Saturday, December 20, 2008

Ikhtilat? Apa itu?


Mari kita kongsi sikit pasal apa itu ikhtilat...


Definisi al-Ikhtilat.
Pengumpulan yang melibatkan percampuran diantara lelaki dan perempuan (yang asing) yang berlaku didalamnya (secara adatnya) bebas pandang memandang serta bebas berinteraksi diantara satu sama lain didalam satu tempat yang tertentu.[i]

Hukum al-Ikhtilat.
Hukum al-Ikhtilat adalah haram atau dilarang sama sekali didalam Islam. Hukum ini disandarkan diatas beberapa hadis Baginda ar-Rasul SAW khususnya kepada golongan wanita.
1. Larangan bermusafir seorang diri kepada perempuan dan berkhalwah dengan lelaki ajnabi.
2. Hukum jihad kepada wanita.
3. Tidak diwajibkan solah jemaah kepada wanita.
4. Tidak diwajibkan solah Jumaat kepada wanita.
5. Pengkhususan beberapa manasik haji kepada wanita.
6. Larangan berjalan seiringan bersama-sama lelaki. (perbahasan lanjut, rujuk Mufassal fi Ahkam Mar'ah wa Baitil Muslim).

Prinsip-prinsip penting.
Beberapa prinsip-prinsip penting yang mesti di fahami oleh muslimah di mana saja dia berada agar tidak terpedaya dengan tipuan-tipuan dunia. Di antaranya:

1. Islam melarang kepada semua muslimah daripada mendedahkan mana-mana bahagian badan dan perhiasannya kecuali muka dan kedua-dua telapak tangannya dengan syarat kedua-dua bahagian tersebut tidak di hiasi.
2. Islam melarang muslimah yang bersendirian dengan seorang lelaki ajnabi walaupun perempuan itu seorang yang pemalu dan menjaga aurat serta pakaiannya. Larangan ini dapat di fahami daripada hadis Rasulallah SAW yang bermaksud: (( tidak berada seorang lelaki dan perempuan di suatu tempat kecuali yang ketiga di antara mereka adalah syaitan)).
3. Islam juga melarang percampuran bebas di antara lelaki dan perempuan di dalam majlis dan pertemuan-pertemuan.[ii]

Keadaan-keadaan yang dibolehkan percampuran.

1. Tempat Beribadah. Islam membolehkan percampuran di antara lelaki dan perempuan di tempat atau keadaan-keadaan seperti solah berjemaah dan solah Jumaat dengan mengasingkan tempat untuk kedua-duanya.

2. Medan Jihad. Tempat mereka juga mestilah diasingkan dan diwujudkan tempat khas untuk pengumpulan wanita.

3. Tempat Menuntut Ilmu.[iii] Berikut adalah syarat-syarat semasa pengumpulan lelaki dan perempuan:

· Mengasingkan kedudukan lelaki dan perempuan.
· Wajib memakai pakaian yang syarie. Di maksudkan dengan pakaian yang syarie adalah tidak mendedahkan kecuali apa yang di bolehkan sahaja.
· Tenaga pengajar mestilah dikalangan perempuan. Tenaga pengajar tersebut mestilah seorang perempuan yang solehah, baik akhlak dan agamanya. Jika guru dari kalangan lelaki, keadaan ini dibolehkan oleh syarak tetapi lelaki tersebut mestilah bersifat beramanah, bertaqwa dan wara'. Keberadaan seorang lelaki bersama dengan sekumpulan wanita tidak dikira khalwah yang di haramkan oleh syarak. Ini dapat difahami melalui hadis-hadis Nabi SAW.
· Mendapat keizinan keluar daripada suami atau wali.[iv]

Etika ketika berinteraksi.
Sebelum kita mendetilkan perbahasan berkaitan dengan adab-adab yang telah ditentukan oleh syarak kepada kita, penulis merasakan sangat perlu untuk sertakan di sini beberapa istilah yang akan di gunakan semasa membahaskan tajuk ini supaya perbahasan mudah difahami. Diantara istilah-istilah tersebut adalah:
Aurat. Aurat adalah bahagian-bahagian badan tertentu yang wajib ditutup dan diharamkan melihatnya. Dalilnya daripada surah al-A'raf:31.[v] Aurat perempuan dengan lelaki ajnabi adalah muka, kedua tangannya.[vi]
al-Mar'ah al-ajnabiyah adalah semua perempuan yang halal bagi seseorang lelaki untuk dikahwininya ketika itu (tanpa sebarang halangan) atau pada masa hadapan (apabila hilangnya halangan semantara).[vii]

Melihat dan Menyentuh al-Ajnabi atau al-Mar'ah al-Ajnabiyah.
Perbahasan berkaitan tajuk ini sangat panjang maka dikhuatiri ianya akan memanjangkan kertas kerja ini, penulis bercadang mengemukakan pendapat yang rajih (terkuat dan paling benar) yang telah dibuat oleh penulis kitab al-Mufassal fi Ahkam al-Mar'ah wa Baitil Muslim berkaitan dengan tajuk kecil ini. berikut adalah beberapa kesimpulan yang dibuat oleh beliau:

Lelaki:
Dilarang melihat badan perempuan ajnabiyah (kecuali muka dan tangan) dalam keadaan bersyahwah atau tidak dan semasa aman dari fitnah atau tidak kecuali dalam keadaan yang darurat saja.
Dilarang melihat muka dan tangan ajnabiyah kalau sekiranya bersyahwah dan dikhuatiri akan berlaku fitnah. Ianya dilarang kerana penglihatan yang disertakan dengan syahwah akan membawa kepada perkara yang haram.
Dibolehkan melihat muka dan tangan ajnabiyah kalau sekiranya mempunyai hajat yang syar'iyah dan darurah yang syar'iyah. Kalau tidak, afdhal dan aula meninggalkannya kerana boleh jadi ia akan membawa kepada makruh kerana ia akan menyebabkan terangsangnya syahwah. Firman Allah SWT (surah an-Nur: 30-31).

Perempuan:
Perempuan boleh melihat lelaki pada semua bahagian badannya kecuali diantara pusat dan lutut dengan bersyarat aman dari fitnah dan tidak bersyahwah. [viii]

Wallahualam..


1 comment:

  1. salam ziarah...

    ya ukht, ana pun pening kenapa ada dalam kalangan kita yang masih tidak mehu mengaku tentang hakikat hukum ikhtilat ini...

    Tapi, sama2 la kita buat apa yang patut...:)

    ReplyDelete