Anda sukar untuk mengatakan "tidak" ?
Anda sukar untuk menolak sesuatu?
Ini menunjukkan anda kurang asertif, atau dengan kata lainnya, kurang bersikap tegas diri.
Sebenarnya, saya baru saja terbaca artikel psikologi yang ditulis oleh Puan Syarifah Aini, Pegawai Psikologi Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan. Jangan tersalah dengan Dato' Syarifah Aini, nama serupa tapi individu berbeza. Dan saya sangat termotivasi dengan artikel tersebut yang judulnya "Memperkasa Diri dengan Bersikap Asertif".
Dalam proses pembaikkan, perlu sentiasa mencari solusi untuk meningkatkan diri. Jujurnya, saya masih bertatih, adat bertatih.. kadangkala terjatuh, tersembam, tersungkur, tapi mari sama-sama kita ingat, this isn't a failure but it is a process..continuously... Beranalogi pula athirah ni..Mari kita lihat..
Apa itu ASERTIF
- Keupayaan dan keberanian seseorang menyatakan apa yang ada dalam fikirannya, sama ada positif atau negatif.
- Mesej yang disampaikan telus, jelas, dan tidak menyakiti atau mengancam hak orang lain.
- Jujur dalam memberi lontaran pandangan, termasuk juga kritikan dan cadangan.
- Asertif lawannya agresif.
Ramai orang keliru antara asertif dengan agresif, mari kita rungkaikan. Agresif ni ialah perasaan, sikap atau tingkah laku yang menyakitkan dan menjatuhkan maruah orang lain.(Puan Syarifah Aini)
Biasanya, orang yang bersikap asertif ni, dia mengamalkan konsep memberi dan menerima. Sebagai contoh:-
a) " Saya percaya.......bagaimana fikiran anda?"
b) " Saya lebih suka......"
c) " Apa yang boleh kita buat untuk menyelesaikan masalah ni ye?"
Jenis ASERTIF
Asertif ni ada dua jenis:
1-Asertif lisan - bahasa mudah difahami, nada suara yang tetap sama, lancar dan teratur.
2-Asertif bukan lisan - terpamer melalui tingkah laku dan pergerakkan yang tidak agresif, pergerakkan yang relaks dan tenang.
Bagaimana untuk ASERTIF
Disini saya kongsikan, tips yang telah digariskan melalui artikel yang telah dibaca.
1-Berterus-terang, jujur dan terbuka terhadap perasaan, pendapat dan kehendak. Nyatakan apa yang hendak dinyatakan.
2-Jujur memberi dan menerima pujian. Jangan pandang rendah terhadap pujian dan jangan menjadikan pujian sebagai senjata sinis/sindir.
" Tinggalkan barang yang menimbulkan keraguan dan ambil yang tidak meragukan. Sesungguhnya kejujuran, membuat hati tenteram dan dusta membuat hati ragu-ragu."
( Riwayat At-Tarmizi)
3-Gunakan perkataan yang munasabah untuk menyatakan sesuatu. Sesuatu yang jawapannya "Ya", nyatakan ya. Jangan takut menggunakan perkataan "tidak" sekiranya membantah atau tak bersetuju dengan sesuatu dan nyatakan sebab.
"Kebenaran itu dari Tuhanmu, kerana itu janganlah engkau (Muhammad) termasuk orang-orang yang ragu." (Surah Ali 'Imran: 60)
4-Elakkan menyoal "Kenapa" terhadap orang lain, kerana ia bersifat menyerang. Gunakan cara yang lebih diplomasi.
5-Kenalpasti dan hormati hak orang lain.
6-Gunakan nada suara dan gerakan badan yang bersesuaian dengan keadaan.
7-Akhir sekali, minta maklum balas dari orang lain.
Penutup
Allah S.W.T melalui firmanNya menganjurkan kita untuk bersikap asertif:
" Maka sampaikanlah (Muhammad) secara terang-terangan segala apa yang diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglah dari orang yang musyrik." (Surah an-Nahl: 94)
Nilai asertif ini juga dapat kita lihat melalui sirah dakwah Nabi Muhammad S.A.W secara terang-terang.
Bagi saya, orang mukmin ialah seorang yang asertif..sebab, mukmin itu tenang sifatnya kerana mengingati Allah, sistematik kerjanya kerana taat perintah Allah.
~Ke arah mukmin dalam erti kata sebenar~
Rujukan:
Yusof Ismail, 1994, Terjemahan Indeks Al-Quran, Terbitan A.S. Noordeen, Kuala Lumpur.
H. Salim Bahreisj, 1977, Terjemahan Riadhus Shalihin Jilid 1, Pustaka Al-Ma'arif, Bandung.
Majalah Haluan, edisi kedua 2011.
M. AL-Ghazali, 2006, Muslim's Character, Adam Publishers & Distributors, New Delhi.
No comments:
Post a Comment