Wednesday, June 30, 2010

Catatan 2: SERU

Pengalaman adalah guru yang paling baik.

Hampir 3 bulan lebih menimba pengalaman di SERU, maka sudah tiba saat dan ketikanya untuk saya melabuhkan tirai, tak lama lagi nak buka tirai baru pula itupun dengan izin Allah SWT.

Detik pertama saya menjejakkan kaki di SERU, saya menggalas amanah sebagai tenaga pendidik sokongan, tugasnya mendidik pelajar. Tetapi selepas saya berada di SERU, saya yang rasa terdidik, melihat kegigihan guru-guru disitu, pelajar-pelajarnya, dan suasananya.

Alhamdulillah, Allah jua yang memberi kesempatan dan Allah jua yang memberi didikan.

*صِبْغَةَ اللَّهِ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ صِبْغَةً وَنَحْنُ لَهُ عَبِدُوْنَ

"Acuan Allah, siapakah yang lebih baik acuannya daripada Allah? Dan kami hanya menyembah kepadaNYA."(2:138)

Didikan di SERU

Mungkin kita jarang melihat fenomena pelajar sekolah rendah memulakan sesi persekolahan dengan bacaan Al-Mathurat dan surah Yaasin di awal pagi, tapi itulah yang berlaku di SERU. Pelajar dari tahun satu hingga tahun enam membentuk halaqah untuk bacaan Al-Mathurat dan Yasin setiap hari. Bila ditanya kepada guru-guru senior tentang amalan tersebut, jawabnya cuma ringkas sahaja, "Nak bagi mereka kenal Rabb dulu, sebelum kenal dunia sebelum belajar ilmu dunia". Hendak jadi excellent kena excellent ibadah dulu.

Satu lagi budaya yang jarang dilihat di peringkat sekolah rendah ialah solat sunat Dhuha. Acapkali saya lihat, di musolla ketika rehat ada pelajar yang melakukan solat dhuha. Semoga ianya berterusan menjadi malakah dalam hidup mereka.

Jujurnya, banyak lagi yang ingin saya kongsikan tapi sukar nak interpret dalam bentuk penulisan. Moga Allah bantu.

Wallahualam..


Sunday, June 27, 2010

Dua Kampung Halaman


Notes yang rasanya bisa me"refresh" diri.
Moga ada manfaatnya.(n_n)

...........................................................

Kehidupan ini sama seperti asap yang sebentar sahaja kelihatan lalu senyap.Sesungguhnya seperti nafas sahaja,dan semuanya sia-sia...

Ramai yang berharap hanya untuk kehidupan di dunia ini,dan mereka menganggap inilah 'kampung halaman' yg sebenar.setiap hari mereka hanyala sibuk dgn urusan -urusan dunia ini.,sibuk mncari duit,sibuk bekerja,sibuk dgn kesukaan.mereka melupakan diri bahawa saat akan tiba apabila semuanya berakhir dan kita akan kembali kepada 'kampung halaman' yg hakiki,iaitu syurga atau neraka.

kehidupan juga penuh dgn penderitaan dan air mata.walau bagaimanapun, Allah mmberi petunjuk,ajaran dan jalan utk mngendalikan diri,kerana kehidupan dan kampung halaman yg sebenar bukanlah di dunia yg sementara ini tetapi di syurga yg kekal...

Jadi berwaspadalah supaya jgn menghanyutkan diri dalam dosa dan kesenangan-kesenangan dunia yg sementara.Ikutilah ajaran dan jalan Allah agar kita hidup selamanya dalam rahmatNya,iaitu di perkampungan syurga yg luasnya seluas langit dan bumi..

Di akhirat ada dua tempat tujuan bagi roh manusia iaitu Syurga dan Neraka.seketika roh manusia ditentu masuk ke salah satu tempat itu,maka orng itu akan kekal di situ..manakah yg kita pilih??

Sekarang kita sedang berjalan menuju ke destinasi yg kita sendiri pilih-syuraga atau neraka-.
Allah menyediakan dua jalan untuk kita pilih.terpulanglah kepada kita untuk memilih sama ada jalan ke syurga atau jalan ke neraka.
Namun begitu,Allah sudah memberitahu kita di dalam Al-Quran,tentang betapa nikmatnya kehidupan dan pengalaman mansi di syurga.begitu juga dijelaskan betapa azabnya kehidupan dan pengalaman ngeri di neraka.

Sebagai makhluk Allah yg diberi kesempurnaan akal fikiran, manusia boleh berfikir kesan dan risiko yg bakal diterima akibat dari seseuatu tindakannya.setiap sesuatu ada sebab musababnya.Allah masukkan seseorang itu ke syurga,kerana dalam hidupnya di dunia ini,dia memilih jalan ke syurga.Begitu juga Allah memasukkan seseorang itu ke nraka,kerana hidupnya dia sengaja memilih jalan ke neraka.Terpulanglah kepada kita hendak mengikuti perjalanan ke syurga atau perjalanan ke neraka..

1- SYURGA
Inilah tempat bersara yg paling indah dimana taman-taman yg teduh dapat dinikmati dan ada kesabaran,kehormatan dan salam.di sini mereka yg disucikan dr dosa akan hidup bersenangan sambil memuji Allah yg menghapuskan dukacita mereka untk selamanya.
fikiran kita tak mampu membayangkn bagaimana indahnya syurga itu. org yg menuruti ajaran Allah dan mgikuti jln yg dtunjukkanNya akn berada di tempt ini.
Org yg sudah berada di dalamnya,kekal selama-lamanya.

2-NERAKA
Inilah tempat seksaan yg mengerikan dan tempat kesedihan serta kesengsaraan,dimana pakaian,selimut dan tempat tidur dibuat dari api. diatas kepala dan dibawah kaki,api berlapis2. dimana2 pun penuh api,asap hitam dan kegelapan.mata menjadi buta,telinga menjadi tuli dan mulut menjadi bisu. mereka yg brada disisi mgalami pnderitaan yg tidak tperikan dan tiada hentinya. mereka tidak mati dan tidak pula hidup,tetapi mgalami sekaan tnpa kesudahan.

~TUNJUKI KAMI JALAN KE SYURGA~

agama dan syariat-syariatnya harus ditaati dan dilaksanakan sepnjg umur hdup manusia. manusia juga dharuskn untuk selalunya bmurah hati. hanya apabila manusia dapat mjalankan segala hal2 tersebut degan penuh maka manusia dapat mncapai syurga. mgkinkah kita hidup dengan sempurna?

berapa tekunkah kita sepatutnya mjlankan syariat-syariat agama ataupun berapa banykah kita melakukan amal2 soleh agar dapt masuk ke syurga?

oleh krana manusia tidak akn psti dapt masuk ke syurga,maka bnyk org tggl keragu-raguan,dgn kbmbangan dan kegelishan. spnjang zaman org selalu bdoa kpd Allah agr dtunjukkan jln yg lurus agr dpt mcapai syurga
" tunjukilah kami jalan yg lurus....." Al-fatihah:6

tunjukilah kami jln yg lurus bererti tunjuki kami jaln ke syrga. inilah idaman setiap insan. inilah cita-cita setiap manusia yg berakal...

salam perkongsian..


Wednesday, June 23, 2010

Pilihlah Aku untuk Ikhlas


Orang yang sibuk melakukan kebaikan tidak akan sempat melihat kejahatan orang lain. Demikian kata-kata hukamak yang menerjah ruang fikiran. Ah, betapa kurangnya kau melakukan kebaikan… bisik hati kpd diri sendiri. Justeru, mata, telinga dan indera yang lain masih sempat melihat, menghidu dan menuturkan kejahatan orang lainterasa diri amat hina, ketika usia melonjak dengan begitu cepat, diri terasa masih merangkak-rangkak menyusur jalan taubat.

Betapa sekali-sekala melakukan kebaikan terasa hebat bukan kepalang. Tanpa sedar riak bertandang. Terasa ingin dipamerkan segala-galanya agar dipuji dan disanjung dengan kata-kata dan anugerah manusia. Biar terserlah siapa aku, bisik ego diri. Padahal nilai amal yang sebegitu tidak harganya walau sedebu. Apatah lagi Allah yang pastinya tidak akan menerima sebarang sekutu. Dan manusia pun akhirnya akan memandang sinis dan loya dengan ‘aku’ mu.

Apabila riak itu adalah tertipu dengan kehadiran manusia, sum’ah pula terpedaya tanpa kehadiran sesiapa. Walau tanpa sesiapa di mata tetapi di hati masih mengharap-harap amal yang konon disembunyikan itu diketahui juga oleh manusia. Ah, alangkah indah rasanya apabila amal yang cuba disembunyikan itu diketahui lalu diheboh-hebohkan pula. Ah,hebatnya dia! Begitu kata sanjung yang dijunjung. Pada ketika itu hati pun berbunga. Aduh, sum’ah lebih dahsyat tipuannya daripada riak.

Apabila terlepas diri daripada keduanya, menanti pula musuh ketiga yang tidak kurang hebatnya… Ujub! Takjub dan berasa hairan terhadap diri sendiri. Kali ini bukan pujian manusia yang terang dan tersembunyi yang diharapkan tetapi pujian diri terhadap diri sendiri. Betulkah ini aku/ Alangkah hebatnya. Terasa diri bagaikan wali apabila amal ibadah mengatasi orang lain. Aku bukan manusia biasa. Aku tinggi mengatas semua. Ujub hakikatnya lebih sukar dikesan dan dirawat berbanding riak dan sum’ah.

Bukan mudah untuk ikhlas. Semakin dicari semakin terasa misteri. Memang, ikhlas itu rahsia dalam rahsia Allah. Melakukan sesuatu kebaikan bukan kerana Allah… itu tidak ikhlas. Meninggalkan satu kejahatan bukan kerana Allah…itu pun tidak ikhlas. Kekadang begitu ikhlas hati ketika memulakan amal, tetapi sampai di pertengahan, kecundang oleh sesuatu yang selain Allah. Ya Allah, ak benar-benar pasrah. Perjuangan untuk ikhlas terlalu seru dan keliru. Bantu aku, memahami dan menangani rahsia ini.

Beribadahlah sehingga terasa penat untuk melakukan maksiat.begitu pesan hukamak yang menjadi kompas hati. Buatlah apa sahaja kebaikan sejak sebelum terbit fajar sehingga terbenam mentari. Ikhlas atau tidak jangan diperkirakan dulu. Jangan megukur kesempurnaan di garis permulaan amal. Beramallah walau hati terganggu oleh mazmumah dan ikhlas diintai oleh riak dan sum’ah.pedulikan ujub yang menanti masa untuk menyusup. Tega dan relakan sahaja.

Teringat apa yang dipesan oleh Imam Ghazali ketika muridnya bertanya,’’Tuan, bagaimana keadaanku ketika mulutku berzikir tetapi hatiku masih lalai/’’ Lalu Imam yang arif dalam soal keajaiban hati itu pun berkata,’’Teruskanlah berzikir walau hatimu lalai kerana sekurang-kurangnya lidahmu akan terselamat daripada berkata-kata yang kotor dan sia-sia.

Teringat pula apa yang pernah ditanyakan oleh Abu Hurairah kepada Nabi Muhammad SAW tentang seorang yang mengerjakan solat tetapi masih mencuri. Lalu Rasulullah menegaskan solat orang itu lambat-laun akan menghilangkan tabiatnya yang buruk itu. Jadi, jika dirimu masih melakukan kejahatan, ingatlah itu bukan alas an untuk tidak dan berhenti melakukan kebaikan. Bahkan iringilah perbuatan dosa dengan kebaikan kerana kebaikan itu lambat atau cepat akan menghapuskan kejahatan.

Aku hanya insane kerdil di lautan rahsia ikhlas yang sangat dalam. Yang terjangkau olehku hanyalah sebutir percikan ombak di permukaannya. Namun aku juga hamba Allah yang berhak untuk melalui jalan menuju-Nya. Ketika aku keliru, tunjukkanlah. Ketika aku lemah, perkukuhkanlah. Ketika alpa, ingatkanlah.hanya dikau wahai Allah yang berhak memilih sesiapa untuk dianugerahi rahsia ikhlas itu. Padaku hanya tadbir.. pada-Mu segala takdir. Bantulah aku meluruskan tadbirku menjurus kepada takdir-Mu. Pilihlah aku untuk ikhlas… Amin..



Tuesday, June 15, 2010

حياة شيخ الإسلام ابن تيمية

Masjid Ommayad, Damascus Syria


InsyAllah..ruangan اللغة العربية akan di adakan untuk polish balik skill menulis dalam Bahasa Arab..
Post kali ini merupakan hasil assignment Fiqh yang saya buat.
Mohon tunjuk ajar kalau ada kesalahan nahu sorf.^_^

***********************************************************************************************

حياة شيخ الإسلام ابن تيمية رحمه الله

هو أحمد تقي الدين أبو العباس بن الشيخ شهاب الدين أبي المحاسن عبد الحليم بن الشيخ مجد الدين أبي اليركات عبد السلام بن أبي محمد عبد الله بن أبي القاسم الخضر بن محمد بن الخضر بن علي بن عبد الله، وتعرف هذه الأسرة بأسرة ابن تيمية ولد في العاشر من شهر ربيع الأول سنة إحدى وستين وستمائة من بعد الهجرة النبوية، وكان مولده بمدينة حران مهد الفلسفة والفلاسفة، والصائبة والصائبين من أقدم عصور الإسلام، وقد نشأ النشأة الأولى فيها إلى أن بلغ السابعة من عمره، فأغار عليها التتار، ففر أهلوها منها، وكان ممن هاجر أسرة ابن تيمية، هاجرت إلى دمشق.

وصلوا إلى دمشق بعون الله، واستقروا فيها آمنين. لم يذكر المؤرخون الذين قرأت لهم القبيل الذي تنتمى إليه أسرة ابن تيمية، فلم يذكروا له نسبة إلا أنه الحرانى فنسبوه إلى بلده حران موطن أسرته الأول، ولم ينسبوه إلى قبيلة من قبائل العرب، وإن هذا يشير إلى أنه لم يكن عربيا، أو لم يعرف انه عربي منسوب إلى قبيلة من قبائل العرب، ولذلك نستطيعأن نفهم أو نعلم علما ظنيا أنه لم يكن عربيا، ولعله أنه كرديا.

ولم يذكر المؤرخون شيئا عن أمه، ولا قبيلها، وهي في الغالب ليست عربية، ولقد عاشت إلى أن اكتمال مجد ابنها، وعاونته في جهاده، وعندما كان بمصر معتقلا، كان يكتب إليها رسائل تفيض برا وعطفا وإخلاصا وإيمانا.

انتقلت أسرته إلى دمشق واستقر بها المثوى، والعالم الجليل حيثما حل وجد مكانه من الهدى والإرشاد، وكذلك كان الشيخ شهاب الدين والد تقي الدين موضع بحثنا، فإنه بمجرد أن وصل إلى دمشق، ذاع فضله واشتهر أمره. فكان له كرسى للدراسة والتعليم، والوعظ والإرشاد. بجامع دمشق الأعظم، وتولى مشيخة دار الحديث السكرية ، وبها كان سكنه، وفيها تربى ولده تقي الدين.

هذه أسرة تقي الدين ابن تيمية، وهي أسرة علم امتازت بقوة البيان، وقوة الذاكرة، وحبست نفسها على العلم، وكان من النتائج لهذه البيئة العلمية أن يتجه الفتى الناشئ فيها إلى العلم، فاتجه إليه الغلام ابن تيمية صغيرا، فحفظ القرآن الكريم منذ حدائة سنة.

واتجه بعد حفظ القرآن إلى خفظ الحديث واللغة، وتعرف الأحكام الفقهية، وحفظ ما يسعفه به الزمن، وقد بدأ فيه منذ صغره ثلاث مزياه، هي التي نمت وظهرت ثمراتها في كبره.

ومهما يكن فمن الثابت أن ابن تيمية رضي الله عنه قد آتاه الله ذاكرة واعية منذ صباه. قد كان يمتاز بأنه يلقى دروسه في الجامع الأكبار بدمشق غير معتمد على كتاب، وقد كان مختصا بذلك من بين قرنائه وزملائه، والولد سر أبيه، فلا عجب إذا جاء ابن تيمية ابن تيمية مختصا بما اختص به أبوه، وزاد ذاكرته وإرهاقا من بعد بعد المواقف الجلى التي كانت تحتدم بالجدل بينه وبين مخالفيه من الفقهاء وعلماء الكلام والصوفية والشيعة وغيرهم.

وإذا كان أبو تقي الدين له رياسة في مشيخة الحديث ، فلا بد أن يتجه ابنه أول ما يتجه بعد حفظ القرآن إلى حفظ الحديث وروايته، وتلقيه عن رجاله، وسماع الدواوين الكبار، كسند الإمام أحمد، وصحيح البخاري، ومسلم وجامع الترميذي، وسنن أبي داوود السجستاني والنسائي وابن ماجة والدارقطني، سمع كلا منها مرة عدة، وأول كتاب حفظه في الحديث الجمع بين الصحيحين للإمام الحميدي.

ولقد كان مع دراسته للحديث يدرس علوما أخرى، فدرس الرياضة، وعني بالعلوم العربية عناية خاصة. فدرسها كأنه يقصد إليها ليتخصص فيها، فحفظ المنثور والمنظوم ، وأخبار العرب في القديم، وأيام ازدهار والدولة الإسلامية، وبرع في النحو براعة واضحة، حتى إنه ليتأمل كتاب سيبويه ويدرسه دراسة فاحصة ناقدة، فيخالف بعض ما فيه معتمدا على ما درس في غيره، فلم يكن المتهجم عن غير بينة، المندفع في القول عن غير حجة وسلطان مبين. مات ابن تيمية في السجن (قلعة) في عشرين من ذوالقاعدة سنة ٧٢٨ هجرة.

Sunday, June 13, 2010

Demonstrasi Anti-Yahudi: Sia-sia?

Artikel dari Ustaz Pahrol ini amat menarik dan mungkin akan terpalit betul-betul di dahi majoriti orang Melayu kita yang sibuk dengan kempen boikot dan demonstrasi yang kononnya menunjukkan gelagat tidak puas hati terhadap Israel. Kami kongsikan artikel ini untuk bacaan pembaca Oh! Islam yang berminat (nyata tiada paksaan).

**********

Setelah pulang daripada demonstrasi anti-Yahudi, seorang Pak Cik berbual dengan saya sewaktu sama-sama menunggu giliran mendapat rawatan di sebuah klinik.

“Puas hati. Kami dah bakar bendera Israel. Hancur luluh dibuatnya. Gambar PM Israel pun banyak yang kami robek-robekkan. Kalaulah tidak mengenangkan undang-undang, kami dah bakar kedutaan Amerika. Tapi kami masih rasional.”
Saya mengangguk-angguk kepala sahaja.

“Tel Aviv akan bergegar minggu ini dengan demonstrasi oleh seluruh dunia Islam. Dijangka banyak lagi siri demonstrasi akan diatur minggu hadapan. Awak jangan lepas peluang.”

Saya mengangguk kepala. Mungkin kerana demam, saya banyak diam. Lagipun saya telah berjanji pada diri, dalam berinteraksi perlu menjadi pendengar.

“Eh, awak tidak ada respons langsung. Baru demam sikit… janganlah begitu. Rakyat Palestin dibom, ditembak dan disekat bekalan makanan dan keperluan. Itu lagi teruk.”

Kali ini saya senyum. Saya bersuara perlahan, “saya sokong tindakan Pak Cik dan demonstrasi menyatakan pendirian kita menentang kekejaman Yahudi.”
“Bagus. Suara saya serak melaungkan takbir semalam. Dada ni sakit-sakit sejak akhir ni.”
“Kenapa Pak Cik?”
“Rokok dik. Semuanya fasal rokok ni.”
“Pak Cik hisap rokok apa?” saya mula teruja untuk berbual.
“Masih Winston. Dah sebati sejak dulu.”
Winston from America?” bisik saya perlahan.
Kali ini Pak Cik tu pula mengangguk-angguk.

“Sakit-sakit Pak cik pun masih kuat berdemonstrasi. Apa pandangan adik tentang demonstrasi ini?” kilasnya mengalih arah perbualan.
“Ada langkah yang lebih utama dan pertama daripada itu,” tegas saya.
“Apa dia?”
“Solat Subuh berjemaah.”

“Kita cakap bab jihad, awak bercakap bab ibadat.” Muka pak Cik itu mula memerah. Tangannya mula digenggam.
“Jihad dan ibadat tidak terpisah. Bahkan ibadat itulah yang akan membangunkan roh jihad yang sejati.”
“Kita mesti sanggup memikul senjata.”
“Betul. Tetapi kuakkan dulu selimut menutup umat yang masih tidur menjelang Subuh.”
“Saya tak faham.”

“Pak Cik, Israel mesti ditentang menurut kaedah yang menyakitkan mereka.”
“Apa yang menyakitkan mereka?”
“Mereka bimbang sekiranya bilangan orang Islam yang solat subuh berjemaah sama dengan bilangan orang Islam yang solat Jumaat! Ini diakui oleh cerdik pandai mereka sendiri.”
“Jadi?”
“Sebaik-baik ‘demonstrasi’ ialah didik umat ini bersolat Subuh secara berjemaah di surau-surau dan masjid. Solat itu hubungan kita dengan Allah. Jangan harap musuh akan kalah, kalau Allah tidak bantu kita. Lihat di Badar, lihat di Khandak, bagaimana Rasulullah saw dan sahabat akrab dengan Allah. Lihat pula Salehuddin, lihat pula Muhammad al Fateh, bagaimana teguhnya mereka menjaga solat dan ibadat-ibadat khusus yang lain.”
Hampir terlupa saya pada janji diri untuk lebih mendengar. Saya menarik nafas panjang. Kembali merenung Pak Cuik tersebut dengan senyuman.

“Awak rasa bakar bendera Israel tak perlu? Mana kemarahan awak?”
“Bakar bendera Israel boleh saja. Ayuh, bakarlah. Tetapi jangan membakar rokok Amerika dan sekutu Yahudi yang lain lebih perlu. Cukup kalau sebulan sahaja umat Islam berhenti merokok, mungkin jumlahnya sudah berjuta-juta ringgit. Dan wang yang terkumpul itu hantarkan ke misi bantuan kemanusiaan ke Gaza!”
“Awak sindir saya?”

“Pak Cik saya tidak menyindir. Kebanyakan umat Islam, termasuk saya, hanya bencikan Yahudi pada mulut sahaja tetapi pada tindakan tidak.”
“Saya dah bertindak. Saya dah demonstrasi!”
Lagi-lagi ke situ fikirnya.
“Pak Cik dalam Al Quran, Allah tegaskan orang Yahudi itu tidak akan redha selagi kita umat Islam tidak mengikut cara hidup mereka.”
“Siapa kata kita ikut cara hidup mereka?”

“Pak Cik, lihat betul-betul. Apakah masyarakat kita telah bangunkan cara hidup Islam?”
“Kita orang Islam. Cara hidup kita mesti Islam.”
“Tidak Pak Cik. Ramai umat Islam yang tidak amalkan cara hidup cara Islam.”
“Contoh?”
“Dedah aurat, pergaulan bebas, riba, judi, arak, tinggal solat, budaya hedonisme dan dualisme masih berakar umbi dalam masyarakat kita. Lihat sahaja unsur tahyul, mistik, seks bebas dan gosip yang mendominasi media-media umat Islam. Tidak ikut cara hidup Islam bererti terperangkap dengan cara hidup isme kapitalis, sosialis mahupun liberalis.”

Pak Cik itu terkejut sedikit, lantas menyampuk, “mana Yahudinya. Awak kata Yahudi, tapi yang awak sebut golongan hedonis, liberalis, kapitalis dan sosialis?”
“Ketiga-tiga isme itu sama.”
“Sama?”
“Kesemuanya dicipta oleh golongan yang sama… ZionisYahudi!”
“Jadi demonstrasi ini tidak berfaedah?”

Saya menggeleng-gelengkan kepala perlahan.
“Ada faedahnya. Tetapi ia bermusim dan agak bersifat agak artifisial. Kita perlu agenda yang konsisten dan ‘genuine’.”
“Misalnya?”
“Ajak orang Islam serius solat lima waktu dengan penghayatannya sehingga dengan solat itu mampu meninggalkan kejahatan dan kemungkaran.”
“Lagi?”
“Tinggalkan riba, judi, arak dalam kehidupan umat Islam. Wanita Islam didakwah dan ditarbiah secara berhikmah untuk menutup aurat dalam ertikkata sebenar dan tinggalkan pergaulan bebas!”
“lagi?”

“Pak Cik, cara hidup Islam itu terlalu banyak. Dengan mengamalkannya satu persatu kita boleh ‘berdemonstrasi hari-hari’ terhadap atas Yahudi. Bila kita boikot cara hidup berseronok-seronok yakni hedonisme, ertinya kita boikot cara hidup Yahudi yang disalurkan melalui dalang-dalang mereka di Holywood.”
“Idola Amerika?”
“Ya. Juga idola kita yang meniru persis mereka. Bangsa yang leka berhibur akan mudah dijajah.”

Pak Cik itu batuk-batuk.
Saya urut belakangnya.
“Dah lama Pak Cik batuk? Berhentilah atau kurangkan perlahan-lahan ya Pak Cik?” kata saya seakan-akan merayu.
“Semangat Pak Cik kuat, saya doakan Pak Cik berjaya. Amin.”
“Tak terfikir pula saya begitu jauh kita dibius oleh cara hidup musuh yang kita benci.”
“Kadang-kadang musuh ketawa melihat kemarahan kita. Bangunkan remaja kita untuk solat subuh berjemaah, Yahudi akan sakit hati. Tutup aurat remaja perempuan kita, Yahudi akan sakit hati. Tinggalkan riba, judi, arak, pergaulan bebas, insya-Allah, Yahudi akan gigit jari.”

“Tetapi kalau cara hidup kita mengikut telunjuk jari mereka, Zionis akan ketawa sekalipun berlambak-lambak bendera mereka kita dibakar. Jeritan Allah hu Akbar dalam demonstrasi itu baik, bersemangat tetapi ucapan takbir dalam solat lima waktu lebih besar maknanya. Apakah Allah akan nilai laungan Allah hu Akbar daripada umat yang tidak solat? “

“Eh, kami yang demonstrasi semua solat…”
“Bukan itu maksud saya. Tetapi seluruh umat Islam ini. Saya risau kerana ada kajian menunjukkan 80% umat Islam sudah tidak solat. Itu yang tidak solat langsung. Bayangkan pula yang solat tanpa ilmu, tanpa penghayatan dan tanpa khusyuk? Jadi berapa kerat umat ini yang benar-benar kompeten menghadapi Zionis dalam erti kata sebenar?”

Giliran Pak Cik itu tiba. Dia melangkah perlahan menuju bilik rawatan. Ditinggalkan sendirian begitu, saya lontarkan pandangan ke luar klinik. Terus merenung dan berfikir. Masih terbayang wajah pemimpin-pemimpin dan para pengikut yang ramai dalam demonstrasi seperti yang dipaparkan di dada akhbar dan di kaca televisyen. Alangkah indahnya jika demonstrasi dibuat seusai solat Subuh berjemaah dan sebelum itu didahului oleh qiamulail dan qunut nazilah?

Dan kemudian setelah selesai berdemonstrasi, para pemimpin dan ribuan pengikutnya itu terus sahaja mengamalkan cara hidup Islam dalam diri, keluarga, jabatan, unit, organisasi, masyarakat dan bahagian masing-masing. Bukan hari itu sahaja… tetapi hari-hari. Setiap hari!

Ah, bagaimana umat ini hendak disedarkan bahawa mengamalkan cara hidup Islam itulah cara penentangan yang paling dibenci oleh Yahudi? Firman Allah:
“Sekali-kali tidak redha orang Yahudi dan Nasrani sehingga kamu mengikut millah (cara hidup) mereka.”

Dan alangkah baiknya jika jeritan Allah hu Akbar, dibuktikan dengan penegakan hukum Allah dalam seluruh sistem kehidupan sekali gus ‘mengecilkan’ pandangan akal sendiri dalam menyusun dan mengatur kehidupan ini?

