Pengalaman adalah guru yang paling baik.
Hampir 3 bulan lebih menimba pengalaman di SERU, maka sudah tiba saat dan ketikanya untuk saya melabuhkan tirai, tak lama lagi nak buka tirai baru pula itupun dengan izin Allah SWT.
Detik pertama saya menjejakkan kaki di SERU, saya menggalas amanah sebagai tenaga pendidik sokongan, tugasnya mendidik pelajar. Tetapi selepas saya berada di SERU, saya yang rasa terdidik, melihat kegigihan guru-guru disitu, pelajar-pelajarnya, dan suasananya.
Alhamdulillah, Allah jua yang memberi kesempatan dan Allah jua yang memberi didikan.
*صِبْغَةَ اللَّهِ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ صِبْغَةً وَنَحْنُ لَهُ عَبِدُوْنَ
"Acuan Allah, siapakah yang lebih baik acuannya daripada Allah? Dan kami hanya menyembah kepadaNYA."(2:138)
Didikan di SERU
Mungkin kita jarang melihat fenomena pelajar sekolah rendah memulakan sesi persekolahan dengan bacaan Al-Mathurat dan surah Yaasin di awal pagi, tapi itulah yang berlaku di SERU. Pelajar dari tahun satu hingga tahun enam membentuk halaqah untuk bacaan Al-Mathurat dan Yasin setiap hari. Bila ditanya kepada guru-guru senior tentang amalan tersebut, jawabnya cuma ringkas sahaja, "Nak bagi mereka kenal Rabb dulu, sebelum kenal dunia sebelum belajar ilmu dunia". Hendak jadi excellent kena excellent ibadah dulu.
Satu lagi budaya yang jarang dilihat di peringkat sekolah rendah ialah solat sunat Dhuha. Acapkali saya lihat, di musolla ketika rehat ada pelajar yang melakukan solat dhuha. Semoga ianya berterusan menjadi malakah dalam hidup mereka.
Jujurnya, banyak lagi yang ingin saya kongsikan tapi sukar nak interpret dalam bentuk penulisan. Moga Allah bantu.
Wallahualam..
No comments:
Post a Comment