anda. Tetapi bila anda mahu menyediakan waktu sedikit sahaja, anda tentu akan boleh mengingati erti bacaan-bacaan dan doa-doa tersebut dalam bahasa yang anda fahami. Dan keuntungannya adalah anda akan memahami apa yang anda baca dalam salat anda itu.

Wah,indahnya ukhuwah!


Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:

“Tidak sempurna iman seseorang itu selagi ia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Demikianlah keindahan Islam. Jauh dari unsur mementingkan diri atau nafsi-nafsi sehinggakan kasih sesama saudara diletakkan sebagai syarat kesempurnaan iman.


Untuk menyahut seruan ini, cuba kita praktikkan perkara di bawah. Semoga dengan cara ini ukhwah yang terjalin akan bertambah kukuh dan manis.

1. Nyatakan rasa kasihmu terhadap saudaramu.

Sabda Rasulullah: “Jika seseorang itu kasih akan saudaranya, beritahulah kepadanya bahawa dia kasih kepadanya.” (Riwayat Abu Daud dan Tarmidzi)


2. Mintalah supaya saudaramu mendoakanmu sebelum berpisah.

Umar al-Khattab r.a berkata, “Saya minta izin kepada baginda Rasulullah s.a.w untuk mengerjakan umarah. Baginda Rasulullah s.a.w membenarkan dan berpesan; “Jangan lupa berdoa untuk kami bersama.” (Riwayat Abu Daud dan Tarmidzi).

3. Segeralah bersalam apabila bertemu.

Sabda Rasulullah s.a.w, “Tiadalah dua orang muslim yang bertemu lalu bersalaman melainkan dosa mereka akan diampunkan sebelum berpisah.”

4. Bermanis muka apabila bertemu.

“Janganlah kamu memandang hina terhadap kebaikan walaupun kecil, sekalipun bermanis muka ketika bertemu dengan kawan-kawan”.

5. Memberi ucapan tahniah kepada saudaranya dan mengembirakan hatinya.

“Siapa yang menemui saudaranya dengan apa-apa yang mengembirakan, nescaya Allah akan mengembirakan pada hari kiamat.”


6. Laksanakan tanggungjawab persaudaraan dengan sempurna.

Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

Siapa yang melapangkan satu kesusahan orang yang beriman daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah akan melapangkan orang itu, satu kerumitan daripada kerumitan Akhirat. Dan siapa yang memudahkan orang yang susah, Allah akan memudahkannya di dunia dan akhirat. Siapa yang menutup keaiban orang Islam, Allah akan menutupkan keaibannya di dunia dan akhirat. Dan Allah sentiasa menolong hamba itu selagi hamba itu mahu menolong saudaranya. (Riwayat Muslim)

Wasiat Itu..

Wasiat mungkin tidak pernah terlintas untuk kita menulisnya. Kita rasa ianya mungkin bukan untuk kita, kerana kita tidak rasa yang kita akan pergi dalam masa yang terdekat ini. Tetapi kematian tidak pernah lupa kepada kita, hanya kita yang selalu lupa kepada kematian yang tentunya pasti akan kita lalui. Marilah kita renungkan pengalaman yang diceritakan ini, mungkin akan memberikan suatu pengajaran untuk kita merasakan bahawa kita perlu melakukan banyak perkara sebelum tibanya kematian yang sentiasa tidak pernah lupa kepada diri kita.

Orang yang bijak adalah mereka yang belajar daripada pengalaman orang lain, tetapi orang yang belajar dari kesilapannya sendiri adalah orang yang mengunakan akal untuk memperbaiki diri sendiri tetapi orang yang tidak belajar dari kegagalan diri sendiri dan juga tidak belajar daripada kegagalanan orang lain adalah orang yang betul-betul bodah dan sombong.

Semoga kita menjadi orang yang ingin memperbaiki diri sendiri, keluarga dan masyarakat kearah yang lebih cemerlang. Andalah orang yang akan Berjaya didalam kehidupan ini sekiranya kita bersedia untuk menghadapi kesukaran dan merasai kita mampu untuk membina kejayaan tersebut. InsyaAllah. Mari renungi kisah berikut.---------------------

Jam 4 pagi, wisel berbunyi bertalu-talu menandakan semua peserta perlu berkumpul untuk aktiviti-aktiviti seterusnya. Aku turut serta berkumpul di kawasan lapang.
Hatiku berdetik - apa pula kali ini? Tentunya suatu pengalaman baru yang akan aku tempuhi. Tapi apa ye?

Ketua dipanggil oleh kem komandan untuk tugasan seterusnya. Apabila ketua kembali, beliau bertanya ada tak sesiapa yang membawa tisu golong dan juga kain sarong. Beberapa orang menyatakan ada membawanya seperti yang diarahkan sebelum kami datang ke kem tersebut.
Ketua membacakan tugasan seterusnya kepada kami, Kami telah pergi melancong kesebuah negara timur tengah dan salah seorang daripada kita telah mengalami sakit tiba-tiba dan telah menemui kematian. Jenazah tersebut perlu diuruskan dan kumpulan perlu mengkapankan jenazah tersebut mengunakan kertas tisu dan menyenaraikan apakah wasiat-wasiat yang akan disampaikan kepada keluarga si mati apabila pulang nanti.

Semasa memilih siapakah ingin menjadi mayat, masing-masing rasa keberatan untuk menjadi mayat yang sementara sebab tak tahu apa yang mungkin berlaku selepas itu, mungkin perlu dimasukkan kedalam liang lahat dan tentunya rasa gerun. Namun akhirnya aku terpilih untuk merasai menjadi mayat, tubuhku dibalut daripada bawah hingga ke kepala dan hanya mata serta mulut yang tidak ditutup.

Aku dibaringkan dan untuk memastikan tisu-tisu tidak terkoyak maka tali digunakan untuk mengikat tubuh ku, rasanya begitu sukar sekali untuk aku bergerak, aku terbujur kaku tidak dapat untuk aku mengerakkan tubuhku. Aku diletakkan di atas pengusung yang diperbuat dari kain sarong dan dua batang kayu, aku diangkat dan aku merasai kenderaan yang dipandu sekurang-kurangnya oleh empat orang tersebut. Aku merasai terlalu jauhnya perjalanan, diusung oleh rakan kumpulan ku ke suatu tempat yang tidak aku ketahui.

Aku diletakkan kembali dan semua rakan kumpulan ku duduk disekelilingku, mereka mula berbincang sekiranya mereka diriku apakah yang mungkin akan aku wasiatkan buat orang-orang yang mungkin aku tinggalkan.

Antara wasiat yang mereka bicarakan:Aku berharap agar keluargaku menyelesaikan hutang-hutang ku, maka aku terfikir berapa banyak hutang yang telah aku tinggalkan buat keluarga mampukah untuk mereka menyelesaikan hutang-hutangku, apakah yang akan ku hadapi apabila mereka gagal untuk membayar hutang-hutangku mungkin aku terpaksa mengambil dosa-dosa orang lain sebagai ganti kerana aku telah berhutang kepada mereka. Adakah mereka tahu hutang-hutangku takut-takut mereka tidak tahu kerana aku sendiri tidak memaklumkan hutang tersebut kepada mereka. Alangkah ruginya diriku.

Apakah yang mungkin aku pesan atau wasiatkan buat isteriku? Masing-masing tidak tahu untuk mencatitkan apa yang perlu, aku sendiri buntu akal apakah yang mungkin akan aku wasiatkan buat isteriku, akhirnya merka mencadangkan mungkin aku mahu untuk isteriku mendidik anak-anakku agar menjadi anak yang soleh, ya aku bersetuju dengan pandangan mereka. Tetapi aku mula berfikir pula adakah isteriku mampu untuk mendidik anak-anakku, apakah yang telah aku sediakan buat dirinya untuk menjadi seorang ibu yang baik yang akan mendidik anak-anakku nanti, aduh aku mula berfikir lagi banyaknya tugas-tugas yang perlu aku lakukan didalam kehidupan ini.

Rakan-rakan ku berkata perlu kita membantu untuk mendidik anak-anakku, aku pula berkata adakah aku mempunyai rakan yang begitu baik sanggup mendidik anak-anakku, adakah sama seperti aku mendidik mereka, tapi aku mula bertanya adakah aku telah mendidik anakku sebaik mungkin, adakah aku telah mengajar anak-anakku untuk mengenal allah swt yang maha berkuasa, adakah aku benar-benar mengajar anakku mengenal dosa dan pahala, adakah mereka akan menjadi manusia yang benar-benar takut kepada allah dan mencintai allah dan rasul didalam kehidupan mereka nanti.

Rasa panas mula menyelubungiku, walaupun jam mungkin baru jam 5 pagi dan suasana bukit yang begitu sejuk tetapi dengan hanya dibalut oleh kertas tisu terasa panasnya, aku mula berpeluh namun untuk bergerak tidak mampu kerana aku terikat. Aku pasrah diatas apa yang berlaku.

Rakan-rakan ku seorang demi seorang memberikan pandangan wasiat yang mungkin aku berikan buat isteri, anak, ibu, ayah, adik beradik, rakan, jiran dan semua yang mungkin aku kenali. Fikiranku terbayang lagi betapa banyak yang perlu aku lakukan didalam kehidupan ini. Ini belum lagi, apa yang mungkin diperkatakan oleh mereka kepadaku apabila melihat mayatku, apakah yang mungkin diperkatakan oleh isteriku terhadap diriku, apa pula yang mungkin diperkatakan oleh anak ku, apa pula yang mungkin diperkatakan oleh ibuku, ayahku, jiran-jiranku, rakan-rakanku dan mungkin mereka yang pernah mengenali diriku ini. Apa yang mungkin mereka katakan terhadapku?

Aku tersentak dari lamunanku apabila aku terfikir apa pula yang mungkin Allah swt memperkatakan tentang diriku, adakah aku seorang yang baik, adakah mungkin aku akan dilihat dengan penuh rasa kasihnya, adakahaku akan disambut olah para suhadak, atau adakah aku tidak dipandang oleh allah swt. (Ya allah lindungilah diri ku)

Ya allah terlalu banyak tugas yang perlu ku lakukan, aku kira aku telah banyak melakukan tugas dipejabatku, tapi itu semua tidak memberikan apa-apa erti jika aku gagal mendidik anak-anakku, tidak bererti jika aku gagal mendidik isteriku, tidak bererti sekiranya aku tidak dapat memberikan kebaikan kepada orang lain. Rupanya peranan dan tanggung jawabku bukan dipejabat sahaja tetapi aku juga mempunyai pejabat dirumah, pejabat yang perlu diuruskan dirumahku. Aku mempunyai ramai pekerja dipejabat, aku jaga kepentingan mereka, aku harapkan agar mereka melakukan yang baik dan amanah tetapi adakah pejabat ku dirumah telah aku uruskan dengan baik, Ah besarnya tanggungjawabku sebagai manusia yang diberikan oleh Allah swt kepada diriku.

Aku pasrah lagi, aku rasa inilah kesempatan yang perlu aku ambil dan aku perlu lakukan yang terbaik didalam kehidupan kerana kehidupan yang sebenarnya adalah kehidupan diakhirat nanti.

Berapa banyak dosa-dosa ku dan berapa banyak pula aku memohon keampunan kepada Allah swt. Berapa banyak aku membaca al quran dan berapa banyak pula aku memahaminya, berapa banyak aku besedekah, rasanya terlalu sedikit sekali aku melakukannya. Apakah yang akan aku bawa nanti? Ikhlaskah segala amalku, jujurkah tindakanku, rasanya tidak mampu untuk aku mengangkat wajah ini untuk berhadapan dengan allah swt yang begitu banyak memberikan nikmat kepada diriku semasa aku hidup didunia ini. Ya allah ampunkanlah dosa-dosaku, ampunkanlah dosa-dosaku ampunkanlah dosa-dosaku.

Ya Allah, berikanlah aku kesempatan, agar aku mampu melakukan yang terbaik buat hidup ini. Sesungguhnya apabila seseorang itu meninggal dunia hanya tiga perkara yang akan terus dapat membantunya iaitu anak yang soleh, ilmu yang diajarkan dan harta yang diwakafkan.

An Answered Prayer

I asked for strenght and Allah gave me difficulties to make me strong.

I asked for wisdom and Allah gave me problems to learn how to solve it.

I asked for prosperity and Allah gave me brain and brawn to work.

I asked for courage and Allah gave me dangers to overcome.

I asked for favours and Allah gave me an opportunities.

I received nothing I wanted..
But I received everything I needed..
My prayer has been answered..

Assalamu'alaikum

Alhamdulillah..itu je lafaz yang mampu diluahkan untuk menggambarkan rasa kesyukuran atas pembikinan blog ni.Sebelum ni ana dah buat tiga blog tapi ketiga-tiga blog tu dari awal hingga sekarang tak terisi,nak tau sebab apa?sebab ana selalu lupa alamat blog dan passwordnya sekali.

Hakikat manusia, yang selalu lupa dan selalu memerlukan peringatan.
Semoga blog yang baru ni akan terus hidup dengan tinta-tinta tarbawi dan tazkir..InsyaAllah.