Thursday, December 25, 2008
Merry Christmas!Boleh ke diucap?
Sewaktu dalam perjalanan menaiki train untuk pulang ke kampung,Allah izin ana duduk di sebelah aunty india yang beragama Kristian..sepanjang perjalanan tu memang duduk sebelah dia je.Nak dijadikan cerita,kami pun bersembang...tentang keluarga,tempat belajar,dan macam-macam lagi..
Ana tak berani nak sentuh tentang agama aunty ni bimbang menyentuh sensitiviti dia.Tapi ana ada sentuh sikit bab kenabian Isa..
Cuma kat sini ana nak kongsi satu persoalan tentang boleh ke kita merayakan perayaan orang bukan Islam??
Boleh kita mengucapkan selamat untuk hari-hari kebesaran orang bukan Islam padahal kepercayaan mereka jelas-jelas bertentangan dengan Islam..
Dr.Yusof Al-Qardawi menggariskan beberapa point berkenaan masalah tersebut:Islam tidak melarang kita membuat baik kepada ahli kitab yang tidak bermusuh dengan kita.Kita harus berbuat baik kepada mereka,sebagaimana mereka berbuat baik kepada kita.Buktinya dalam surah Al-Mumtahanah:8.Menurut Al-Qardawi lagi,bidang-bidang antara Islam dan bukan Islam seperti bidang teknikal,pertukangan dan lain-lain masih terbuka.Bahkan Rasulullah S.A.W pernah menggunakan kepakaran seorang Yahudi yang bernama Abdullah ibnu Uraiquit sebagai penunjuk jalan ketika baginda berhijrah ke Madinah.
Sebagai kesimpulan Dr.Yusof Al-Qardawi berpendapat harus bagi kita mengucapkan tahniah dan selamat hari raya seperti hari Krismas kepada kaum bukan Islam pada hari-hari kebesaran mereka,kerana Islam tidak menutup hubungan antara dua kaum yang berlainan agama dan kepercayaan ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment