Tuesday, December 30, 2008
Rindu Andalusia
Ini merupakan judul buku yang baru ana beli dan baca..Merupakan sekuel pertama The Granada Trilogy tulisan Radwa Ashour,seorang profesor sastera Inggeris di Universiti Ain Shams,Mesir.
Ana nak kongsi sikit tentang jalan cerita buku ini,Rindu Andalusia merupakan sebuah kisah yang menyelami penderitaan keluarga Abu Jaafar di tengah keruntuhan kota Cardova.
Ratusan kitab kesayangan beliau dibakar oleh tentera Castile di laman Bab El Ramlah.Badan Inkuisi Granada merampas semua kitab berbahasa Arab dari masjid,pusat sumber,sekolah dan orang perseorangan.
Masjid diubah suai menjadi gereja dan katedral. Kalau ingin selamat mereka perlu dibaptis menjadi Kristian.Anak cucu Abu Jaafar bertahan menjadi Muslim.Di dalam rumah mereka solat dan berkomunikasi dalam bahasa arab tetapi di luar rumah mereka berbahasa Castile,menggunakan nama baptis dan menghadiri "misi suci" pada hari Ahad di gereja.
Kisah di mana iman menjadi pertaruhan,ilmu menjadi dagangan dan nyawa menjadi bayaran..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment