Tuesday, May 17, 2011

Selamat Hari Guru

Mungkin terlambat untuk menulis post dedikasi untuk para pendidik saya. Siapa pendidik saya?..Mereka ialah insan yang mendidik saya secara langsung dan tidak langsung (boleh jadi siapa sahaja), mereka yang mencurahkan ilmu dan membentuk keperibadian saya. Tiada kata-kata yang tepat untuk menggambarkan betapa saya sangat menghargai jasa dan kebaikkan mereka, hanya pada Allah saya berdoa agar Allah kasihkan para pendidik saya ini, Allah rahmati mereka dan permudahkan mereka.

Untuk para pendidikku,
Selamat Hari Guru...laulal murobbi..ma 'araftu Robbi.
Keranamu, melaluimu, dengan adanya kamu, aku mengenal Rabbku.

Dedikasi untuk:
Kedua Ibu Bapaku (awwalul murobbi)
Guru-guru Tadika ABIM Al-Firdaus, Meru, Klang.
Mu'alim dan mu'alimah Sekolah Rendah Islam Hira', Klang.
Guru-guru Sekolah Rendah Islam ABIM Alor Star.
Guru-guru Sekolah Rendah Ibnu Khaldun dan Sekolah Menengah Ibnu Khaldun, Jalan Kebun, Shah Alam.
Guru-guru Maktab Mahmud Yan.
Guru-guru Maahad At-Tarbiyyah Al-Islamiah (MATRI), Perlis.
Pensyarah-pensyarah Darul Quran JAKIM, Kuala Kubu Bharu.
Pensyarah-pensyarah Pusat Asasi UIAM, Nilai.
Pensyarah-penyarah UIAM, Gombak.


No comments:

Post a Comment