Thursday, May 05, 2011

~Cheesecake~

Gambar ehsan dari Google Image

Sedang dibakar

Siapa suka makan cheesecake? Ramai dikalangan rakan-rakan saya suka makan cheesecake. Justeru, saya ter"attempt" untuk membuat the real cheesecake (maksudnya buat bagi jadi), just untuk meraikan mereka (tapi tak bg pun diorang rase, lain kali ye). Tengah melompat blog-blog resepi, akhirnya terjumpa resepi cheesecake yang sangat ringkas dan mudah untuk dibuat. Ini eksperimental, hasilnya?

Nantikan...

Resepi Cheesecake yang simple

Membaca Basmalah.

Bahan-bahan

2 ketul cream cheese 250gram
1 tin susu pekat manis
2 biji telur
1 sudu tepung gandum

Cara-cara

Tapak(base)
1. Biskut oreo dihancurkan
2. Satu cawan majerin yang dicarikan.. gaul sebati n tekan kat dasar loyang as tapak atau swiss roll..potong dan susun dalam loyang..

Topping
3. Biarkan chesse lembut dgn suhu bilik..kemudian pukul(leh guna mixer or blender)
4. masukkan susu..dan pukul lagi
5.dah sebati..masukkan telur sikit2..
6. masukkan tepung..
7. klu suka..leh masukkan coklat cip@ coklat rice..
8.tuangkan dalam loyang berisi biskut@kek tadi..utk hiasan boleh laa taburkan kepingan badam atau swirl kan coklat cair kat atas..
7.sedia utk di bakar...lebih kurang 45 minit..tapi cucuklaa ngan cake tester or lidi utk pastikan dia dah masak..(dah tak melekat kat lidi tu masak dahlaa)


Makanlah Makanan yang Halal

Pastikan, bahan yang digunakan bukanlah terdiri dari sumber yang syubhah, bimbang jika ianya terdiri dari sumber yang syubhah, akan mendatangkan kesan yang tidak baik. Makanan akan menjadi darah daging, sumber yang baik dan halal akan menjadi darah daging yang baik, manakala sumber yang haram dan syubhah akan menjadi darah daging yang haram dan tidak baik.

Yang halal akan membentuk taqwa, yang haram dan syubhah akan mengundang murka.

Mencari yang halal itu fardhu.

" Wahai manusia! Makanlah dari makanan yang halal dan baik yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh syaitan itu musuh yang nyata bagimu."
( Surah Al-Baqarah: 168)

Penutup

Mbah saya ada berpesan, kalau mahu makanan yang dibuat itu sedap, bacalah surah Al-Kauthar. Yang tak sedap pun jadi sedap, dengan izin Allah jua. Berakhir di sini, selamat mencuba.

p/s: don't judge by it's appearance, actually rasanya sangat sedap.(merujuk kepada gambar yang kedua). Boleh tambah sedikit jus lemon (@ yang sama waktu dengannya) untuk menaikkan rasa cheesecake.

Wallahu'alam. ^_^

4 comments:

  1. wah k.cik :)
    bessssssssttttt nyeeeeeerrrrr!!
    nmpk sedap l0rh...
    insyaallah..ada masa bley try...

    ReplyDelete
  2. try2...rseny org tua2 pun boleh terima, mak tok k.cik makan ok je..
    Kalau x sedap jugak, tambahkan dos Al-Kauthar nye.. hehehe =D

    ReplyDelete
  3. Slam.. mudahnye nk buat cheescake ni..tp , susu tu 1 tin susu pekat.. xmanis ke?? Susu tu y 300g / 500g /505g?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1 tin susu pekat 500g..tapi boleh ikut cita rasa sendiri, sama ada nk kurang atau nk lebih manis.

      Delete