Sumber: http://ohislam.com/demonstrasi-anti-yahudi-yang-nyata-sia-sia/

Friday, June 11, 2010

Syukur...


Alhamdulillah saya dilahirkan dalam keluarga Islam, sehingga kurasakan betapa indahnya kurnia dari yang memberikan kehidupan ini. Dilahirkan menjadi anak sulung dari lima bersaudara buat pasangan Abu Kassim dan Siti Juraiha, merupakan satu kurniaan dan nikmat Allah buatku. ^_^

Subhanallah...
Betapa mahalnya erti nafas bagi kehidupanku, betapa mahalnya erti kesihatan untukku, betapa berharganya masa kurniaan Allah untukku. Saat fikiran ini sedar, segala yang berlaku bermula dari alam roh seterusnya dalam perjalanan menuju alam baqa', terselit hikmah besar yang Allah berikan.

" Apakah kamu mengira bahawa Kami menjadikan kamu dengan saja-saja, dan kamu tidak akan kembali kepada Kami? "
(Al-Mu'minun: 115)

Kita hanyalah hanyalah hamba-Nya yang dhaif dan faqir, yang tidak mampu melakukan apa pun tanpa kehendakNya. Dia yang memiliki kita. Maha Suci Allah yang jadikan kepasrahan kepadaNya sebagai kekuatan, rasa perlu padaNya sebagai kekayaan, permohonan padaNya sebagai kemuliaan, rasa rendah diri padaNya sebagai ketinggian dan tawakal hanya padaNya sebagai kecukupan.

" dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya, " ( Qaf: 16)

Semoga Allah melimpahkan kekuatan kepada kita untuk mampu memikul sakit dan beratnya melakukan ketaatan, untuk dapat meraih kebaikan dan keringanan di akhirat.

Allah tidak pernah menjanjikan hari-hari kita akan berlalu tanpa sakit, terhias tawa tanpa kesedihan, berselimut senang tanpa kesulitan, terpancar matahari tanpa hujan atau siang tanpa malam. Tapi semua itu Allah janjikan kekuatan untuk kita melaluinya. Jika kita mahu, sebenarnya Allah menjanjikan kita kasih sayang yang tidak kenal batas dan tidak pernah terhenti, dan Allah memberikan pelita agar kita mampu menjalani kehidupan ini. Keselamatan hidup ada pada seberapa mampu kita untuk tetap bertahan, mengawal dan memelihara jiwa kita dalam menempuh hidup untuk tetap berada di jalur Allah. Tetap istiqamah dengan berbagai keadaan dan berusaha untuk melakukan yang terbaik dan benar menurut Allah.

Kita ada disini. Di detik, minit jam, hari, bulan dan tahun ini, mari kita berdoa, semoga keadaan kita lebih baik dari yang lalu. Mari bersungguh-sungguh, kerana hanya di sini kesempatan kita untuk mengukir amal.
" Dunia itu hanya ada tiga hari" nasihat Imam Hasan Al-Basri. Dia melanjutkan, tiga hari itu adalah: " Hari kelmarin yang sudah berlalu, dan kita tidak mampu mengubahnya. Hari esok, yang kita tidak tahu apakah kita akan masih memiliki kesempatan didalamnya. Dan hari ini, kesempatan untuk kita melakukan amal soleh. Maka, beramallah sebanyak-banyaknya...".

Subhanallah.Alhamdulillah...Allahu Akbar ^_^
Betapa indahnya saat kita masih diberi kesempatan untuk hidup, menghirup nafas. Dan kesempatan kita untuk memperbaiki diri dan mengejar segala ketertinggalan. Sungguh di setiap yang Allah berikan terkandung hikmah yang teramat besar dan bererti bagi kita yang mampu memikirnya. Dialah Pemilik Cinta yang sebenarnya, dengan cintaNya kita dapat menatap indahnya pinjaman kehidupan itu.

Ya Allah bantu aku untuk tetap di jalanMu. Izinkan aku untuk mencintaiMu semampuku, kuatkan keterikatanku. Bimbinglah aku untuk selalu melangkah di jalanMu...matikanku dalam syahid di jalanMu.