Saturday, December 20, 2008

AKU???

Kenapa tiba-tiba rasa bersalah ni..Ya Allah,apa yang aku buat sampai hati rasa tak tenteram ni.

Oh,baru teringat..aku menolak tanggungjawab yang orang berikan.Tanggungjawab apa?tanggungjawab untuk sama-sama menjayakan bengkel penyembelihan..baguskan bengkel tue..memang bagus pun..Tapi aku menolaknya.Sebab apa?sebab aku nak meminimumkan interaksi antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.Syadidkah aku?Jumudkah aku?Ntahla..

Aku dah banyak involve dalam kerja-kerja persatuan,jadi memang tak dapat nak mengelak dari communicate dengan yang berlainan gender.Ya,aku tahu ikhtilat dalam Islam dan aku jugak tahu muamalah antara lelaki dan perempuan tu bagaimana.Dalam konteks bekerja,Islam membolehkan komunikasi antara rijal dan nisa’.Tapi aku tetap bimbang.Bimbang seandainya sebelum ni aku begitu menjaga tetapi dengan sekelip mata ianya berubah..sehingga kita anggap komunikasi sebegitu seperti perkara biasa dan ianya berubah sedikit demi sedikit kepada perbincangan yang tiada kaitan dengan kerja.Itu yang aku takutkan sebenarnya.

Justeru,aku pun mengambil langkah untuk menarik diri dari senarai committee yang menjayakan program tersebut.Tapi aku tetap akan membantu untuk menjayakan bengkel tersebut tapi bukan secara berdepan mungkin sebagai bayang-bayang disebaliknya.

Mungkin kerana aku yang lemah,justeru jadi takut untuk berdepan dengan pergaulan yang seperti itu..Semoga ALLah mengampuniku dan melindungiku dari fitnah dunia dan menjadi fitnah terhadap Islam itu sendiri.

Wallahualam.

3 comments:

  1. Semoga Allah mengekalkan hidayah kepadamu selalu.

    ReplyDelete
  2. susah klu nk menjaga ikhtilat dalam organisasi.sy jugak sering buat keputusan mcm anti,bukan menolak tanggungjawab,tp sebb sedar yg dr ni lemah..mungkin sy perlu bina ketahann dr(kerohanian) yg lebih kuat..moga kita terus perbaiki dr agar dapat menjadi hamba Allah sehamba-hambaNya..

    ReplyDelete