Sunday, May 15, 2011

Aku Hanya Merencana

Mbah ku, Hjh Marfu'ah Bt. Mustar.
Berbicara dengan mereka yang lebih berusia, menginjuksi minda, secebis dua kata mereka,
mencetus idea berganda.


Anggaplah post kali ini, post santai-santai. Menganalisis cuti yang dihabiskan.

Secara officialnya, sudah 4 minggu tempoh cuti berlalu (bersamaan 1 bulan). Ya Allah, saya memang tak terasa begitu banyak waktu dah berlalu (bilalah nak sedar ni athirah). Manfaatkah waktuku? Jom flashback balik.

Minggu Pertama

Tarikh: 18/04/2011 - 25/04/2011
Lokasi: UIA

- Sibuk dengan program Hi-Mega
-Membuat perancangan dan merangka modul dan aktiviti
-Bersilaturahim dengan senior-senior
-Ziarah mak njang (villa putera)
-Pergi bookfair

Minggu Kedua

Tarikh: 26/04/2011 - 1/05/2011
Lokasi: Rumah

-Sepenuh masa di rumah bersama mbah. (Alhamdulillah ada mbah, ada juga aktiviti yang boleh dibuat)
-Belajar masak
-Mengulang bersama Hanif. (Alhamdulillah, Hanif cuti sekolah waktu tu)
-Membaca
-Jadi PA mak. (cikgu tak rasmi tanda kertas soalan)

Minggu Ketiga

Tarikh: 2/05/2011 - 8/05/2011
Lokasi: Rumah

-Mengulang kembali aktiviti minggu kedua. (Hanif dah balik sekolah, jadi tak mengulang dengan Hanif)
-Rindu nak kelas, jadi selak balik note-note lama.
-Hobi baru, belajar buat dessert dan bercucuk tanam.( sebenarnya, tak bercucuk tanam pun, cuma belek-belek tanaman abah)
-Membaca
-Pergi Tanjung Dawai

Minggu Keempat

Tarikh: 9/05/2011 - 15/05/2011
Lokasi: Rumah

-Mengulang kembali aktiviti minggu ketiga. (cuma kali ni tak buat dessert)
-Tangan dah tak boleh duduk diam, membuat kerja menjilid buku Riyadhus Solehin abah.(habis buku abah jadi colourful)
-Mula menyusun dan mendisiplin jadual belajar sendiri memandangkan rakan-rakan yang mengambil short sem dah mula belajar dan ada jadual belajar sendiri. (sukar untuk istiqamah, doakan)
-berjinak-jinak dengan kartun arab.

Aku Hanyalah Merangka

Saya selalu merangka apa yang nak dibuat esok hari, sehinggalah sampai firman Allah:

" Tiada seorang pun yang mengetahui apa yang akan dilakukan besok hari, sebagaimana tiada seorang pun yang mengetahui dimanakah ia akan mati."
( Surah An-Nahl:61)

Saya rasa terpukul, mengerahkan minda merencana apa yang hendak dilakukan esok akan menjadi sia-sia jika saya tidak sertakan bersama, bagaimana aku hendak menghadapi apa yang Allah rencanakan untukku. Kita merancang tapi Allah adalah sebaik-baik perancang, apa yang kita rencanakan ada ditangan tapi apa yang Allah rencanakan ada dihadapan.

Rencana kita adalah angan-angan yang cuba direalisasikan, rencana Allah adalah realiti yang perlu dihadapi. Justeru, sediakan hati, sediakan jiwa, berhadapan realiti mengecap ketenangan jiwa.

" Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai-Nya (hati yang puas).Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu, dan masuklah ke dalam syurgaKu."
( Surah Al-Fajr: 27-30)

Penutup

Memetik satu hadith:

Anas R.A berkata: Rasulullah S.A.W menggaris beberapa garisan, kemudian seraya bersabda:
" Ini angan-angan manusia dan ini ajalnya, maka ini ajalnya, maka ketika ia sedang sibuk, tiba-tiba datang ajalnya yang terdekat dari garis-garis itu.
( Riwayat Bukhari)

Rujukan Hadith: H. Salim Bahreisj, 1977, Terjemahan Riadhus Shalihin jilid satu, m/s 481. Pustaka Al-Ma'arif (Bandung)

Pendekkan angan-angan, tingkatkan keimanan. ^_^

Wallahu'alam.








1 comment:

  1. moga Allah memudahkn perjalanan kehidupan,
    salam dari laut kejauhan.

    ReplyDelete